Pertimbangan Memilih Kad Perubatan

Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadap produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.
1. Stand Alone vs Rider
Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.
Apabila membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas supaya dapat membuat penilaian yang adil.
Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.
Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.
Berikut beberapa point penting perbandingan kad perubatan rider dengan stand alone.
Kad Perubatan Stand Alone;
Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.
Kelebihan:
  • Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)
  • Tidak perlu mengambil produk asas
Kekurangan:
  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.
Kad Perubatan Rider
Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.
Kelebihan
  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai
Kekurangan
  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
  • Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat.
Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.
NOTA: Kedua-dua caruman sumbangan medical card rider dan stand alone akan meningkat berdasarkan rekod tuntutan syarikat dan keadaan inflasi perubatan semasa.
2. Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.
Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.

Perlukan Konsultasi Percuma mengenai medical card dari AIA Public Takaful ?
Hubungi 
Mohd Nasri 0193702629
Wakil AIA Public Takaful