Keputusan untuk membuat caruman dalam plan Takaful adalah sangat rumit bagi sesetengah orang. selalunya 80% akan membuat perbincangan dengan isteri atau suami, rakan-rakan, saudara mara dan kenalan yang lain. Berbeza dengan keputusan jika seseorang itu hendak mendapatkan benda-benda yang lain sebagai contoh handphone baru, sport rim baru, kereta baru dan lain-lain. Walaupun sesetengah orang akan membuat penyelidikan dahulu sebelum mendapatkan benda-benda ini tetapi keputusannya sangat cepat dan kadang-kadang tanpa memerlukan perbincangan dengan orang-orang sekeliling mereka. Berbeza dengan keputusan caruman Takaful. keputusan untuk membuat caruman plan Takaful sangatlah rumit dan memakan masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun malah ada yang langsung tak mahu ambil. Ini terjadi kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan takaful itu.
Apabila si Suami membuat perbincangan dengan si isteri atau sebaliknya, selalunya si isteri atau suami akan membantah kerana menyatakan Takaful satu pembaziran dengan alasan kos sara hidup yang tinggi, tidak cukup budget dan lain-lain. Mereka tidak tahu jika Suami membuat caruman Plan Takaful sebenarnya, suami menyediakan satu tabung kecemasan untuk isteri. Duit dari pampasan takaful adalah untuk keluarga bukan untuk suami itu tadi. adalah kurang bijak jika isteri atau suami menentang untuk membeli plan Takaful atau Insuran. Rata-rata masyarakat menganggap Takaful merugikan sebab tak boleh digunakan. Alasannya nak buat apa ambil Takaful dah mati baru dapat duit. harus diingat Takaful adalah TABUNG KECEMASAN. Apakah perkara kecemasan yang besar dalam hidup kita ? Kematian, Sakit, Kemalangan adalah antara kecemasan yang memerlukan duit yang banyak. Jika perkara ini berlaku maka TABUNG KECEMASAN tadi akan memainkan peranan, bukanlah duit simpanan kita.
Dalam kehidupan seseorang akan ada pekerjaan, ada pendapatan, dari pendapatan akan lahir perbelanjaan harian, komitmen membayar pinjaman, simpanan & pelaburan. Jika kecemasan berlaku bolehkah simpanan & pelaburan menampung perbelanjaan atau kos kecemasan tersebut. Keadaan lebih buruk jika kematian berlaku, pendapatan tadi akan hilang terus. Bolehkah simpanan & pelaburan simati di keluarkan dengan cepat untuk menampung perbelanjaan harian dan komitmen membayar pinjaman. Sudah tentu tidak, kerana proses mengeluarkan duit simpanan dan pelaburan simati mengambil masa yang panjang. Jika ada TABUNG KECEMASAN iaitu pampasan Takaful, ianya akan digunakan untuk perkara-perkara tersebut. Pampasan Takaful akan dapat dahulu berbanding dengan duit simpanan dan pelaburan.
Jadi sediakanlah TABUNG KECEMASAN untuk keluarga ada. sayangi mereka, ambilah plan takaful sekurang-kurangnya plan Hibah yang asas sahaja. Jika anda pergi tak kembali ketahuilah perkara utama yang menjadi masalah keluarga anda adalah DUIT atau WANG. Gunakan pendapatan anda dengan bijak dengan menyediakan plan pengurusan kewangan yang lengkap.
JIKA SAYANG KELUARGA AMBIL PLAN TAKAFUL
Hubungi
Call/Whatsapp/Telegram
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
Life Planner
AIA Public Takaful
Mantap terbaik
ReplyDelete