PERBEZAAN TAKAFUL PERUBATAN DAN PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL



Semua orang memerlukan PLAN TAKAFUL perubatan, tetapi bukan semua orang memerlukan PLAN TAKAFUL penyakit kritikal. Adakah pernyataan ini betul atau salah?

Untuk menjawab soalan itu, kita perlu mengetahui tujuan kedua-dua sijil. Sijil Takaful perubatan melindungi anda dalam kecemasan sekiranya anda memerlukan hospitalisasi. Pelan perubatan tersebut membayar kos perubatan anda. Manakala sijil Takaful penyakit kritikal memberi bantuan kewangan dalam satu jumlah yang dibayar sekaligus, sekiranya anda didiagnos dengan penyakit kritikal. Masih keliru? Tidak mengapa, kita lihat contoh bagaimana kedua-dua polisi ini memainkan peranan dalam hidup seseorang.

Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, dia akan berjumpa doktor di klinik. Doktor itu mengesyaki dia mengalami apendiks dan menasihatkannya ke hospital untuk rawatan lanjut. Semasa di hospital, ternyata pesakit itu didapati mengalami apendiks yang amat teruk dan perlu segera menjalani pembedahan. Pembedahan itu berlangsung dengan baik dan pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari berehat. Kos hospitalisasi, rawatan dan ubat-ubatan berjumlah RM18,000 dan kos ini dibayar melalui polisi perubatannya iaitu A-Life Med Regular. Jika dia tidak memiliki pelan perubatan tersebut, dia terpaksa membayar jumlah itu dari simpanannya sendiri!

Terdapat beberapa penyakit kritikal seperti kanser atau sakit buah pinggang yang memerlukan lebih perhatian seperti rawatan pesakit luar, perubatan alternatif dan sebagainya. Kos-kos sebegini lazimnya tidak ditanggung oleh pelan perubatan. Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami angin ahmar secara tiba-tiba, dia akan dimasukkan ke hospital dengan segera. Keadaan lumpuh yang dialami akibat angin ahmar menjadikannya tidak mampu untuk bekerja selepas kejadian itu. Pelan A-Plus CriticalCare membantu supaya beliau dapat terus menjalani kehidupan dengan memberikannya sejumlah wang yang dibayar sekaligus. Wang ini boleh digunakan untuk apa sahaja yang diperlukan dan tidak terhad untuk rawatan perubatan sahaja (yang mana sijil Takaful perubatan sememangnya akan menanggung kos tersebut).


kita kembali ke soalan asal - semua orang memerlukan perlindungan perubatan untuk kecemasan yang tidak diduga dan bantuan perubatan. Perlindungan perubatan sememangnya sangat penting pada hari kerana penjagaan perubatan adalah kos yang tinggi dan tidak dirancang. Ini menjadikan pelan perlindungan perubatan sangat penting Sementara itu, plan Takaful penyakit kritikal memberikan kita perlindungan daripada 36 penyakit kritikal yang lazim dan membantu keadaan kewangan yang yang mungkin dihadapi dengan membayar sejumlah wang secara sekaligus kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai ganti gaji bulanan anda semasa waktu pemulihan.
Perlindungan yang anda pilih untuk diri sendiri dan keluarga yang tersayang bergantung kepada apa yang anda mahukan dari perlindungan anda. Sentiasa didik diri sendiri dengan pengetahuan dan ketahui lebih lanjut tentang insurans Penyakit Kritikal dan Perubatan yang ada di AIA Public Takaful.


Untuk mengetahui lebih lanjut Hubungi:
Mohd Nasri
019-3702629
Wakil AIA Public Takaful

No comments:

Post a Comment