Dalam masyarakat kita kesedaran tentang Takaful masih di tahap sederhana, masih kurang yang menyertai pelan-pelan Takaful yang ada di pasaran. Sebagai ibu bapa semestinya mereka sayang kepada anak-anak mereka, semestinya mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Salah satu perkara yang harus dititik beratkan untuk anak anda, adalah rawatan kesihatan untuk anak. Sudah tentu anda mahukan anak anda dirawat dengn baik dan segera jika mereka sakit kerana anda sayangkan mereka.
Perlindungan Takaful yang penting untuk anak anda adalah Medical card atau Kad Perubatan. Kenapa anda perlu menyediakan medical card untuk mereka ?. antara sebab-sebabnya adalah :
- Memberi rawatan segera tanpa menunggu lama di Hospital.
- Memberi keselesaan pada si ibu untuk bermalam di samping si kecil.(Aurat isteri pun terjaga) dgn kemudahan bilik perseorangan atau berdua.
- Jika pembayar di timpa musibah meninggal dunia atau sakit kritikal medikal kad anak akan jadi percuma tak perlu bayar.
- Selamatkan duit ibu/bapa dari membayar kos rawatan anak yang tinggi jika terkena sakit kritikal.
- Memudahkan urusan melawat anak, boleh menunggu atau keluar masuk hospital tanpa sekatan waktu-waktu tertentu.
- Parking kereta yang mencukupi, tak perlu memikirkan saman kerana meletakkan kereta di tempat yang tak sepatutnya.
- Ibu/bapa dapat pengurangan potongan cukai tambahan sebanyak RM3000.00 bagi insuran perubatan dan pendidikan anak.
Terbaik
ReplyDelete