PERBEZAAN TAKAFUL PERUBATAN DAN PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL

Semua orang memerlukan PLAN TAKAFUL perubatan, tetapi bukan semua orang memerlukan PLAN TAKAFUL penyakit kritikal. Adakah pernyataan ini betul atau salah?

Untuk menjawab soalan itu, kita perlu mengetahui tujuan kedua-dua sijil. Sijil Takaful perubatan melindungi anda dalam kecemasan sekiranya anda memerlukan hospitalisasi. Pelan perubatan tersebut membayar kos perubatan anda. Manakala sijil Takaful penyakit kritikal memberi bantuan kewangan dalam satu jumlah yang dibayar sekaligus, sekiranya anda didiagnos dengan penyakit kritikal. Masih keliru? Tidak mengapa, kita lihat contoh bagaimana kedua-dua polisi ini memainkan peranan dalam hidup seseorang.

Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, dia akan berjumpa doktor di klinik. Doktor itu mengesyaki dia mengalami apendiks dan menasihatkannya ke hospital untuk rawatan lanjut. Semasa di hospital, ternyata pesakit itu didapati mengalami apendiks yang amat teruk dan perlu segera menjalani pembedahan. Pembedahan itu berlangsung dengan baik dan pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari berehat. Kos hospitalisasi, rawatan dan ubat-ubatan berjumlah RM18,000 dan kos ini dibayar melalui polisi perubatannya iaitu A-Life Med Regular. Jika dia tidak memiliki pelan perubatan tersebut, dia terpaksa membayar jumlah itu dari simpanannya sendiri!

Terdapat beberapa penyakit kritikal seperti kanser atau sakit buah pinggang yang memerlukan lebih perhatian seperti rawatan pesakit luar, perubatan alternatif dan sebagainya. Kos-kos sebegini lazimnya tidak ditanggung oleh pelan perubatan. Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami angin ahmar secara tiba-tiba, dia akan dimasukkan ke hospital dengan segera. Keadaan lumpuh yang dialami akibat angin ahmar menjadikannya tidak mampu untuk bekerja selepas kejadian itu. Pelan A-Plus CriticalCare membantu supaya beliau dapat terus menjalani kehidupan dengan memberikannya sejumlah wang yang dibayar sekaligus. Wang ini boleh digunakan untuk apa sahaja yang diperlukan dan tidak terhad untuk rawatan perubatan sahaja (yang mana sijil Takaful perubatan sememangnya akan menanggung kos tersebut).

kita kembali ke soalan asal - semua orang memerlukan perlindungan perubatan untuk kecemasan yang tidak diduga dan bantuan perubatan. Perlindungan perubatan sememangnya sangat penting pada hari kerana penjagaan perubatan adalah kos yang tinggi dan tidak dirancang. Ini menjadikan pelan perlindungan perubatan sangat penting Sementara itu, plan Takaful penyakit kritikal memberikan kita perlindungan daripada 36 penyakit kritikal yang lazim dan membantu keadaan kewangan yang yang mungkin dihadapi dengan membayar sejumlah wang secara sekaligus kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai ganti gaji bulanan anda semasa waktu pemulihan.
Perlindungan yang anda pilih untuk diri sendiri dan keluarga yang tersayang bergantung kepada apa yang anda mahukan dari perlindungan anda. Sentiasa didik diri sendiri dengan pengetahuan dan ketahui lebih lanjut tentang insurans Penyakit Kritikal dan Perubatan yang ada di AIA Public Takaful.


Untuk mengetahui lebih lanjut Hubungi:
Mohd Nasri
019-3702629
Wakil AIA Public Takaful

4 SEBAB ANDA PERLU PERTIMBANGKAN TAKAFUL UNTUK ANAK ANDA

Jarang kita mendengar ibu bapa memikirkan soal Takaful perubatan untuk anak kecil selepas kelahiran mereka kerana terdapat banyak perkara yang lebih penting seperti makanan, susu formula, atau katil bayi yang menjadi keutamaan. Apatah lagi keperluan perubatan seorang anak itu dikira masih boleh diuruskan kerana anak itu kecil. Namun begitu, keperluan perubatan anak kecil boleh menjadi mahal, jadi anda mungkin mahu mempertimbangkan Pelan Takaful untuk anak anda.
Ada empat sebab anda perlu mempertimbangkan perlindungan perubatan untuk anak anda, tidak kira usia mereka. 


