Bagaimana takaful melindungi kepentingan anda dan keluarga ?
Dalam sekelip mata, kita boleh kehilangan segala yang penting dalam hidup. Kehilangan nyawa, hilang punca pendapatan dan hilang upaya disebabkan kemalangan atau penyakit yang tidak diduga adalah beberapa peristiwa yang boleh terjadi kepada sesiapa jua.
Dalam senario-senario sebegini, kebanyakan keluarga akan menghadapi kesusahan untuk meneruskan hidup, lebih-lebih lagi jika musibah tersebut melibatkan pencari nafkah itu sendiri.
Itulah hakikat kehidupan yang kadangkala memerlukan perlindungan dan menjadi satu keutamaan untuk menjaga dan memelihara apa yang penting dalam kehidupan kita. Pernahkah kita terfikir bagaimana kita boleh melindungi diri sendiri, terutamanya rumah, kesihatan dan keluarga pada masa ketidaktentuan? Paling penting, adakah kita masih tertanya-tanya bagaimana untuk berbuat demikian mengikut prinsip-prinsip syariah?
Banyak faktor yang memainkan peranan apabila kita memikirkan tentang perlindungan terhadap sesuatu risiko terutamanya yang melibatkan kepentingan sendiri. Kebanyakan dari kita mengatakan keluarga adalah yang paling utama.
Ada pula yang berpendapat barangan persendirian atau aset, sama ada melindungi aset ini semasa hayat, atau memastikan pengagihannya dilakukan dengan cara yang betul di waktu ketiadaan kita kelak menjadi tujuan utama kehidupan. Apa yang pasti bagi kita semua di sebalik segala kerisauan adalah melindungi kepentingan dan juga orang yang disayangi. Di sinilah takaful boleh membantu.
Takaful adalah insurans berasaskan syariah yang boleh melindungi kepentingan kewangan anda. Dalam takaful, para peserta memberi caruman ke dalam dana yang dikongsi bagi tanggungjawab bersama dan mengurangkan beban jika berlakunya musibah.
Sarjana Islam menjaga prinsip asas yang menentukan konsep dan kontrak takaful yang menekankan perkongsian risiko sesama peserta sekiranya berlaku sebarang peristiwa yang tidak diingini. Untuk memahami sepenuhnya bagaimana takaful dapat melindungi kewangan anda, seeloknya anda perlu tahu apakah kepentingan yang boleh dilindungi melalui takaful.
Antara perlindungan kepentingan yang dibenarkan dalam takaful ialah perlindungan hak milik harta atau kenderaan. Anda boleh melindungi kepentingan ke atas harta yang anda miliki dengan menyertai pelan takaful kediaman atau kenderaan. Ia memberi perlindungan terhadap aset persendirian jika berlaku kecurian atau rompakan dan menguruskan bayaran bulanan pinjaman jika berlaku kehilangan nyawa atau hilang upaya.
Manakala bagi kontrak takaful berkaitan harta, pelan-pelan takaful mempunyai klausa ganti rugi yang memberi pampasan kewangan kepada peserta yang terlibat bagi memastikan peserta kekal dalam keadaan kewangan yang sama seperti sebelum berlaku kerugian. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi kepentingan apabila membeli rumah atau kenderaan.
Pelan takaful perubatan dan kemalangan diri agak berbeza cara perlindungannya. Walaupun kita tidak boleh mendapat ganti rugi terhadap kehilangan nyawa, kontrak takaful keluarga memastikan tanggungjawab anda terhadap keluarga akan dijaga sekiranya berlaku kehilangan nyawa atau hilang upaya.
Sijil takaful perubatan pula membantu menguruskan peningkatan kos perubatan di masa hadapan. Sekiranya anda bimbang tentang kenaikan kos perbelanjaan perubatan contohnya, anda boleh memilih sijil takaful atau rider yang boleh membantu menghadapi peningkatan kos di masa hadapan.
Setiap kontrak takaful menekankan tanggungjawab khusus bagi semua peserta takaful jika berlaku sebarang kerugian atau kehilangan. Ia penting untuk memahami apa yang dilindungi seperti yang dinyatakan di dalam kontrak takaful agar kepentingan kita terlindung sepenuhnya jika berlaku sebarang kecemasan atau kemalangan.
Pelan-pelan takaful boleh melindungi rumah, kenderaan dan perbelanjaan perubatan. Dengan memastikan bantuan kewangan dan ganti rugi tersedia pada masa yang diperlukan, takaful adalah cara yang terbaik untuk melindungi kepentingan kewangan anda.
Tambahan pula, takaful dapat memberi ketenangan minda dari sudut kewangan kerana anda telah menyediakan perlindungan yang sewajarnya untuk keluarga anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Dapatkan Plan Hibah dan pelan perubatan
Hubungi :
NASRI 019-3702629
AIA Public Takaful
Terima kasih
ReplyDelete