Usia tepat untuk menyertai plan Takaful
Ramai yang dalam dilema mengenai usia yang betul untuk memyertai plan takaful. Ramai yang menunggu sehingga hari tua, baru hendak mencari takaful.

Caruman meningkat seiring dengan tahap kesihatan seseorang. Caruman untuk pelan kesihatan ditentukan oleh umur, jantina, pekerjaan, berat badan, sejarah perubatan dan lain-lain. Jadi, jika anda menyertai pelan kesihatan lebih awal, ia akan membantu anda menjimatkan caruman yang dibayar.
Apabila menyertai takaful keluarga, jangan ketinggalan untuk menyertakan perlindungan penyakit kritikal.
Ini kerana perlindungan penyakit kritikal menawarkan pembayaran jumlah tetap selepas anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi oleh sijil tersebut. Anda boleh memilih untuk memyertai sijil penyakit kritikal sebagai plan takaful yang berasingan atau bersama-sama dalam satu sijil takaful.
Perlindungan penyakit kritikal bertindak sebagai tambahan yang sangat berharga kepada perlindungan kesihatan asas jika anda didiagnosis dengan penyakit serius.
