PANDUAN MEMBELI TAKAFUL ATAU INSURAN.


Disini ada beberapa info panduan untuk membeli plan takaful atau Insuran


Pastikan anda membeli daripada syarikat takaful & insurans berlesen melalui ejen  yang sah.

-    Membeli plan Takaful merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat Insurans & Takaful berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) atau Persatuan Takaful Malaysia (MTA)


Buat perbandingan kadar premium
-    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat Takaful  daripada beberapa syarikat Takaful. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi Takaful mempunyai manfaat yang sama.

Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
-    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat Takaful. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
-    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
-    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

Periksa tarikh Plan Takaful anda berkuat kuasa
-    Tarikh Takaful anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat Takaful anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen Takaful anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

Isi borang permohonan anda dengan teliti
-    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

Pastikan premium dibayar kepada syarikat Takaful
-    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans.




Baca sijil anda apabila anda menerimanya
-    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

Buatlah pilihan yang bijak dan rancang plan kewangan anda, bina satu tabung kecemasan melalui takaful demi masa depan anda  dan keluarga.



Perlukan rundingan plan Takaful/medical card
Hubungi/whatsapp:
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
Life Planner AIA Public Takaful