Badan
kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel. Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu
dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya.
Kanser
adalah penyakit yang berkaitan dengan sel.
Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami
kecederaan. Tubuh badan kita akan
menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang
dan bertambah tanpa henti. Sel yang
tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor
ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini
mungkin adalah kanser.
Sel-sel kanser ini akan
berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan
limpa.
APAKAH YANG
MENYEBABKAN KANSER?
Faktor
Persekitaran - Karsinogen
Kehadiran
agen penyebab kanser, iaitu karsinogen boleh bertindak sebagai faktor yang
mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser - berupaya membawa
pelbagai perubahan genetik, termasuk pengaktifan onkogen dan penyahaktifan gen
penekan tumor .
Terdapat
sesetengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan transformasi neoplastik pada
sel yang telah terinfeksi. Kedua-dua kelas virus, iaitu sama ada virus DNA atau
virus RNA boleh menyebabkan sel-sel yang terinfeksi menjadi sel kanser. Dalam
kes Kanser Pangkal Rahim, virus HPV memainkan peranan dalam pembentukan kanser.
Tabiat
merokok juga telah dikenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser
paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok
berbanding mereka yang tidak merokok. Bagaimanapun, individu yang tidak merokok
sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda
berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini.
Penglibatan
faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana
kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas atau pengekspresan
berlebihan onkogen yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.
SAINTIS
percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab
utama kepada pelbagai masalah kronik.
Dari mana
datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada
beberapa sumber, iaitu:
Makanan
tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam
pada sate atau ikan bakar).
Rokok —
Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas
Tekanan —
Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
Bahan kimia
toksik (seperti racun serangga).
Penghasilan
radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.
Dapatkan Perlindungan Insuran dari Sebarang Jenis Kanser Sebelum Terlambat
Anda mungkin tergolong di kalangan 30% orang yang bakal kena kanser
Whatsapp / sms +6019 370 26 29 - Nasri
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga
Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri