KOTA BHARU - Simptom hilang selera makan, selain susut berat badan secara mendadak yang dialaminya Januari lalu, petanda awal Tengku Yasmin Aira Tengku Sharudin, 9, sebenarnya menghidap kanser tulang.
Tengku Yasmin Aira bagaimanapun cukup bertuah kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal dan mempunyai peluang tinggi untuknya kembali sembuh.
Menurut ibunya, Haswanizan Hassan, 40, anak kedua daripada dua beradik itu sebelum ini sering mengadu sakit di kaki dan paha kirinya, dan selepas pemeriksaan lanjut termasuk imbasan MRI, Tengku Yasmin Aira disahkan menghidap kanser tulang di bahagian punggung.
“Selepas beberapa kali menjalani rawatan kimoterapi, keadaan Tengku Yasmin Aira semakin baik sebelum diteruskan dengan pembedahan Ogos lalu untuk membuang serpihan tulang yang disahkan kanser tulang.
“Pembedahan berjaya, setakat ini maklum balas sangat positif daripada kimoterapi dan kanser tersebut semakin mengecut,” katanya kepada media ketika menghadiri Malam Apresiasi Orang Kota Bharu (OKB) di sini, kelmarin.
Haswanizan berkata, walaupun masih dalam rawatan (kimoterapi), namun dia bersyukur Tengku Yasmin Aira semakin sihat dan berharap anaknya akan bebas daripada penyakit tersebut tidak lama lagi.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan OKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, majlis itu bertujuan meraikan doktor dan pasukan kesihatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) atas komitmen mereka menjayakan dua pembedahan yang agak berisiko sebelum ini.
“Malam Apresiasi OKB ini adalah tanda terima kasih dan penghargaan atas kejayaan pembedahan Open Reduction and Locking Plate Ringht Distal Femur dan Open Reduction Plating Ringht Radius Ulna terhadap mangsa kemalangan bas ekspres warga China, Chen Guang Jun pada 16 Ogos
lalu oleh Pasukan Jopint Replacement Unit, Department Of Orthopedics, HRPZ II.
“Selain kejayaan luar biasa pembedahan Wide Resection Plus Endoprosthesis ke atas Tengku Yasmin Aira pada 3 Ogos lalu oleh pasukan Orthopedics, Oncology Reconstructive Unit, HUSM,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Tabung Kaseh Kanser OKB HRPZ II berkata, walaupun apa yang dilakukan dua pasukan perubatan itu rutin bagi mereka, namun cukup besar maknanya kepada pesakit dan POKB.
Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga
Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri
TOLONG JANGAN HUBUNGI JIKA SUDAH TAHU KOS RAWATAN DARI PIHAK HOSPITAL
BERTINDAK SEBELU M TERLAMBAT
No comments:
Post a Comment