Ramai yang datang ke hospital kerana gout beberapa hari ini.
Ada yang sudah sekian lama tidak terkena serangan gout, tiba tiba terkena semula. Semalam seorang lelaki muda datang kerana gout walaupun sudah 2 tahun bebas serangan.
Jamuan raya yang bertali arus menyumbang kepada meningkatnya insiden gout. Makanan tinggi uric acid (atau bahan asalnya purine) seperti daging lembu, kambing, ayam dan kacang kacang adalah resipi utama gout.
Anda dinasihatkan mengawal pengambilan makanan di atas termasuk organ dalaman seperti hati, paru dan perut, makanan laut seperti ikan bilis, udang dan sotong, segala jenis kekacang termasuk kacang soya, tempe dan taufu dan beberapa jenis ikan seperti ikan salmon.
Sekiranya anda terbangun dari tidur tiba tiba terasa sakit khususnya di kawasan berhampiran sendi di jari kaki atau lutut dan tangan, sehingga tidak dapat berjalan dan bergerak, kemungkinan anda terkena gout. Gout juga boleh datang dengan keadaan sendi bengkak, panas dan merah.
Apabila terkena gout, anda boleh mengesahkan dengan membuat ujian darah uric acid. Ada perbezaan tahap uric acid antara lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, saya jarang jarang berjumpa wanita menghidap gout. Kebiasaannya adalah lelaki dan mempunyai sejarah keluarga gout seperti pakcik, ayah dan datuk yang juga menghidap gout.
Jika anda memeriksa uric acid di dalam darah, ambil peluang untuk memeriksa sekali kadar creatinine buah pinggang di dalam darah. Ini untuk memastikan fungsi buah pinggang anda berada di dalam keadaan baik. Uric acid boleh membentuk kristal legap yang akan mendap ke kawasan sendi menyebabkan kesakitan dan radang. Ia juga boleh termendap di dalam buah pinggang yang menyebabkan batu karang dan berupaya merosakkan buah pinggang.
Apabila berjumpa doktor, anda akan diberi ubat gout. Ubat adalah berupa ubat untuk mengurangkan kesakitan, mengurangkan radang gout dan mengurangkan kadar uric acid. Minum air kosong dengan banyak.
Akhir kata, kurangkan pergerakan buat sementara waktu dan berehat. Habiskan puasa enam dan kurangkan pergi open house 🤣.
Credit to Shahrizal Azwan Bin Samsudin
=====
Kalau dah tahu ada keturunan bermacam penyakit, dan tak boleh nak kawal pemakanan dengan gaya hidup yang sihat. Tak suka makan sayuran dan buahan. Suka pada makanan yang sedap-sedap. Jadi buatlah persediaan awal sebelum penyakit datang secara tiba-tiba. Bila dah masuk hospital dah ada rekod penyakit susah untuk dapat insuran medikal kad.
Jadi bertindak lah awal. Tahu diri anda siapa dan apa kemungkinan yang bakal anda hadapi pada msa depan
Perlukan Konsultasi Percuma mengenai medical card dari AIA Public Takaful ?
Hubungi
Mohd Nasri 0193702629
Wakil AIA Public Takaful