Apabila suami meninggal dunia, banyak perkara yang perlu diuruskan oleh isteri atau ahli keluarga.
Antara urusan penting yang perlu dilakukan adalah menukar nama rumah, mengeluarkan wang simpanan dan mendapatkan tuntutan/pampasan.
Perkara tersebut sering diambil mudah oleh kebanyakan isteri dan waris. Kesannya, semakin lambat tindakan diambil, semakin sukar dan rumit untuk isteri dan waris menyelesaikannya.
Berikut adalah antara perkara penting yang isteri atau waris perlu lakukan selepas kematian suami.
1. Semak hutang dengan bank Kebanyakan individu di Malaysia tidak lari dari hutang seperti kereta, rumah dan kad kredit. Ada hutang yang mempunyai pakej perlindungan kematian.
Maksudnya, jika berlaku kematian, hutang tersebut akan dilupuskan.
Contohnya, hutang rumah mempunyai insuran seperti MLTT atau MRTT.
Namun, hutang kereta dan rumah mempunyai sedikit masalah apabila pihak bank tidak mewajibkan individu tersebut mengambil insuran bagi hutang tersebut.
Jika hutang rumah dan kereta tersebut mempunyai perlindungan insuran, isteri atau waris pasti merasa lega. Tetapi, jika tidak, beban terpaksa dipikul untuk menyelesaikan hutang tersebut. 2. Semak polisi insuran atau sijil takaful Pihak isteri atau waris perlu tahu dan ada nombor telefon ejen takaful yang menguruskan sijil perlindungan suami bagi memudahkan kerja.
Jika suami mempunyai pelan takaful hayat dengan jumlah yang tinggi, gunakan wang tersebut untuk selesaikan hutang-hutang yang tertunggak terlebih dahulu.
Baki tersebut boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan isteri dan waris.
Jika anda tidak dapat menghubungi ejen takaful tersebut, anda boleh pergi terus ke cawangan atau pejabat syarikat insuran/takaful tersebut. 3. Semak dengan KWSP Jika suami mencarum akaun KWSP semasa hidup, isteri atau waris perlu pergi ke pejabat atau cawangan KWSP berhampiran.
Terdapat dua (2) keadaan yang berbeza :
1. Jika sudah mempunyai penama
Penama boleh pergi ke cawangan KWSP sendiri untuk memohon pengeluaran duit tersebut.
2. Jika tidak mempunyai penama
Individu yang boleh memohon adalah seperti berikut mengikut turutan:
1. Pentadbir Pusaka ahli 2. Balu atau duda ahli 3.Anak-anak atau penjaga mereka 5. Bapa dan / atau ibu ahli 6. Adik-beradik ahli 7. Sesiapa yang mengikut budibicara KWSP sebagai orang yang berhak menerima simpanan KWSP ahli
4. Semak dengan Tabung Haji Jika suami mempunyai simpanan dalam akaun Tabung Haji, anda boleh sediakan dokumen seperti berikut:
Kad Pengenalan Pemohon;
Sijil Mati Pendeposit;
Surat Kuasa (jika pendeposit tiada Penama/Pemegang Amanah);
Kad Pengenalan Penjaga (jika Penama/Pemegang Amanah bawah 18 tahun);
Surat Beranak (jika Penama/Pemegang Amanah bawah 12 tahun);
Sijil Mati bagi Penama/Pemegang Amanah yang telah meninggal dunia
Jika simpanan melebihi RM1,000 dan tiada penama, isteri atau waris hendaklah menyediakan salah satu surat kuasa seperti berikut:
Hukum Syarak – Surat Pembahagian Harta Pusaka mengikut Hukum Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah; atau
Bicara Kecil – Surat Pembahagian Harta Pusaka yang diuruskan oleh Pejabat Tanah/Daerah;
Pentadbir Pusaka – Memohon supaya Harta Pusaka ditadbirkan oleh Amanah Raya atau Pegawai Pentadbir Pusaka; atau
Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi.
5. Semak hutang dengan orang lain Selepas menyelesaikan solat jenazah, biasanya akan ada pengumuman mengenai tuntutan hutang dari orang lain jika ada.
Sebaiknya, simpan dahulu wang simpanan atau pampasan dari takaful sedikit sebagai persediaan jika terdapat tuntutan hutang dari orang lain.
Lime (5) perkara diatas hanyalah beberapa perkara penting sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang isteri atau waris perlu lakukan seperti urusan di JPN, PERKESO, ASB, jika ada pelaburan Unit Trust dan lain-lain lagi.
Sebaiknya, semasa hidup, suami dan isteri perlu berbincang mengenai setiap akaun simpanan atau hutang yang mereka miliki.
Isteri juga perlu cepat-cepat untuk keluarkan duit dari akaun simpanan suami sebelum akaun tersebut dibekukan.
Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mempunyai skim perlindungan samaada Insurans atau Takaful.
Bagi orang Islam, sudah semestinya wajib mengambil Takaful berbanding Insurans.
Walaupun skim perlindungan insurans/takaful sangat penting, namun tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingannya masih rendah.
Alasan yang sering diberi orang ramai untuk tidak mengambil skim perlindungan insurans/takaful adalah kerana tidak mampu memberi komitmen kewangan, mahal dan berasa rugi kerana tidak nampak faedah-faedah yang disediakan.
Bagi mereka yang masih belum mempunyai sebarang skim perlindungan insurans/takaful, berikut antara sebab-sebab anda wajib memilikinya:
1. Semua orang berhadapan dengan risiko
Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan penyakit (3D; death, disability & diseases).
Cuma, bila dan bagaimana sahaja yang kita tidak ketahui.
Tetapi, harus diingat, kebarangkalian untuk ketiga-tiga ini menjengah diri kita akan meningkat dari hari ke hari.
Setiap hari berlalu, kita semakin mendekat dengan kematian yang telah ditentukan-Nya.
Semakin banyak kita bergerak dengan kenderaan di atas jalan-raya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kemalangan yang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian, tetapi juga kelumpuhan (minta dijauhkan-Nya)
Semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit.
Jadi, perlindungan insurans/takaful boleh menyediakan diri anda dari segi kewangan untuk berhadapan dengan ketiga-tiga risiko utama ini.
Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak-anak.
Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas.
Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan.
2. Malang tidak berbau
Biasa dengar dengan pepatah “Ingat lima perkara sebelum lima perkara”?
Konsep ini juga terpakai dalam insurans/takaful.
Syarat utama untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan skim perlindungan insurans/takaful adalah mesti dilindungi sebelum kejadian itu berlaku.
Sebagai contoh, risiko penyakit.
Seandainya kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini tidak dilindungi lagi.
Maksudnya, segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi.
Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan insurans/takaful semasa sihat (sebelum sakit).
Begitu juga dengan kematian dan kelumpuhan.
Lagipun, malang memang tidak berbau.
Kita tidak tahu tarikh kematian kita.
Kita tidak tahu bila kemalangan boleh menimpa ke atas kita.
Kita tidak tahu bila penyakit akan datang menjengah.
Oleh kerana kita tidak tahu bila malang akan menimpa, maka perlulah sediakan perlindungan secukupnya terlebih dahulu.
3. Melindungi harta/aset
Jika kita membeli kereta baru ataupun memperbaharui cukai jalan (road tax), diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful kenderaan.
Begitu juga jika membeli rumah menggunakan pinjaman/pembiayaan bank, diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful tertentu.
Kenapa?
Kerana insurans/takaful ini akan melindungi harta-harta tadi jika berlaku musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan, kecurian dan kebakaran.
Insurans/takaful bukan sahaja penting untuk melindungi diri, tetapi juga harta bernilai yang kita ada.
Harta yang perlu dilindungi bukan sahaja yang berbentuk fizikal, malah yang bukan fizikal juga.
Contoh utama aset bukan fizikal adalah perniagaan yang dijalankan, mesti dilindungi dengan insurans/takaful secukupnya.
