APABILA SUAMI MENINGGAL, RUMAH JADI MILIK SIAPA?


Penting untuk suami isteri ambil peduli tentang pembahagian harta sekiranya berlaku kematian dalam keluarga. Apabila rumah di letakkan atas nama suami. Bagaimana kelak harta itu akan dibahagikan kepada waris-warisnya?

Kebiasaannya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu diagihkan mengikut faraid.


Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami.


contoh;

Jika rumah berharga RM300,000
(Harga mesti mengikut harga pasaran)

Bagaimana Pembahagian Dibuat?

♦️  1/4 milik isteri.
♦️  Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.
♦️  Jika proses dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil. Semua waris akan berbincang, bagaimana ingin agihkan.

2 SITUASI MUNGKIN BERLAKU


PERTAMA

Jika mereka setuju untuk melepaskan hak, semua 100% milik si isteri. Alhamdulilah proses akan menjadi mudah

KEDUA

Jika waris lain menuntut hak. Si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik RM100,000. Si isteri hendaklah membayar sejumlah itu.

Tapi Kalau Tiada Duit?

Apa perlu buat. Situasi yang berlaku ialah rumah itu akan dijual. Duit akan diagih ikut faraid. Rumah yang dibina sekian lama, terpaksa dijual kerana tiada wang. Kasihan isteri. Bagaimana elakkan perkara ini berlaku?


AMBIL HIBAH MELALUI TAKAFUL 
Yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah. Apabila anda meninggal dunia, duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak-hak waris lain.
Seperti di atas, hak adik-beradik lain ialah RM100,000. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar adik-beradik yang lain. Itu pun dengan syarat mereka bersetuju. Jadi rumah akan kekal menjadi milik isteri & anak, boleh teruskan hidup berteduh di rumah yg anda bina.

Orang kita, cerita tentang pengiraan faraid mengalahkan ustaz. Tapi apabila dapat duit, terus hilang entah ke mana.

Mereka lupa, hak itu datang dengan tanggungjawab berat menjaga si balu dan anak-anaknya.


Hukum faraid sudah adil dan cantik.



Jika risau keadaan berlaku sebegini. Merancanglah harta anda. Tutup ruang untuk berlaku perkelahian dan orang tersayang anda dizalimi suatu hari nanti. Zahirkan kasih sayang anda dengan rancang harta pusaka menggunakan HIBAH TAKAFUL.. boleh dapatkan khidmat rundingan percuma dari saya





USIA TEPAT UNTUK MENYERTAI PLAN TAKAFUL

Usia tepat untuk menyertai plan Takaful
Ramai yang dalam dilema mengenai usia yang betul untuk memyertai plan takaful. Ramai yang menunggu sehingga hari tua, baru hendak mencari takaful.
Namun, jika dasar takaful keluarga disertai pada usia muda, maka anda perlu membayar amaun yang kurang untuk sijil itu.
Caruman meningkat seiring dengan tahap kesihatan seseorang. Caruman untuk pelan kesihatan ditentukan oleh umur, jantina, pekerjaan, berat badan, sejarah perubatan  dan lain-lain. Jadi, jika anda menyertai pelan kesihatan lebih awal, ia akan membantu anda menjimatkan caruman yang dibayar.
Apabila menyertai takaful keluarga, jangan ketinggalan untuk menyertakan perlindungan penyakit kritikal.
Ini kerana perlindungan penyakit kritikal menawarkan pembayaran jumlah tetap selepas anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi oleh sijil tersebut. Anda boleh memilih untuk memyertai sijil penyakit kritikal sebagai plan takaful yang berasingan atau bersama-sama dalam satu sijil takaful.
Perlindungan penyakit kritikal bertindak sebagai tambahan yang sangat berharga kepada perlindungan kesihatan asas jika anda didiagnosis dengan penyakit serius.
Jika di simpulkan tiada usia yang tepat untuk anda menyertai sijil takaful cuma ada masa yang sesuai sahaja. masa yang sesuai adalah sehari sebelum kita mati dan sehari sebelum di diagnose ada penyakit kritikal. Itulah masa yang sesuai. Jadi masa yang sesuai adalah semalam bukan hari ini. Jika semalam anda tidak menyertai mana-mana plan takaful maka hari inilah masa yang sesuai sebelum esok menjelma.




