PERLUNYA TAKAFUL/INSURANS.

Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mempunyai skim perlindungan samaada Insurans atau Takaful.
Bagi orang Islam, sudah semestinya wajib mengambil Takaful berbanding Insurans.
Walaupun skim perlindungan insurans/takaful sangat penting, namun tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingannya masih rendah.
Alasan yang sering diberi orang ramai untuk tidak mengambil skim perlindungan insurans/takaful adalah kerana tidak mampu memberi komitmen kewangan, mahal dan berasa rugi kerana tidak nampak faedah-faedah yang disediakan.
Bagi mereka yang masih belum mempunyai sebarang skim perlindungan insurans/takaful,  berikut antara sebab-sebab anda wajib memilikinya:
1. Semua orang berhadapan dengan risiko
Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan penyakit (3D; death, disability & diseases).
Cuma, bila dan bagaimana sahaja yang kita tidak ketahui.
Tetapi, harus diingat, kebarangkalian untuk ketiga-tiga ini menjengah diri kita akan meningkat dari hari ke hari.
Setiap hari berlalu, kita semakin mendekat dengan kematian yang telah ditentukan-Nya.
Semakin banyak kita bergerak dengan kenderaan di atas jalan-raya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kemalangan yang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian, tetapi juga kelumpuhan (minta dijauhkan-Nya)
Semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit.
Jadi, perlindungan insurans/takaful boleh menyediakan diri anda dari segi kewangan untuk berhadapan dengan ketiga-tiga risiko utama ini.
Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak-anak.
Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas.
Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan.
2. Malang tidak berbau
Biasa dengar dengan pepatah “Ingat lima perkara sebelum lima perkara”?
Konsep ini juga terpakai dalam insurans/takaful.
Syarat utama untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan skim perlindungan insurans/takaful adalah mesti dilindungi sebelum kejadian itu berlaku.
Sebagai contoh, risiko penyakit.
Seandainya kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini tidak dilindungi lagi.
Maksudnya, segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi.
Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan insurans/takaful semasa sihat (sebelum sakit).