Pernah dulu diberitakan ada seorang penyampai radio menginsuranskan suara beliau, kerana bagi beliau, suaranya adalah aset bernilai.
Sekiranya berlaku sesuatu ke atas suara beliau yang boleh menjejaskan pendapatan beliau, beliau boleh mendapat pampasan sewajarnya.
Jadi, perlindungan insurans/takaful adalah sangat penting untuk melindungi aset-aset yang ada supaya kerugian yang akan dialami atas sesuatu musibah dapat dikurangkan.
4. Melindungi pelaburan
Bayangkan kita baru memulakan pelaburan dengan menggunakan duit simpanan yang ada.
Biasalah apabila baru memulakan pelaburan, kebanyakannya akan rugi sedikit terlebih dahulu.
Maklumlah, masih belum berpengalaman dan banyak caj-caj yang perlu dibayar.
Lagipun, pelaburan kebiasaannya untuk jangka masa yang panjang, barulah boleh dapatkan keuntungan yang baik.
Tetapi malangnya, ketika baru bermula ini, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini.
Contohnya kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Tambah malang lagi, walaupun mempunyai dana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi.
Jadi, tidak dapat tidak, terpaksalah mencairkan pelaburan tadi untuk menampung kos yang diperlukan.
Jika ini berlaku, bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh pelaburan yang belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai.
Kalaulah diambil perlindungan insurans/takaful sewajarnya lebih awal, pasti situasi sebegini boleh dielakkan.
5. Wariskan harta, bukan hutang
“Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan …..?”
Apabila kita sudah tiada nanti, sebaik-baiknya janganlah ditinggalkan beban atau hutang yang banyak kepada pasangan, anak-anak atau waris-waris yang ada.
Sudahlah mereka bersedih atas pemergian kita, ditambah pula runsing dengan beban yang ditinggalkan.
Bukankah perit jika memikirkannya.
Sebaik-baiknya, tinggalkanlah legasi atau harta untuk sekurang-kurangnya menampung keperluan mereka.
Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan utama atau tunggal semasa hayat masih ada.
Dengan mengambil skim perlindungan insurans/takaful secukupnya, masalah ini boleh diatasi.
Ambillah perlindungan secukupnya, pastikan jumlah pampasan yang akan ditinggalkan kepada waris nanti cukup untuk menampung keperluan mereka dalam jangka masa yang panjang.
Sebelum wujudnya skim takaful yang patuh syariah, skim perlindungan banyak dikuasai oleh produk-produk insurans konvesional yang mempunyai unsur-unsur riba.
Tetapi sekarang, banyak produk-produk takaful wujud untuk memberikan alternatif kepada umat Islam mendapatkan perlindungan sewajarnya.
Malangnya, walaupun setelah beberapa tahun skim-skim takaful muncul, kadar langganannya masih lagi rendah jika dibandingkan dengan skim insurans konvesional walaupun di kalangan umat Islam sendiri.
Bahkan, ada segelintir umat Islam sendiri yang mempunyai pandangan skeptikal dan merendah-rendahkan produk-produk takaful.
Bukan sahaja tidak menyokong, malahan diburuk-burukkan lagi dengan langsung tidak diberikan cadangan untuk penambahbaikan.
Jadi, di sinilah peranan sebagai orang Islam untuk menunjukkan sokongan kepada sistem ekonomi berteraskan Islam.
Pilihlah takaful sebagai jihad untuk ekonomi Islam.
Jika masih ada melanggan skim insurans konvesional terutamanya untuk perlindungan kereta dan rumah, bertukarlah kepada takaful.
Jika nanti bercadang untuk mengambil perlindungan untuk diri dan keluarga, pilihlah produk-produk takaful.
7. Niat murni membantu orang lain
Berbeza dengan insurans konvesional yang berteraskan kontrak jual-beli, takaful adalah berteraskan kontrak tabarru’ (derma).
Dengan mengambil takaful, peserta-peserta sebenarnya memindahkan sebahagian bayaran kepada tabung derma (tabarru’).
