Wednesday, March 1, 2017

KIRAAN FARAID UNTUK WARIS SELEPAS BERLAKU KEMATIAN




Baru-baru ini Encik Amir (nama samaran) talipon saya minta penjelasan mengenai Faraid.

Isteri beliau telah meninggal dunia. Isteri meninggalkan 2 orang anak perempuan, suami dan ibubapa.

Dari pengiraan faraid:-
Ibu dapat 13%
Bapa dapat 13%
Suami dapat 20%
Anak P1 dapat 27%
Anak P2 dapat 27%

Ini adalah waris-waris arwah isteri.
Ada beberapa masalah jika waris-waris tidak muafakat:-
1) Rumah atas nama suami & isteri. Rumah tiada mrta/mrtt.
Jadi walaupun isteri meninggal dunia, HUTANG wajib di bayar. 
Siapa yang akan membayarnya?
Tentulah En Amir kan?

2) Arwah Isteri letak penama di Kwsp. Bagus tu. Mudah untuk keluarkan wang.
Masalahnya isteri letak 2 anak bawah umur sebagai penama. Wang KWSP itu tidak dapat dikeluarkan sehinggalah anak-anak itu mencapai umur 18 tahun. Bila dah dapat kena bahagi ikut Faraid.
Daripada RM 75,000 wang kwsp, En Amir cuma dapat keluarkan RM 15,000. Dan wang itu perlu pula di bahagikan mengikut Faraid.
3) Kereta atas nama isteri dan hutang kereta adalah melebihi harga semasa. 
En Amir sebagai penjamin kenalah bayar. Nak jual pun tak berbaloi.
4) Selalu orang nak bahagian faraid ikut 'gross value' - nilai semasa. Ramai lupa bayar HUTANG!
Woi tolong bayar hutang dulu ya. 
Hutang dengan Allah.
Hutang dengan manusia, bank dll.
En Amir yang minta saya kongsi. Katanya supaya orang tak buat kesilapan yang sama.
Apa yang anda pelajari dari kesilapan En Amir? Cuba comment sikit.
Bagaimana nak bahagikan harta tu mengikut faraid? Senang ke susah?
Bagaimana En Amir nak menjelaskan hutang-hutang arwah isteri?
Kiraan dibawah ini cuma anggaran sahaja dan mungkin tidak tepat. 
Kita ada pakar yang menyelesaikan pengurusan harta pusaka.
Saya pula di bidang perancangan agar masalah seperti ini dapat dikurangkan atau dielakkan.
Bila nasi dah jadi bubur tak banyak yang boleh saya bantu.
Al-Fatihah untuk arwah isteri En Amir dan semoga waris-waris dapat bermuafakat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. aamiin



Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Plan Hibah Dari AIA Public Takaful
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

No comments:

Post a Comment