KEPENTINGAN PERANCANGAN KEWANGAN DAN PERLINDUNGAN BUAT KELUARGA

PERANCANGAN KEWANGAN DAN PERLINDUNGAN BUAT KELUARGA

Tidak kiralah samada anda bujang atau berkeluarga, merancang kewangan merupakan salah satu perkara penting dalam memastikan kehidupan anda berjalan dengan lancar. Perancangan kewangan ini termasuklah membayar komitmen bulanan, bil-bil, simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan sewaktu kecemasan.
                                                                         
Namun, sebaik sahaja anda berkahwin, pelan jangka panjang buat keluarga sudah semestinya perlu dibuat dengan teliti. Pada peringkat permulaan, ianya hanya melibatkan anda dan pasangan, namun lama-kelamaan, pastinya bilangan ahli keluarga juga bertambah. Ini bermakna komitmen kewangan anda juga akan meningkat. Dan apabila bilangan ahli keluarga semakin ramai, maka perancangan kewangan dan perlindungan buat keluarga juga menjadi sangat penting. Di sini disenaraikan 5 sebab mengapa perancangan kewangan dan perlindungan buat keluarga adalah penting buat anda:


      MEMBERI PERLINDUNGAN BUAT ANDA DAN KELUARGA APABILA BERLAKU KEMALANGAN

      Sudah tentu kita tidak mengharapkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini seperti kemalangan atau ditimpa penyakit. Tidak kiralah samada ianya terjadi kepada anda atau ahli keluarga. Namun, malang memang tidak berbau, sekiranya berlaku kemalangan atau ahli keluarga anda menghidap penyakit, perancangan kewangan dan perlindungan yang baik pastinya mengurangkan beban yang ditanggung. 

      UNTUK MENDAPATKAN KESTABILAN KEWANGAN
                        
Jika perancangan kewangan dan perlindungan buat ahli keluarga dirancang dengan baik, pastinya kestabilan kewangan dalam institusi keluarga akan terjamin. Jadi, kebarangkalian untuk keluarga anda menghadapi masalah kewangan dapat dikurangkan. 



MAMPU MENAMPUNG KOS PENJAGAAN KESIHATAN

Kerajaan telah memberi kemudahan seperti klinik kesihatan dengan caj berpatutan buat rakyat Malaysia.Namun, jika berlaku kecemasan, adakalanya pilihan yang terdekat ialah klinik swasta. Dengan merancang kewangan keluarga, kos penjagaan kesihatan keluarga bukan lagi satu beban yang membelenggu fikiran anda. 



MENGGALAKKAN SIMPANAN

Merancang kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk anda belajar menyimpan dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu disiplin bukan sahaja untuk diri sendiri, galakkan juga anak-anak menyimpan wang saku lebihan yang anda beri. 


PENGURUSAN RISIKO – GUNAKAN PELAN TAKAFUL UNTUK MENGURANGKAN FAKTOR RISIKO DI DALAM HIDUP ANDA.

Pengurusan risiko bermaksud mengenalpasti    pendedahan kerugian yang anda hadapi dan memilih teknik yang paling sesuai untuk menguruskan pendedahan tersebut. Dalam merancang kewangan dan perlindungan buat keluarga, anda boleh menggunakan pelan takaful untuk mengurangkan faktor risiko sekiranya berlaku sebarang kemalangan.



Untuk maklumat lanjut mengenai plan perlindungan keluarga

HUBUNGI MOHD NASRI 
019 3702629




KESAN PENINGKATAN KOS PERUBATAN TERHADAP PELAN PERUBATAN


TAHUKAH ANDA?

  • Kita berkemungkinan menghadapi kenaikan kos rawatan perubatan setiap tahun1 berpunca dari inflasi perubatan
  • Kadar inflasi ke atas kos perubatan dijangka menjadi dua angka (dijangka menjadi 12.7% untuk tahun 2017)2, dan ini berbeza dengan inflasi harga barang pengguna kira-kira 2-4% setiap tahun pada tahun 2016 dan 20173.
  • Inflasi perubatan di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi dalam kalangan negara Asia selepas India di 14% dan Indonesia di 13.1%2


  • APAKAH PUNCA KENAIKAN KOS?