Syarikat takaful berperanan sebagai pengurus tabung ini.
Apabila ada peserta yang ditimpa musibah, bayaran pampasan kepada peserta tadi diambil daripada tabung derma tadi.
Kiranya, wujud konsep jamin-menjamin melalui derma.
Atas sebab inilah kita patut mengambil perlindungan melalui skim takaful.
Tanpa sedar, kita sebenarnya membantu orang lain yang ditimpa musibah.
Itulah sahaja 7 sebab utama perlu ada insurans/takaful sebagai perlindungan.
Jika anda masih belum mempunyai apa-apa perlindungan, bertindaklah segera untuk mendapatkannya.
Fungsi dan tujuan seseorang itu mengambil hibah takaful berbeza mengikut keperluan masing-masing. Antaranya ialah:
Penggantian Pendapatan (Replacement of Income)
Cuba kita ambil senario di mana sepasang suami isteri yang berkerja. Katakanlah gaji suami RM5,000 sebulan dan gaji isteri pun RM5,000 sebulan. Andai kata pada suatu hari, suami pergi kerja terus tak balik-balik. Bagaimana dengan isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan? Perbelanjaan rumah masih kekal RM10,000 namun pendapatan keluarga hanya bergantung kepada isteri.
Lebih sedih lagi sekiranya isteri tidak berkerja. Macam mana untuk mereka meneruskan kehidupan? Tak mahal pun hibah takaful jika hendak dibandingkan dengan masa depan isteri dan anak-anak. Betul ke betul?
"Back-up" kepada Hutang
Semua orang tahu hutang wajib dibayar. Banyak benda yang kita hutang contohnya kereta, rumah, credit card dan lain-lain. Sebagai umat Islam kita WAJIB melunaskan semua hutang-hutang tersebut. Siapa pernah pergi majlis solat jenazah? Perasan tak nanti ada orang akan cakap, "kalau ada hutang sila tuntut dengan saya atau waris-waris yang lain". Sanggup ke anda nak suruh waris anda bayar semua hutang-hutang anda?. Jadi Hibah Takaful akan memainkan fungsinya iaitu membayarkan hutang anda oleh waris.
Harta Untuk Diwarisi
Kalau boleh kita mesti nak tinggalkan harta untuk anak-anak kita kan? Katakan anda mempunyai 4 orang anak dan anda berhajat untuk mewariskan RM200,000 kepada setiap seorang. Maksudnya, anda perlu ada RM800,000. Jadi Dengan Plan Takaful dan Pampasan yang boleh di Hibahkan, anda sudah membina satu aset tetap yang boleh diwarisi oleh generasi anda seterusnya. Kita tidak tahu berapa lama kita akan membayar plan takaful ini, mungkin esok lusa kita sudah tiada maka plan Takaful adalah instrument yang tidak memerlukan anda membayarnya sehingga habis berbeza dengan pinjaman.
Sekadar soalan yg berbaloi utk suami yang bertanggung jawab.
1. Berapakah nilai yang sesuai dalam ringgit untuk suami tinggalkan pada isteri dan anaknya?
Jumlah yang dicadangkan dan sesuai adalah 5 tahun pendapatan isi rumah.
2. Adakah si suami mempunyai jumlah tunai seperti di atas sekarang?
Ada. Bolehkah transfer semua sekali terus pada isteri dan anak-anak sekarang supaya bila suami tak balik rumah anak isteri boleh hidup seperti biasa? Tapi kalau sekiranya keadaan terbalik? Suami kena tunggu process Faraid utk mendapatkan semula tunai yg diberi pada isteri
Takde. Suami perlu asingkan 3.5% dpd jumlah diatas di Takaful Hibah dan Syarikat Takaful akan sediakan 96.5% baki. Sekiranya suami tak balik rumah, meninggal pra matang, isteri dan anak2 tak perlu menunggu proses Faraid yg bertahun utk meneruskan hidup. Isteri serta merta ada gaji suami yg berjumlah 5 tahun untuk menampung hidup anak2 sekeluarga sehingga process Faraid selesai.
