FAKTA TENTANG KANSER




APA ITU KANSER?

Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel.  Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan.  Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya.

Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel.  Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan.  Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul.  Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti.  Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor.  Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.  Tumor ini  mungkin adalah kanser.  Sel-sel  kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.




APAKAH YANG MENYEBABKAN KANSER?

Faktor Persekitaran - Karsinogen
Kehadiran agen penyebab kanser, iaitu karsinogen boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser - berupaya membawa pelbagai perubahan genetik, termasuk pengaktifan onkogen dan penyahaktifan gen penekan tumor .

Jangkitan Virus
Terdapat sesetengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan transformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Kedua-dua kelas virus, iaitu sama ada virus DNA atau virus RNA boleh menyebabkan sel-sel yang terinfeksi menjadi sel kanser. Dalam kes Kanser Pangkal Rahim, virus HPV memainkan peranan dalam pembentukan kanser.

Merokok
Tabiat merokok juga telah dikenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. Bagaimanapun, individu yang tidak merokok sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini.
Genetik

Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas atau pengekspresan berlebihan onkogen yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.



Radikal Bebas

SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).

Minuman beralkohol.

Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas

Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.

Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).

Sinaran ultra ungu.

Pencemaran alam sekitar.

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.



Dapatkan Perlindungan Insuran dari Sebarang Jenis Kanser Sebelum Terlambat
Anda mungkin tergolong di kalangan 30% orang yang bakal kena kanser

Whatsapp / sms  +6019 370 26 29 - Nasri




Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

4 comments:

  1. kalau stage satu boleh ke buat insuran untuk rawatan kanser? saya risau la buat rawatan kat hospital kerajaan pun kena banyak pakai duit

    ReplyDelete
  2. Parents saya ada penyakit kanser, saya selalu buat check up, buat masa ni belum ada lagi medikal kad. Adakah saya layak?

    ReplyDelete
  3. En nasri bapa saya dah kena kanser usus tahap 3, dia dulu pegawai kerajaan, tapi saya masukkan ke HUKM utk buat operation pantas, tetap saya kena bayar RM21000 sebab kalau tak bapa saya mungkin akan meninggal tunggu giliran

    Saya rasa memang penting ada medikal kad ni, sebab kerjaya saya doktor di hospital kerajaan tak dapat berikan rawatan dengan pantas pada pesakit. Kita masih lagi kekurangan doktor pakar.

    saya nak minta quotation untuk mak saya umur 65 tahun. Dia mungkin boleh dapat kanser sebab gaya hidup dia suka sangat makan sedap-sedap, pergi kenduri, daging dan kurang senam. Boleh tahu berapa harga coverage? Dia dah pernah ada pembuangan tumor di rahim, tapi bukan kanser.

    ReplyDelete
  4. Banyak pengajaran bole diambil

    ReplyDelete