Begitu juga dengan kematian dan kelumpuhan.
Lagipun, malang memang tidak berbau.
Kita tidak tahu tarikh kematian kita.
Kita tidak tahu bila kemalangan boleh menimpa ke atas kita.
Kita tidak tahu bila penyakit akan datang menjengah.
Oleh kerana kita tidak tahu bila malang akan menimpa, maka perlulah sediakan perlindungan secukupnya terlebih dahulu.
3. Melindungi harta/aset
Jika kita membeli kereta baru ataupun memperbaharui cukai jalan (road tax), diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful kenderaan.
Begitu juga jika membeli rumah menggunakan pinjaman/pembiayaan bank, diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful tertentu.
Kenapa?
Kerana insurans/takaful ini akan melindungi harta-harta tadi jika berlaku musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan, kecurian dan kebakaran.
Insurans/takaful bukan sahaja penting untuk melindungi diri, tetapi juga harta bernilai yang kita ada.
Harta yang perlu dilindungi bukan sahaja yang berbentuk fizikal, malah yang bukan fizikal juga.
Contoh utama aset bukan fizikal adalah perniagaan yang dijalankan, mesti dilindungi dengan insurans/takaful secukupnya.
Pernah dulu diberitakan ada seorang penyampai radio menginsuranskan suara beliau, kerana bagi beliau, suaranya adalah aset bernilai.
Sekiranya berlaku sesuatu ke atas suara beliau yang boleh menjejaskan pendapatan beliau, beliau boleh mendapat pampasan sewajarnya.
Jadi, perlindungan insurans/takaful adalah sangat penting untuk melindungi aset-aset yang ada supaya kerugian yang akan dialami atas sesuatu musibah dapat dikurangkan.
4. Melindungi pelaburan
Bayangkan kita baru memulakan pelaburan dengan menggunakan duit simpanan yang ada.
Biasalah apabila baru memulakan pelaburan, kebanyakannya akan rugi sedikit terlebih dahulu.
Maklumlah, masih belum berpengalaman dan banyak caj-caj yang perlu dibayar.
Lagipun, pelaburan kebiasaannya untuk jangka masa yang panjang, barulah boleh dapatkan keuntungan yang baik.
Tetapi malangnya, ketika baru bermula ini, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini.
Contohnya kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Tambah malang lagi, walaupun mempunyai dana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi.
Jadi, tidak dapat tidak, terpaksalah mencairkan pelaburan tadi untuk menampung kos yang diperlukan.
Jika ini berlaku, bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh pelaburan yang belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai.
Kalaulah diambil perlindungan insurans/takaful sewajarnya lebih awal, pasti situasi sebegini boleh dielakkan.
5. Wariskan harta, bukan hutang
“Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan …..?”
Apabila kita sudah tiada nanti, sebaik-baiknya janganlah ditinggalkan beban atau hutang yang banyak kepada pasangan, anak-anak atau waris-waris yang ada.
Sudahlah mereka bersedih atas pemergian kita, ditambah pula runsing dengan beban yang ditinggalkan.
Bukankah perit jika memikirkannya.
Sebaik-baiknya, tinggalkanlah legasi atau harta untuk sekurang-kurangnya menampung keperluan mereka.
Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan utama atau tunggal semasa hayat masih ada.
Dengan mengambil skim perlindungan insurans/takaful secukupnya, masalah ini boleh diatasi.
Ambillah perlindungan secukupnya, pastikan jumlah pampasan yang akan ditinggalkan kepada waris nanti cukup untuk menampung keperluan mereka dalam jangka masa yang panjang.
Sebelum wujudnya skim takaful yang patuh syariah, skim perlindungan banyak dikuasai oleh produk-produk insurans konvesional yang mempunyai unsur-unsur riba.
Tetapi sekarang, banyak produk-produk takaful wujud untuk memberikan alternatif kepada umat Islam mendapatkan perlindungan sewajarnya.
Malangnya, walaupun setelah beberapa tahun skim-skim takaful muncul, kadar langganannya masih lagi rendah jika dibandingkan dengan skim insurans konvesional walaupun di kalangan umat Islam sendiri.
Bahkan, ada segelintir umat Islam sendiri yang mempunyai pandangan skeptikal dan merendah-rendahkan produk-produk takaful.
Bukan sahaja tidak menyokong, malahan diburuk-burukkan lagi dengan langsung tidak diberikan cadangan untuk penambahbaikan.
Jadi, di sinilah peranan sebagai orang Islam untuk menunjukkan sokongan kepada sistem ekonomi berteraskan Islam.
Pilihlah takaful sebagai jihad untuk ekonomi Islam.
Jika masih ada melanggan skim insurans konvesional terutamanya untuk perlindungan kereta dan rumah, bertukarlah kepada takaful.
Jika nanti bercadang untuk mengambil perlindungan untuk diri dan keluarga, pilihlah produk-produk takaful.
7. Niat murni membantu orang lain
Berbeza dengan insurans konvesional yang berteraskan kontrak jual-beli, takaful adalah berteraskan kontrak tabarru’ (derma).
Dengan mengambil takaful, peserta-peserta sebenarnya memindahkan sebahagian bayaran kepada tabung derma (tabarru’).
Syarikat takaful berperanan sebagai pengurus tabung ini.
Apabila ada peserta yang ditimpa musibah, bayaran pampasan kepada peserta tadi diambil daripada tabung derma tadi.
Kiranya, wujud konsep jamin-menjamin melalui derma.
Atas sebab inilah kita patut mengambil perlindungan melalui skim takaful.
Tanpa sedar, kita sebenarnya membantu orang lain yang ditimpa musibah.
Itulah sahaja 7 sebab utama perlu ada insurans/takaful sebagai perlindungan.
Jika anda masih belum mempunyai apa-apa perlindungan, bertindaklah segera untuk mendapatkannya.

PERLUKAN TAKAFUL ??
HUBUNGI :
MOHD NASRI +6019-3702729