Fakta
1. Hibah bukan tak perlu sebab takde duit yg cukup, lagi besar simpanan lagi perlu hibah. Sebab process Faraid lagi lama. Ada duit yg byk dah siap2 kasi anak isteri? Memang ok kalau apa2 jadi pada suami, isteri terus boleh guna, TAPI kalau situasi terbalik? Isteri atau anak yg meninggal dulu? Si suami pula kena susah payah tunggu bertahun utk selesai urusan Faraid.
2. Kalau takde harta utk sendiri sekarang, Hibah lagi perlu. Sebab kalau simpan sendiri 3.5% pun, 30 tahun belum tentu jadi 100%, kalau umur panjang, kalau tak? Anak isteri hanya dpt apa yg sempat simpan, itu pun selepas bertahun faraid selesai. Contohnya Hibah RM500,000. 3.5% adalah RM17,500 setahun di simpan dlm Takaful Hibah selama 10 tahun. 10 tahun dlm Takaful pun belum sampai RM500,000. Tapi dgn caruman pertama dlm Takaful, asset hibah terus RM500,000 serta merta.
1)Takaful/insurans bukanlah satu perkara yang mudah untuk difahami. Tanpa penerangan yang jelas, ramai yang salah anggap dengan kepentingan sebenar takaful/insurans ni. Oleh sebab itu, perunding takaful akan menerangkan dengan terperinci selok belok takaful/insurans ni. 🤗
.
2)Anda semua semestinya sibuk dengan kerja-kerja harian sampai tiada masa untuk memikirkan tentang takaful/insurans yang sedia ada. Oleh itu perunding takaful/insurans akan sentiasa remind anda tentang bayaran bulanan, pelan2 terbaru jika ada, bila masa anda perlu upgrade kepada pelan yang lebih bagus, dan sebagainya. 🤗
.
3)Jika anda jatuh sakit atau ditimpa kemalangan suatu hari nanti, perunding takaful lah yang akan menyelesaikan segala proses kemasukan anda di hospital, melawat anda di hospital, bertanya khabar, mengendalikan segala proses2 claim dan memaklumkan kepada saudara mara terdekat. Siapa lagi anda nak harapkan pada waktu itu? Sedangkan kawan2 pun sibuk bekerja. 🤗
.
4)Yang paling penting, perunding takaful lah yang akan membawa sejumlah wang pampasan yang sangat tinggi nilainya kepada diri anda dan keluarga anda sekiranya berlaku perkara2 yang tak diingini seperti kemalangan, penyakit dan kematian, tatkala orang disekeliling anda hanya memberikan kata2 sedih, takziah, dan memberi sumbangan yang sedikit sahaja. 🤗
5) Walaupun caruman anda RM80.00 sebulan sekalipun agent Takaful ada simpan nombor telefon anda berbanding jika anda simpan RM80,000 sebulan di bank, Bank Manager tak simpan nombor telefon anda, malah anda pun dia tak kenal.
Maka jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selagi anda masih sihat carilah perunding takaful yang berdaftar. Jika anda mahu jadikan saya sebagai perunding Takaful anda silalah contact saya.
