TIPS Pengurusan kewangan
Ketua keluarga mempunyai tanggungjawab yang berat khususnya dalam tanggungjawab kewangan. Sesetengah ketua keluarga akan pening kepala setiap kali mendapat gaji, sepatutnya bila mendapat gaji mestilah gembira. hal ini terjadi apabila ketua keluarga tidak mengatur perbelanjaan kewangan mereka dengan baik. Ada juga yang berbelanja melebihi pendapatan mereka. Selalunya perbelanjaan ini akan terganggu akibat sewa beli kenderaan yang tidak sepadan dengan pendapatan.
Kaedah Pengurusan kewangan yang Sesuai
Teknik 70-10-10-10
Anda boleh bahagikan jumlah pendapatan bulanan kepada empat bahagian atau gunakan teknik pengurusan wang 70-10-10-10. Ini bermaksud, 10 peratus boleh diperuntukkan untuk pelaburan & persaraan, 10 peratus untuk kecemasan & simpanan, 10 peratus untuk takaful dan 70 peratus lagi untuk perbelanjaan dan komitmen bulanan.
Namun begitu, pecahan ini tidak semestinya tetap untuk setiap individu. Ia hanyalah bertujuan untuk memberikan gambaran asas kepada anda untuk membina tabiat kewangan yang sihat bagi membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat. Sekiranya berlaku krisis dan anda mengalami kekangan perbelanjaan, anda boleh kurangkan simpanan anda buat sementara waktu.
Jika di lihat dari illustrasi di atas, pendapatan/gaji merupakan komponen teratas manakala takaful di bawah sekali. Ini menunjukkan apabila pendapatan/gaji hilang akibat meninggal dunia, hilang upaya kekal atau sakit kritikal, Peranan pendapatan/gaji akan di ambil alih oleh takaful. Walaupun peratusan untuk takaful hanya 10% sebulan tetapi takaful mampu menggantikan peratusan 100% untuk pendapatan/gaji.