HAMPIR 50% PESAKIT KANSER DI MALAYSIA MENGALAMI BENCANA KEWANGAN

  Penyakit yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia adalah penyakit Kanser. Kebimbangan ini adalah berasas kerana pada tahun 2012, terdapat lebih daripada 37,400 kes baharu kanser dan 21,700 kematian akibat kanser di Malaysia. Yang mana, satu dari empat rakyat Malaysia dijangka akan disahkan menghidap kanser sebelum usia 75 tahun.Kajian ASEAN Costs in Oncology (ACTION) oleh George Institute for Global Health menegaskan impak kewangan akibat kanser, dengan menyatakan bahawa 45% daripada pesakit kanser mengalami bencana kewangan setahun selepas diagnosis, manakala 11% mengalaminya lebih awal daripada itu.Kajian ACTION itu, merupakan kajian pertama jenis ini yang dijalankan di Asia Tenggara, mengenal pasti kesengsaraan ekonomi yang dihadapi oleh pesakit kanser di Malaysia – iaitu belanja tunai langsung. Malah, hanya setahun selepas menerima diagnosis dan rawatan:
  • 46 peratus pesakit kanser telah menghabiskan wang simpanan peribadi mereka
  • 39 peratus tidak dapat membayar kos ubat-ubatan
  • 35 peratus tidak dapat membayar yuran konsultasi atau ujian perubatan
  • 22 peratus tidak dapat membayar sewa atau pinjaman gadai janji
  • 19 peratus terpaksa menghentikan rawatan
    Dr. Myralini S. Thesan, Penasihat Perubatan Perkhidmatan Kesihatan AIA menjelaskan bahawa, “Kanser adalah punca utama yang ketiga bagi kematian pramatang di Malaysia. Kebanyakan kematian tersebut dapat dielakkan jika terdapat lebih banyak usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal dan juga perlindungan kewangan yang kukuh. Ketika ini hanya 22 peratus rakyat Malaysia mempunyai insurans perubatan atau insurans penyakit kritikal. Oleh itu, sebahagian besar segmen penduduk berkemungkinan menghadapi bencana kewangan jika disahkan menghidapi kanser.”Produk yang menepati keperluan khusus juga bermakna bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu membeli pelan perlindungan perubatan. 
  Pelan AIA terkini, A-Life Cancer360, contohnya, menggunakan parameter pengunderaitan berdasarkan kanser yang hanya mengambil kira risiko seseorang itu berkaitan dengan kanser dan bukan keseluruhan sejarah perubatan mereka.

Dapatkan Plan Kanser
Hubungi :
Mohd Nasri Ramli
+60193702629
Wakil AIA Public Takaful


No comments:

Post a Comment