#1: Menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti untuk anak
Sesetengah ibu bapa memilih untuk menunggu sehingga si anak lebih besar sebelum mendapatkan perlindungan perubatan untuk mereka. Ada juga ibu bapa yang bertuah mendapat faedah pekerja di syarikat yang memperuntukkan insurans penjagaan kesihatan untuk anak-anak pekerja. Jika tiada faedah pekerja sedemikian, keperluan perubatan anak itu haruslah ditanggung oleh ibu bapa dengan bantuan kesihatan awam. Ibu bapa perlu ingat bahawa fasiliti perubatan awam lazimnya penuh dan kadangkala perlu berada dalam senarai menunggu yang panjang untuk sesetengah rawatan atau rundingan bersama doktor pakar. 

#2: Melindungi daripada penyakit biasa dan pelbagai kondisi perubatan 
Tidak mustahil untuk anda mendengar tentang bayi baru lahir atau anak kecil yang memerlukan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit respitori atau penyakit berjangkit. Meskipun semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, satu pelan perubatan yang kukuh boleh memberi akses kepada bantuan perubatan yang berkualiti termasuk konsultasi bersama doktor selepas hospitalisasi. Pelan perubatan juga boleh membantu doktor mengenali gejala-gejala penyakit dari peringkat awal dan mengurangkan kebarangkalian gejala-gejala ini menjadi lebih serius. 

#3: Ketenangan tanpa perlu memikirkan soal wang 
Dalam isu mendapatkan pelan Takaful untuk anak, ramai yang berpendapat ia bukan satu keperluan kerana rawatan perubatan kanak-kanak dianggap terhad dan tidak semahal kos perubatan seorang dewasa. Pendapat itu tidak tepat kerana kos perubatan kanak-kanak tiada bezanya dengan kos perubatan orang dewasa. Kos perubatan untuk kedua-dua anak kecil dan orang dewasa boleh meningkat saban tahun. Memiliki pelan perubatan untuk anak anda bukan sahaja memberikan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti di saat mereka memerlukannya, ia juga mampu menolong anda supaya anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar semasa waktu kecemasan. 

#4: Menjamin perlindungan pada harga yang kompetitif 
Disebabkan umur kanak-kanak yang muda, mereka mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk menggunakan kesemua tuntutan Takaful mereka dan ini menyebabkan bayaran premium bulanan untuk si kecil lebih rendah. Pelan perubatan mereka boleh ditukar kepada pelan yang menawarkan lebih perlindungan apabila mereka berusia 18 tahun, tanpa mereka perlu melalui pemeriksaan kesihatan. Pelan Takaful juga melayakkan anda untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun dengan hanya memastikan polisi perubatan itu berada di bawah nama anda dan anak anda.
Plan terbaik dari AIA Pubic Takaful untuk anak anda adalah A LifeJoy-i di mana plan ini ada menyediakan pelan kad perubatan yang ditambah melalui pelan A LifeJoy-i ini. 
  • Pelan perubatan  A-Plus Med-i menawarkan perlindungan perubatan di samping perlindungan hayat. Anda boleh memilih rider (ciri tambahan) yang lebih komprehensif dan jaminan pembayaran polisi untuk anak jika sesuatu terjadi kepada anda.

Masih tercari Pelan Perubatan untuk anak anda ?
Hubungi 
Mohd Nasri
019-3702629
Wakil AIA Pubic Takaful


PELAN PENDIDIKAN ANAK


Pelan pendidikan anak ialah produk Takaful atau Insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej atau Universiti (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.

Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya.


Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak kerana lagi lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda berlipat ganda. Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka.

Di dalam memilih pelan Pndidikan anak sentiasalah:

- Tentukan jumlah wang yang anda mahu ketepikan untuk simpanan pendidikan anak
- pastikan anda mampu membayar caruman
- pilih pelan yang fleksibel
- pastikan ada rider manfaat pembayar.


Masih tercari pelan pendidikan untuk anak
sila hubungi saya 
MOHD NASRI
019-3702629



PANDUAN MEMBELI TAKAFUL ATAU INSURAN.

Disini ada beberapa info panduan untuk membeli plan takaful atau Insuran


Pastikan anda membeli daripada syarikat takaful & insurans berlesen melalui ejen  yang sah.
-    Membeli plan Takaful merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat Insurans & Takaful berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) atau Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

Buat perbandingan kadar premium
-    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat Takaful  daripada beberapa syarikat Takaful. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi Takaful mempunyai manfaat yang sama.

Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
-    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat Takaful. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
-    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
-    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

Periksa tarikh Plan Takaful anda berkuat kuasa
-    Tarikh Takaful anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat Takaful anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen Takaful anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

Isi borang permohonan anda dengan teliti
-    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

Pastikan premium dibayar kepada syarikat Takaful
-    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans.



Baca sijil anda apabila anda menerimanya
-    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

Buatlah pilihan yang bijak dan rancang plan kewangan anda, bina satu tabung kecemasan melalui takaful demi masa depan anda  dan keluarga.



Perlukan rundingan plan Takaful/medical card
Hubungi/whatsapp:
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
AIA Public Takaful

TAKAFUL VS UNIT AMANAH

Takaful dan Unit Amanah adalah 2 benda yang berbeza.

Maksud Takaful:

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Maksud Unit Amanah:

Unit amanah adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengumpulkan duit individu untuk syarikat membuat pelaburan duit tersebut bagi individu, menerusi ikatan amanah.

Takaful mempunyai peranan nya sendiri, begitu juga dengan unit amanah. Adakah anda tahu? Di dalam takaful itu sendiri terdapat unit amanah. Dan ada juga unit amanah yang mempunyai elemen takaful 😉.

Namun, apa yang paling utama adalah menyampaikan maklumat yg tepat telus dan berkualiti kepada masyarakat.

Nyatakan peranan sang takaful, nyatakan juga peranan si unit amanah dengan telus.

Pelan pelaburan yg sihat dan juga pelan persaraan yang jitu memerlukan kedua dua elemen ini. Barulah bergabung meletop😅.


Perlukan plan Takaful
Hubungi whasapp
Mohd Nasri Ramli
019-3702620
AIA Public Takaful

HIBAH PAMPASAN KEMATIAN

Kebanyakan orang menjadikan Takaful pilihan terakhir ketika hidup, nak ambil pun kena fikir berpuluh-puluh kali dan mengambil masa bertahun-tahun.

Tetapi ketahuilah apabila sakit atau berlaku kematian, soalan terawal yang akan ditanya "ada insuran/takaful tak".

Jadikanlah takaful perkara pertama ketika anda hidup untuk diberikan kepada waris anda jika anda tiada lagi.

Hibah Takaful boleh diberikan kepada yang tersayang atau sesiapa sahaja supaya mereka dapat meneruskan hidup, bayar loan rumah, kereta, hutang, bil api/air, dsb., sambil proses pembahagian harta ikut hukum Faraid yang wajib dan cukup sempurna itu selesai.


Perlukan Plan Takaful & Hibah
Hubungi Whatsapp
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
AIA Public Takaful

HAMPIR 50% PESAKIT KANSER DI MALAYSIA MENGALAMI BENCANA KEWANGAN

  Penyakit yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia adalah penyakit Kanser. Kebimbangan ini adalah berasas kerana pada tahun 2012, terdapat lebih daripada 37,400 kes baharu kanser dan 21,700 kematian akibat kanser di Malaysia. Yang mana, satu dari empat rakyat Malaysia dijangka akan disahkan menghidap kanser sebelum usia 75 tahun.Kajian ASEAN Costs in Oncology (ACTION) oleh George Institute for Global Health menegaskan impak kewangan akibat kanser, dengan menyatakan bahawa 45% daripada pesakit kanser mengalami bencana kewangan setahun selepas diagnosis, manakala 11% mengalaminya lebih awal daripada itu.Kajian ACTION itu, merupakan kajian pertama jenis ini yang dijalankan di Asia Tenggara, mengenal pasti kesengsaraan ekonomi yang dihadapi oleh pesakit kanser di Malaysia – iaitu belanja tunai langsung. Malah, hanya setahun selepas menerima diagnosis dan rawatan:
  • 46 peratus pesakit kanser telah menghabiskan wang simpanan peribadi mereka
  • 39 peratus tidak dapat membayar kos ubat-ubatan
  • 35 peratus tidak dapat membayar yuran konsultasi atau ujian perubatan
  • 22 peratus tidak dapat membayar sewa atau pinjaman gadai janji
  • 19 peratus terpaksa menghentikan rawatan
    Dr. Myralini S. Thesan, Penasihat Perubatan Perkhidmatan Kesihatan AIA menjelaskan bahawa, “Kanser adalah punca utama yang ketiga bagi kematian pramatang di Malaysia. Kebanyakan kematian tersebut dapat dielakkan jika terdapat lebih banyak usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal dan juga perlindungan kewangan yang kukuh. Ketika ini hanya 22 peratus rakyat Malaysia mempunyai insurans perubatan atau insurans penyakit kritikal. Oleh itu, sebahagian besar segmen penduduk berkemungkinan menghadapi bencana kewangan jika disahkan menghidapi kanser.”Produk yang menepati keperluan khusus juga bermakna bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu membeli pelan perlindungan perubatan. 
  Pelan AIA terkini, A-Life Cancer360, contohnya, menggunakan parameter pengunderaitan berdasarkan kanser yang hanya mengambil kira risiko seseorang itu berkaitan dengan kanser dan bukan keseluruhan sejarah perubatan mereka.

