PERANCANGAN KEWANGAN DAN PERLINDUNGAN BUAT KELUARGA
Tidak
kiralah samada anda bujang atau berkeluarga, merancang kewangan merupakan salah
satu perkara penting dalam memastikan kehidupan anda berjalan dengan lancar.
Perancangan kewangan ini termasuklah membayar komitmen bulanan, bil-bil,
simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan sewaktu kecemasan.
Namun,
sebaik sahaja anda berkahwin, pelan jangka panjang buat keluarga sudah
semestinya perlu dibuat dengan teliti. Pada peringkat permulaan, ianya hanya
melibatkan anda dan pasangan, namun lama-kelamaan, pastinya bilangan ahli
keluarga juga bertambah. Ini bermakna komitmen kewangan anda juga akan
meningkat. Dan apabila bilangan ahli keluarga semakin ramai, maka perancangan
kewangan dan perlindungan buat keluarga juga menjadi sangat penting. Di sini disenaraikan 5 sebab mengapa perancangan kewangan dan perlindungan buat
keluarga adalah penting buat anda:
MEMBERI PERLINDUNGAN BUAT ANDA DAN KELUARGA APABILA BERLAKU KEMALANGAN
Sudah tentu kita tidak mengharapkan berlakunya
sebarang perkara tidak diingini seperti kemalangan atau ditimpa penyakit. Tidak
kiralah samada ianya terjadi kepada anda atau ahli keluarga. Namun, malang
memang tidak berbau, sekiranya berlaku kemalangan atau ahli keluarga anda
menghidap penyakit, perancangan kewangan dan perlindungan yang baik pastinya
mengurangkan beban yang ditanggung.
UNTUK MENDAPATKAN KESTABILAN KEWANGAN
Jika
perancangan kewangan dan perlindungan buat ahli keluarga dirancang dengan baik,
pastinya kestabilan kewangan dalam institusi keluarga akan terjamin. Jadi,
kebarangkalian untuk keluarga anda menghadapi masalah kewangan dapat
dikurangkan.
MAMPU MENAMPUNG KOS PENJAGAAN KESIHATAN
Kerajaan
telah memberi kemudahan seperti klinik kesihatan dengan caj berpatutan buat
rakyat Malaysia.Namun, jika berlaku kecemasan, adakalanya pilihan yang
terdekat ialah klinik swasta. Dengan merancang kewangan keluarga, kos penjagaan
kesihatan keluarga bukan lagi satu beban yang membelenggu fikiran anda.
MENGGALAKKAN SIMPANAN
Merancang
kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk anda belajar menyimpan
dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu disiplin bukan sahaja untuk diri
sendiri, galakkan juga anak-anak menyimpan wang saku lebihan yang anda beri.
PENGURUSAN RISIKO – GUNAKAN PELAN TAKAFUL UNTUK MENGURANGKAN FAKTOR
RISIKO DI DALAM HIDUP ANDA.
Pengurusan
risiko bermaksud mengenalpasti pendedahan kerugian yang anda hadapi dan memilih
teknik yang paling sesuai untuk menguruskan pendedahan tersebut. Dalam
merancang kewangan dan perlindungan buat keluarga, anda boleh menggunakan pelan
takaful untuk mengurangkan faktor risiko sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai plan perlindungan keluarga
HUBUNGI MOHD NASRI
019 3702629