Pengurusan Harta Dalam Islam - HIBAH

Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang. Secara prinsipnya, pemilik harta boleh memberikan hartanya sebagai Hibah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Hibah boleh diberikan kepada ahli waris atau bukan ahli waris. Kuat kuasa pindah milik adalah serta merta semasa pemberian atau semasa hidup.       

Jenis harta yang boleh dihibahkan ialah semua jenis harta yang menjadi milik sah penghibah seperti hartanah (rumah, tanah, kondominium, apartment dsb), saham syarikat (sdn bhd atau berhad), saham unit amanah, sijil Takaful dan lain-lain harta bernilai yang boleh dimiliki dan dipindah milik. Tujuan dan kesan hibah ialah semata-mata ingin memenuhi kehendak penghibah berkenaan kepada siapa yang dia ingin berikan hartanya. Sebagai contohnya, seorang ibu yang ingin memberikan rumahnya kepada anak angkatnya setelah kematiannya nanti. Beliau boleh mengisytiharkannya melalui dokumen hibah, secara automatik rumah yang dihibahkan akan terkeluar daripada senarai harta pusaka dan tidak akan difaraidkan kepada ahli waris. Sesiapa saja boleh melakukan hibah ke atas hartanya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya.

Amalan Hibah adalah berkesan terutamanya kepada orang Islam yang berhasrat untuk memberikan harta tertentu mengikut fomulanya sendiri. Namun, setiap kontrak dalam muamalah Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syaratnya yang perlu dipenuhi, termasuk juga instrumen Hibah dalam aspek pengurusan. harta pusaka. Akad Hibah menjadi sah setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya menepati syara’.
Rukun-rukun Hibah ialah pemberi Hibah (al-wahib ), penerima Hibah (al-mauhublahu ),benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan penawaran serta penerimaan atau ijab dan qabul (sighah ). Setiap rukun perlu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi mengesahkan keseluruhan akad Hibah. 
Syarat sah bagi penghibah ialah merupakan pemilik yang sah ke atas harta (al- mauhub ) dan tidak wujud halangan ke atas pemilikan dan pengurusannya. Al-wahib juga sempurna akal, baligh dan rushd (bijak menguruskan harta). Hibah dilakukan dengan rela hati tanpa paksaan atau pengaruh, jika berlaku atau didapati wujud paksaan maka Hibah akan terbatal.
Syarat sah penerima pula, sesiapa saja sama ada muslim atau bukan muslim asalkan maksudnya tidak melanggar syara’ dan penerima adalah mukallaf serta berkeupayaan memiliki dan menguruskan harta Hibah. Sekiranya penerima tidak/belum mukallaf seperti belum baligh atau kurang upaya, Hibah boleh diberikan kepada wali/pemegang amanahnya. 

Perlukan Harta untuk di hibahkan melalui instrumen Takaful ? 
Dapatkan Konsultasi percuma Hubungi:
Mohd Nasri 019 3702629 
Wakil AIA Public Takaful