 APAKAH ERTINYA BUAT KITA SEMUA?

  • Kos penjagaan kesihatan lebih tinggi di masa hadapan




  • Sumbangan Takaful untuk pelan perubatan juga perlu diselaraskan demi memenuhi peningkatan ini.
  • Lebih ramai orang akan memilih untuk mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan.

  • Perlukan medical Card ?. Hubungi saya.





PANDUAN MEMILIH PERLINDUNGAN INSURAN/TAKAFUL


Cukupkah Perlindungan Insurans/Takaful anda sekarang ???


Memilih insurans nyawa/takaful yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.
Insurans nyawa/Takaful adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang. Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa/takaful adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa/takaful, ianya penting bagi mendapatkan insurans nyawa/takaful yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai
dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda. Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000. Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.
Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa/takaful yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.
Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi. Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa.  Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa/takaful anda perlu mencerminkannya.
Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak.  Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa/sijil takaful mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.


Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa/sijil takaful boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.







5 SALAH FAHAM TENTANG PERLINDUNGAN INSURAN/TAKAFUL

Salah faham tentang perlindungan insurans/takaful

Perlindungan insurans/takaful merupakan elemen yang penting dalam pengurusan kewangan peribadi seseorang.
Untuk mencapai pengurusan kewangan yang baik, terdapat 4 perkara yang paling kritikal yang perlukan perlindungan insurans/takaful, iaitu kematian, kecacatan/kelumpuhan, penyakit kritikal dan aset/hutang.
Jika berlaku apa-apa musibah melibatkan 4 perkara ini, sekurang-kurangnya pampasan daripada insurans/takaful yang diambil boleh menjadi ‘penyelamat’ kewangan.
Tidaklah sampai perlu mencairkan aset untuk menghadapi musibah.
Atau terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan.
Malah, waris yang ditinggalkan pun tidaklah hilang punca pendapatan sepenuhnya.
Tetapi, walaupun perlindungan insurans takaful sangat penting, masih ramai yang mempunyai kefahaman yang salah berkenaan konsep perlindungan insurans takaful yang sebenar.
Antara salah faham yang sering diperkatakan adalah:
Salah faham #1 – Saya masih muda, jadi saya tak perlukan perlindungan insurans takaful
Walaupun berusia muda, namun hakikatnya tetap berhadapan dengan risiko.
Risiko yang paling besar dihadapi ketika usia muda adalah kemalangan, yang mana boleh menyebabkan kematian, kecacatan/kelumpuhan dan kecederaan (sakit)
Jadi, usia muda bukan alasan untuk mengelak daripada mengambil perlindungan insurans/takaful.
Pada usia muda, paling minimum cukup sekadar ambil perlindungan insurans takaful kemalangan dan kad perubatan stand-alone sahaja (untuk membantu menampung kos rawatan jika berlaku kecederaan akibat kemalangan dan rawatan sakit-sakit biasa)
Jika nak ambil perlindungan yang lebih menyeluruh seperti pelindungan pendapatan (income protection) adalah lebih digalakkan.
Yang penting, perlindungan insurans takaful tetap diperlukan oleh orang muda.
Lagipun, jika mengambil insurans/takaful semasa usia muda, jumlah caruman masih murah berbanding jika diambil ketika usia lebih tua.
Salah faham #2 – Saya belum berkahwin dan tiada anak, saya tidak perlukan perlindungan insurans takaful
Bukan status perkahwinan yang menentukan samaada anda memerlukan perlindungan insurans takaful atau tidak, sebaliknya status sebagai penanggung nafkah.
Jika anda merupakan penanggung nafkah untuk orang lain, walaupun anda masih bujang, anda tetap perlukan insurans/takaful.
Bagi yang dah berkahwin dan punyai anak, sudah tentu menjadi penanggung nafkah untuk isteri dan anak-anak.
Bagi yang bujang pula, boleh jadi anda menjadi penanggung nafkah kepada ibubapa yang sudah tua atau adik-beradik yang masih bergantung harap kepada anda.
Malah, orang muda juga mungkin mempunyai komitmen hutang kereta atau pelajaran.
Jadi, dengan adanya perlindungan insurans/takaful, sekurang-kurangnya anda dan penerima nafkah anda dilindungi dari segi kewangan jika berlaku apa-apa musibah.
Hutang juga boleh dibayar menggunakan perlindungan insurans/takaful yang diambil.
Salah faham #3 – Saya taknak ambil perlindungan insurans takaful sebab mahal, lagipun komitmen saya tinggi
Pakej insurans/takaful ada dalam pelbagai bentuk dan jenis, dan semuanya disediakan mengikut keperluan individu yang berbeza pada harga yang berbeza.
Contohnya, insurans/takaful bertempoh (term) adalah jauh lebih murah berbanding insurans/takaful berkaitan pelaburan (investment-link)
Tambahan lagi, harga caruman adalah bergantung kepada banyak faktor, contohnya jumlah manfaat/pampasan, usia pencarum, tahap kesihatan, status merokok dan kelas pekerjaan.
Jika di ambil semasa masih muda dan sihat, jumlah caruman adalah lebih murah berbanding semasa lebih berusia dan sakit.
Malah, jumlah manfaat boleh diubah mengikut keperluan individu dan komitmen bayaran yang sanggup dikeluarkan.
Maka, anggapan bahawa perlindungan insurans/takaful adalah mahal dan akan menjejaskan komitmen diri adalah tidak tepat.
Sebaliknya, dengan komitmen yang rendah setiap bulan, anda boleh menyediakan perlindungan untuk jaminan kewangan yang lebih baik.

