Pernahkah kita terfikir yang duit simpanan kita mungkin terpaksa dikeluarkan apabila kita menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan



Pernahkah kita terfikir yang duit simpanan kita mungkin terpaksa dikeluarkan apabila kita menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan. 

Ya memang benar Hospital Kerajaan mengenakan caj yang minimum untuk merawat penyakit. Tetapi ini bermakna Hospital Kerajaan juga sangat sesak. Terdapat keadaan di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu untuk ditempatkan di wad kerana wad masih penuh. Ramai daripada kita ingin meninggalkan harta dan wang yang cukup untuk keluarga kita apabila kita meninggal dunia. Tetapi apakah usaha kita untuk memastikan matlamat kita itu berjaya? Dengan mengambil insurans atau takaful kita sekurang-kurangnya dapat memastikan bahawa waris atau keluarga kita mendapat wang pampasan dengan kadar yang cepat sementara menunggu urusan pengagihan harta mengikut undang-undang yang biasanya mengambil masa.

Dapatkan Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan plan medical card dari AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Adakah kita sanggup menyusahkan sanak saudara kita apabila kita menghidap penyakit?




Adakah kita sanggup menyusahkan sanak saudara kita apabila kita menghidap penyakit? Ramai yang mengatakan tidak ingin menyusahkan sanak saudara tetapi berapa ramai daripada kita yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita jatuh sakit. Saya yakin daripada 10 orang, tidak sampai separuh yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita sakit.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Tahap kesedaran di kalangan orang melayu rendah?





Tahap kesedaran di kalangan orang melayu untuk perlindungan insurans perlu ditingkatkan lagi bagi meningkatkan kadar kesedaran, tahap kesedaran di kalangan orang Melayu terhadap keperluan melindungi diri sendiri dengan insurans masih rendah berbanding kaum lain.” 

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Plan Takaful Dari AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Siapa Paling Ramai Miliki Insuran Lelaki Atau Wanita?



Dari sudut populasi jantina pula, siapa lebih banyak memiliki Insurans dan Takaful lelaki atau wanita? Apakah faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki insurans dan Takaful.




Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan plan Takaful Dari AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Bagaimana Mengubah Persepsi Masyarakat Mengenai Kelebihan Miliki Insuran?



Bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?
Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam persekitaran cukup mencabar hari ini.

Jika kita lihat berdasarkan sesetengah pelan perlindungan insurans itu sendiri, ada pelan khusus untuk individu termasuklah wanita. Bagaimana pula dengan pelan insurans lelaki?
Menyentuh mengenai pelan yang ditawarkan di Prudential, memang tidak dinafikan wanita mempunyai pelan khusus seperti Prulady dan yang terbaru Takaful Puteri. Lelaki mempunyai pelan secara keseluruhan mengikut kesesuaian dirinya. Buat masa ini, belum ada lagi pelan khusus untuk lelaki.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Ramai Orang Melayu Tinggal Di Bandar Miliki Insuran



Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk diri serta keluarga.

Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya memiliki insurans.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Apakah Yang Bakai Di nikmati jika Miliki Insuran?




Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?
Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans (tertakluk pada syarat), pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.
Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?



Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?



Bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.
Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan,kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Bagaimana Kita Ingin Mengetahui Kelebihan Pakej Insuran?



Disini ada beberapa info panduan untuk membeli plan takaful atau Insuran


Pastikan anda membeli daripada syarikat takaful & insurans berlesen melalui ejen  yang sah.
-    Membeli plan Takaful merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat Insurans & Takaful berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) atau Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

Buat perbandingan kadar premium
-    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat Takaful  daripada beberapa syarikat Takaful. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi Takaful mempunyai manfaat yang sama.

Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
-    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat Takaful. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
-    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
-    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

Periksa tarikh Plan Takaful anda berkuat kuasa
-    Tarikh Takaful anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat Takaful anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen Takaful anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

Isi borang permohonan anda dengan teliti
-    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

Pastikan premium dibayar kepada syarikat Takaful
-    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans.



Baca sijil anda apabila anda menerimanya
-    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

Buatlah pilihan yang bijak dan rancang plan kewangan anda, bina satu tabung kecemasan melalui takaful demi masa depan anda  dan keluarga.


Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?
Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Bagaimana Menilai Kemampuan Seseorang Untuk Memiliki Insuran?



Bagaimana menilai kemampuan seseorang untuk memiliki insurans?
Kebiasaannya, sebagai wakil insurans kita akan menilai jumlah pendapatan bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya. Sesuatu pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. Pakej ini tertakluk kepada skim perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun kedua-duanya sekali sebagaimana yang sering dilakukan pemilik insurans.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Mengapa Orang Melayu Tidak Mahu Miliki Polisi Insuran




Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.
Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful Prudential yang berteraskan Islam ditawarkan sekarang.

Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.

Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?
Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?




Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Mengapa Masih Ramai Tidak Mahu Miliki Polisi Insuran?






Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.
Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful Prudential yang berteraskan Islam ditawarkan sekarang.
Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.
Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

7 Kepentingan Insuran Takaful



Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding. Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada itu. Insurans bukan untuk menjadi kaya tetapi untuk mengelakkan kita menjadi miskin.

Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans kepada peserta. Tugas Perunding adalah untuk menyampaikan dan anda yang perlu menentukan sendiri kepentingan anda.

PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
Ambil insurans ketika masih muda dan sihat, boleh dapat pulangan tinggi apabila tempoh matang insurans.
Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankan beban kos pendidikan.
Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Secara peribadi, bagaimana anda melihat kepentingan memiliki insurans?
Selama enam tahun saya berkecimpung dalam dunia insurans, terus terang saya katakan kecenderungan masyarakat khususnya Melayu dalam memiliki insurans masih rendah. Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.



Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri