Perkara Asas Mengenai Perlindungan Insurans Takaful.

Perlindungan insurans takaful adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam pengurusan kewangan peribadi.
Perlindungan insurans takaful akan bertindak sebagai sumber dana kecemasan utama apabila ditimpa musibah-musibah yang tidak diduga, seperti kematian, kelumpuhan, kemalangan dan penyakit kritikal.
Instrumen kewangan ini juga berperanan sebagai pelindung kepada aset dan kedudukan kewangan sedia ada supaya tidak terkesan dengan teruk jika musibah berlaku.
Perlindungan ini seterusnya akan memastikan matlamat kewangan yang diingini dapat dicapai sepertimana dirancang.
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka tidak "menginsuranskan gaji mereka". langkah untuk menyertai Plan Takaful/Insurans adalah umpama menginsuranskan gaji yang sedia ada. Kita ambil contoh pekerja berpendapatan RM24000 setahun, jumlah insuran yang ideal untuk gaji mereka adalah sebanyak RM240,000 (mengikut pengiraan 10x pendapatan tahunan). Dengan perancangan yang bijak iaitu dengan mengasingkan RM50-150 sebulan (mengikut umur),  kita dapat menginsurankan pendapatan kita. Dengan menginsurankan pendapatan, jika pendapatan terputus akibat kematian atau sakit kritikal maka pendapatan masih boleh diterima sekali gus dengan menyertai mana-mana plan takaful.
Ramai yang mengatakan adalah rugi untuk mempunyai perlindungan insurans takaful kerana jika tiada tuntutan dibuat, duit yang dibayar setiap bulan untuk polisi tersebut akan hangus begitu sahaja.
Ini adalah salah faham yang serius.
Harus diingat, perlindungan insurans takaful adalah salah satu produk atau instrumen kewangan.
Apabila meyertai plan Takaful, anggaplah seperti menderma ke tabung yang diwujudkan untuk membantu orang lain (tabung tabarru adalah derma/sumbangan)
Dengan membuat anggapan sebegini, maka tidaklah timbul perasaan rugi menyertai Takaful walaupun tiada tuntutan dibuat malah kita mendapat pahala sedekah kerana menyumbang kepada orang lain yang membuat tuntutan.
Lagipun, jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan, ini bermaksud tiada musibah yang menimpa ke atas diri.
Bukankah ini sesuatu yang baik?.
Jadi, mengapa perlu berasa rugi mengeluarkan sedikit wang untuk memiliki perlindungan insurans takaful.
Bagi rakyat negara lain apabila diperkenalkan dengan insurans takaful, mereka akan lebih mengutamakan jumlah pampasan/perlindungan yang akan diperoleh apabila ditimpa musibah.
Sebaliknya, rakyat Malaysia lebih gemar bertanya berapa jumlah yang akan dipulangkan semula jika tiada musibah berlaku.
Kurang kesedaran dan lari dari agent insuran/takaful menyebabkan perkara ini tanpa berkesudahan. tugas utama agent insuran/takaful adalah menyampaikan tentang kepentingan takaful/insuran bukannya jika agent datang kena ambil/sertai plan yang ada tanpa pilihan. 
Oleh itu, pada peringkat permulaan semasa pendapatan masih kecil, pilih sahaja pelan takaful yang murah dan sesuai dengan keperluan semasa.
Dari semasa ke semasa, seiring dengan pertambahan pendapatan, boleh tambah jumlah perlindungan agar memenuhi jumlah yang disarankan, iaitu 10 kali ganda keperluan perbelanjaan tahunan. Bukannya tutup plan yang lama dan ambil plan yang baru, sentiasa tambah jumlah perlindungan seiring dengan pendapatan dan gaya hidup semasa.
Di samping itu, keseimbangan antara jenis manfaat, jumlah perlindungan dan jumlah bayaran perlu juga diambil kira dalam memilih sesuatu pelan takaful.
Yang paling penting, pastikan bayaran untuk pelan perlindungan tersebut mampu dibayar.
Pelan insurans takaful sepatutnya membantu pengurusan kewangan anda, bukannya menjerat hingga menjejaskan peruntukan untuk perbelanjaan keperluan yang lain.
Memiliki perlindungan takaful adalah asas penting dalam pengurusan kewangan peribadi.
Namun, haruslah dipastikan bahawa pelan insurans takaful yang dipilih mampu memenuhi keperluan peribadi dan menyediakan dana yang secukupnya apabila ditimpa musibah.
Oleh itu, perlulah memahami dan memenuhi semua peraturan asas berkaitan insurans takaful agar perlindungan yang diambil dapat berfungsi dengan baik tika saat memerlukan.