Dapatkan Plan Kanser
Hubungi :
Mohd Nasri Ramli
+60193702629
Wakil AIA Public Takaful


ANTARA SEBAB KURANG ORANG MELAYU MENGAMBIL TAKAFUL

“Membazirlah segala insurans dengan Takaful ni. Bukan boleh ‘claim’ pun. Gaji aku dahlah ciput je. Baik aku simpan gaji tu, boleh pakai untuk benda lain ke.”
Ini mungkin antara skrip yang paling biasa kita dengar daripada orang yang belum terbuka hati untuk mengambil sebarang bentuk pelan Takaful.
Jadi, tak hairanlah laporan menunjukkan bahawa masih ramai orang Malaysia, terutamanya Melayu Muslim yang belum sedar untuk mengambil mana-mana pelan Takaful. Pelan Takaful ini majoritinya dikuasai bukan Islam yang lebih percaya kepada sistem kewangan ini. 
Antara sebab-sebab orang Melayu tak percaya pada Takaful adalah:
1. Tawakal Cukuplah
“Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.”
Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan. Sedangkan, produk Takaful yang patuh syariah sebenarnya direka berdasarkan konsep Ta’awun – iaitu membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.
Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk memiliki sebarang pelan perlindungan.
Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah ambil Takaful – dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak beli Takaful. Habis tu, buat apa membazir beli Takaful?

2. Belum Mampu Lagi

Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.
Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.
Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?

3. Nanti Agent Yang ‘Kaya’

“Kalau kita beli Takaful, agent itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita…”
Memang betul agent insurans akan dapat komisyen, tetapi sebenarnya agent adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan Takaful yang bersesuaian. Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa agent dan ‘direct’ melalui bank. Tapi dengan adanya agent ini, banyak kelebihannya juga. Cuma kita perlu bijak cari agent yang bagus benar-benar jujur dalam menjual produk mereka, bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata.
Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi. Menjadi agent Takaful adalah suatu kerjaya, jadi tiap-tiap pekerjaan mestilah dibayar upah. Agent Takaful juga manusia ada tanggungan untuk keluarga.

4. Lama Dah Ada Takaful

Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.
Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.
Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumbnilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.

Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang

Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.
Kredit Majalah Labur
Perlukan khidmat nasihat Takaful
Sila hubungi whatsapp
Mohd Nasri Ramli
019-3702629

NANTI SAYA TANYA ISTERI DULU...

   Keputusan untuk membuat caruman dalam plan Takaful adalah sangat rumit bagi sesetengah orang. selalunya 80% akan membuat perbincangan dengan isteri atau suami, rakan-rakan, saudara mara dan kenalan yang lain. Berbeza dengan keputusan jika seseorang itu hendak mendapatkan benda-benda yang lain sebagai contoh handphone baru, sport rim baru, kereta baru dan lain-lain. Walaupun sesetengah orang akan membuat penyelidikan dahulu sebelum mendapatkan benda-benda ini tetapi keputusannya sangat cepat dan kadang-kadang tanpa memerlukan perbincangan dengan orang-orang sekeliling mereka. Berbeza dengan keputusan caruman Takaful. keputusan untuk membuat caruman plan Takaful sangatlah rumit dan memakan masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun malah ada yang langsung tak mahu ambil. Ini terjadi kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan takaful itu. 
    Apabila si Suami membuat perbincangan dengan si isteri atau sebaliknya, selalunya si isteri atau suami akan membantah kerana menyatakan Takaful satu pembaziran dengan alasan kos sara hidup yang tinggi, tidak cukup budget dan lain-lain. Mereka tidak tahu jika Suami membuat caruman Plan Takaful sebenarnya, suami menyediakan satu tabung kecemasan untuk isteri. Duit dari pampasan takaful adalah untuk keluarga bukan untuk suami itu tadi. adalah kurang bijak jika isteri atau suami menentang untuk membeli plan Takaful atau Insuran. Rata-rata masyarakat menganggap Takaful merugikan sebab tak boleh digunakan. Alasannya nak buat apa ambil Takaful dah mati baru dapat duit. harus diingat Takaful adalah TABUNG KECEMASAN. Apakah perkara kecemasan yang besar dalam hidup kita ? Kematian, Sakit, Kemalangan adalah antara kecemasan yang memerlukan duit yang banyak. Jika perkara ini berlaku maka TABUNG KECEMASAN tadi akan memainkan peranan, bukanlah duit simpanan kita. 
     Dalam kehidupan seseorang akan ada pekerjaan, ada pendapatan, dari pendapatan akan lahir perbelanjaan harian, komitmen membayar pinjaman, simpanan & pelaburan. Jika kecemasan berlaku bolehkah simpanan & pelaburan menampung perbelanjaan atau kos kecemasan tersebut. Keadaan lebih buruk jika kematian berlaku, pendapatan tadi akan hilang terus. Bolehkah simpanan & pelaburan simati di keluarkan dengan cepat untuk menampung perbelanjaan harian dan komitmen membayar pinjaman. Sudah tentu tidak, kerana proses mengeluarkan duit simpanan dan pelaburan simati mengambil masa yang panjang. Jika ada TABUNG KECEMASAN iaitu pampasan Takaful, ianya akan digunakan untuk perkara-perkara tersebut. Pampasan Takaful akan dapat dahulu berbanding dengan duit simpanan dan pelaburan.
   Jadi sediakanlah TABUNG KECEMASAN untuk keluarga ada. sayangi mereka, ambilah plan takaful sekurang-kurangnya plan Hibah yang asas sahaja. Jika anda pergi tak kembali ketahuilah perkara utama yang menjadi masalah keluarga anda adalah DUIT atau WANG. Gunakan pendapatan anda dengan bijak dengan menyediakan plan pengurusan kewangan yang lengkap.



