HIBAH MELALUI TAKAFUL
Peserta takaful boleh menarik
nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu
resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah
kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan
MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih
untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup
(peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama
rata bukan peratusan bahagian masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan
timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang
lebih berbanding pihak lain. Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta
dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada
peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. Oleh itu, bahagian manfaat
itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian
peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta.
MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28
Julai 2011 juga memutuskan jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang
benefisiari tanpa menyatakan bahagian peratusan masing-masing, pembahagian
manfaat takaful perlu diberi secara sama rata kepada setiap penama sebagai
benefisiari. Resolusi ini dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013, dalam Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak
menamakan sesiapa sahaja sama ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah
takaful. Apa itu hibah Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang
kepada seseorang tanpa sebarang balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan
mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada
seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Barang atau harta
yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang
halal serta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang dihibahkan mestilah wujud
ketika dihibahkan. Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap
harta yang dikongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Mengikut
Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika
mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada
rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan
keizinan dari pihak bank. Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran
agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang
kuasa Mahkamah Syariah.
Ini dinyatakan dengan jelas dalam
Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kebanyakan Mahkamah Syariah menggunakan
perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut, alang hayat atau ketika hidup
dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan' merujuk kepada hibah atau
pemberian. Penggunaan perkataan sama dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran
Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Peserta takaful ada hak Seksyen 46 (2)
(b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
(Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk
mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berkaitan wasiat atau
alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup atau penyelesaian dibuat tanpa
balasan memadai dengan wang atau nilaian wang. Undang-undang sudah memberikan
kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang
amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini
menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun
pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya.
Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah
pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978
yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau
institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang
berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka
itu kepada waris mengikut hukum syarak. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan
wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama
KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP
(peninggalan simati) mengikut hukum faraid. Selangor turut mewartakan Hukum
Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal
dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta
pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid. Sumber :bharian.com.my
Dapatkan Plan Takaful dari AIA Public Takaful Sekarang
Anda Tak perlu Jual Hartanah / Rumah Anda
Anda Tak perlu Jual Hartanah / Rumah Anda
Demi Masa Depan Keluarga
Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Mohd Nasri Ramli
Siapa kata kalau company dah beri Insurans/ Takaful kepada staff, maka tak perlu lagi ambik untuk diri sendiri?
Jawapannya;
1. Adakah ini syarikat kita?
2. Adakah kita akan KERJA sampai MATI kat sini?
3. Adakah bila kita sakit syarikat ini nak kita lagi?
4. Adakah bila kita meninggal atau sakit kritikal atau lumpuh syarikat akan beri pampasan setimpal kepada keluarga kita?
5. Dan mcm2 lagi adakah..
Nasihat Konsulasi Percuma
Plan Hibah 1 Juta
Plan Medical Card
Plan Pendidikan & Persaraan
Plan Hibah 1 Juta
Plan Medical Card
Plan Pendidikan & Persaraan
Jadi Agen AIA Public Takaful
Full Support dari Team
Full Support dari Team
Demi Masa Depan Keluarga
Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Mohd Nasri Ramli
No comments:
Post a Comment