Salah faham #4 – Semua jenis polisi insurans/takaful adalah sama, ambil dari mana-mana syarikat pun sama sahaja
 Salah, banyak bezanya antara satu polisi dengan satu polisi yang lain.
Insurans dan takaful pun adalah dua jenis yang berbeza; insurans tidak patuh-syariah berdasarkan kontrak jual-beli, takaful pula patuh-syariah berdasarkan konsep derma-tabungan.
Dan seperti yang dinyatakan dalam poin #3 tadi, polisi insurans/takaful dipakejkan dalam banyak jenis dan setiap jenis adalah berbeza dari segi manfaat dan syaratnya.
Ramai yang menganggap, asalkan ambil mana-mana perlindungan insurans/takaful, sudahpun memadai.
Walhal, perlulah dilihat semula apakah jenis insurans/takaful yang hendak diambil, adakah sesuai dengan keperluan diri-sendiri.
Janganlah nanti apabila musibah menimpa, anda merungut kerana tidak layak menuntut apa-apa manfaat, ataupun manfaat yang diterima tidak sepertimana yang anda perlukan.
Ini biasanya terjadi kerana anda semberono sahaja ketika ambil perlindungan insurans takaful dulu; ambil sekadar ingin mencukupkan syarat bahawa anda dah ada perlindungan insurans/takaful.
Jadi, jika ingin ambil mana-mana polisi insurans/takaful, kenalah tahu perbezaan setiap jenis terutama dari segi manfaat, terma dan syarat supaya perlindungan yang diambil itu benar-benar sesuai dengan keperluan diri-sendiri.
Salah faham #5 – Saya dah ada perlindungan insurans takaful, cukuplah
Tahniah kerana anda dah ada instrumen perlindungan dalam pengurusan kewangan anda.
Tetapi, janganlah disimpan sahaja polisi yang diperoleh itu.
Sebaliknya, cuba semak kembali berkenaan manfaat-manfaat yang diberikan, dan terma-terma syarat atau pengecualian yang ada.
Amat penting untuk memahami sepenuhnya polisi perlindungan yang diambil agar tidak timbul apa-apa masalah ketika musibah menimpa nanti.
Di samping itu, semak juga keperluan kewangan anda dari semasa ke semasa, dicadangkan sekali setiap 5 tahun.
5 tahun dulu, keperluan anda mungkin tidak setinggi keperluan pada hari ini.
Dan polisi perlindungan yang anda ambil mungkin tidak mencukupi untuk melindungi sepenuhnya keperluan anda pada hari ini.
Jika ya, mungkin jumlah perlindungan perlu diubahsuai agar sesuai dengan keperluan semasa.
Credit : jomurusduit.com
Perlukan keterangan lanjut ?
Hubungi 019-3702629
Mohd Nasri Ramli
AIA Public Takaful