           JIKA SAYANG KELUARGA AMBIL PLAN TAKAFUL

Hubungi 
Call/Whatsapp/Telegram
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
Life Planner
AIA Public Takaful






JIKA SUAMI BERGAJI RM5,000 SEBULAN.

#1. Jika anda seorang suami yg bergaji RM 5,000 sebulan, anda memerlukan perlindungan sekurang-kurangnya RM 1 juta untuk diri anda (andaian Isteri tidak bekerja dan mempunyai anak-anak kecil) kerana anda satu-satunya sumber income keluarga.
#2. Jika satu hari nanti anda mati secara tiba-tiba,maka hilanglah punca pendapatan keluarga. (Mati itu pasti). Hal ini boleh menyebabkan keluarga anda yang tercinta putus sumber pendapatan. Bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan jika selama ini kebergantungan terhadap diri anda sebagai ketua keluarga. Yang mati akan pergi, yang hidup harus meneruskan kehidupan. Tetapi jika anda telah membuat persediaan awal, hal ini dapat diatasi.
#3. Pihak Takaful akan menemui waris anda iaitu Isteri. Isteri anda akan menerima tunai RM 1 juta atas nilai yang dilindungi atas diri anda. Sumber pampasan dari Takaful lah yang akan diterima dahulu, berbanding dengan wang dari akaun bank, kwsp, pertukaran hak milik rumah, kereta dan lain-lain harta pusaka yang memerlukan masa untuk diuruskan. Duit pampasan inilah untuk digunakan membayar pinjaman kereta, rumah dan lain-lain pinjaman sementara urusan tuntutan insuran rumah (MRTA), kereta (jika ada ambil semasa memohon pinjaman), pinjaman peribadi sebelum pinjaman-pinjaman ini diselesaikan urusannya oleh pihak bank. 
#4. Pesanlah pada Isteri anda, sekiranya anda tiada nanti, uruskanlah duit itu dengan sebetulnya. Ajarkan beliau teknik yg betul. Masukkan jumlah RM 1 juta tadi ke dalam akaun ASB / Tabung Haji. (pelaburan yang paling rendah risiko). Kalau nak lebih berisiko tinggi serta pulangan yang jauh lebih baik boleh beli saham yang baik di Bursa Malaysia. Ajar juga cara mengesan skim cepat kaya agar tidak tertipu nanti. 
#5. Gunakan dividen setiap tahun dari ASB / Tabung Haji tadi sebagai pengganti sumber pendapatan keluarga. Dengan dividen average 6% setahun = RM 60,000 / setahun @ RM 5,000 / sebulan. Dividen RM 5,000 / sebulan dapat digunakan untuk sara hidup Isteri dan anak-anak anda, perbelanjaan sekolah anak-anak dan segala kos yg berkaitan. Nilai tunai RM 1 juta tadi masih kekal di dalam akaun saving ASB / Tabung Haji Isteri anda.
Nasib Isteri dan anak-anak anda pasti terbela dengan adanya suami dan ayah yang bertangungjawab.
Anda juga boleh meminta Isteri anda menginfakkan 5-10% dari dividen yang diterima setiap tahun ke dalam tabung amal jariah bagi mendapat pahala berterusan untuk dibawa di akhirat sana nanti.