INCOME PROTECTION ITU APA? Nak senang faham, jom baca dua situasi di bawah. Situasi 1: Aisyah bergaji RM5K sebulan. Total liabiliti sebulan RM3500. Saving sedia ada RM20K. Semasa berusia 30 tahun, dia hilang upaya bekerja akibat penyakit kritikal. Hilang pendapatan kerana hilang upaya bekerja. Aisyah buntu tak tahu macam mana nak bayar semua komitmen dan sara hidup akibat kehilangan gaji. Dan akhirnya terpaksa bergantung dengan orang lain, memohon macam-macam bantuan. Situasi 2: Aminah bergaji RM4K. Total liabiliti sebulan RM3K. Saving sedia ada RM15K. Semasa berusia 30 tahun, dia hilang upaya bekerja akibat kemalangan. Maka hilang lah pendapatan bulanan kerana kehilangan pekerjaan. Tapi, semasa Aminah sihat, dia ada mengambil pelan simpanan income protection. Oleh sebab itu, Aminah menerima wang RM500K daripada AIA Public Takaful. Dengan dana sebanyak itu, dia dapat mulakan hidup baru, ekonomi tidak terjejas dan tidak perlu menyusahkan sesiapa. Anda tanya diri anda, Anda nak kesudahan seperti aisyah atau aminah? Sebab yang ada kuasa memilih itu bukan saya, bukan orang lain. Tapi anda sendiri. Hakikatnya, Sesiapa boleh kena kanser. Sesiapa boleh kemalangan. Risiko itu sentiasa ada. Tetapi, adakah anda dah bersedia dengan dari sekarang lindung gaji anda? Jangan risau, anda lindungi gaji anda dengan akaun di AIA Public Takaful, kalau anda sihat sampai bila-bila pun duit anda tak hangus. Malah boleh dapat untung dari modal asal. Jom, buat income protection bersama AIA Public Takaful. Serius berbaloi. Jangan tunggu lagi. Benda ni urgent. Gaji anda aset anda. Bukan benda kecil. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
Saya cuma copy sahaja pengalaman agent insurance lain... Saya nak kongsi cerita ex klien rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.
Hari ni wife pada ex klien saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (ex klien) dia. Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.
Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.
Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat ta tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah. Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.
Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya bluetick aja. Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap
"kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar." Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia 1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah 2. Call socso semak apa yang boleh tuntut 3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best... "Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la..." Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat. Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa. Saya nak pesan kat korang: 1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut. 2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat. 3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita. 4. Ambillah Plan Takaful, kalau perkara buruk terjadi keluarga dapat pampasan Hibah 5. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga. 6. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga. 7. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, lau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah. 8. Para isteri perlu sedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving. 9. Jika Suami nak ambil Plan Takaful sokong minta dia terus signup, sebab takaful yang suami ambil tu untuk isteri sebenarnya. Mati datang bila-bila. Apa persediaan kita?
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pesakit kanser di seluruh dunia semakin bertambah dan dijangka akan terus meningkat. Pada tahun 2015, kira-kira 8.8 juta manusia di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia akibat kanser.
Secara purata kira-kira 8.2 juta orang meninggal dunia akibat penyakit itu setiap tahun. Di Malaysia, terdapat lebih 100,000 orang dilaporkan menderita kerana kanser dengan sebahagian besarnya adalah golongan wanita.
Kanser paru-paru, prostat, kolorektal, perut dan hati merupakan penyakit kanser yang kebiasaannya dialami golongan lelaki manakala kanser payudara, kolorektal, paru-paru, serviks dan kanser perut antara yang paling biasa dihadapi golongan wanita.
Bagaimanapun, antara 30 sehingga 50 peratus daripada kematian akibat kanser sebenarnya boleh dicegah antaranya dengan cara mengelakkan produk tembakau, mengurangkan penggunaan alkohol, mengekalkan berat badan yang sihat dan bersenam secara kerap.
Dianggarkan satu dalam empat orang rakyat negara ini akan mendapat kanser dan antara puncanya adalah berkaitan dengan gaya hidup mereka.
RAWATAN KANSER MASIH MAHAL?
Jika dahulu kanser diibaratkan sebagai hukuman mati keatas sesiapa yang mengidapnya. Kini dengan kemajuan teknologi dalam bidang perubatan semakin ramai pesakit kanser dapat dipulihkan. Kanser tidak lagi dianggap sebagai penyakit yang menakutkan tetapi masih ada yang membimbangkan pesakit iaitu berhubung kos untuk merawat penyakit itu.
Seorang ahli akademik dari Universiti Malaya, Dr Nimala Bhoopathy sebelum ini pernah menyatakan kos rawatan kanser payu dara sahaja sekitar RM65,000 setahun. Kos rawatan itu bukan saja membabitkan aspek perubatan tetapi juga perbelanjaan yang perlu ditanggung pesakit.
Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan ramai pesakit kanser tidak mampu menanggung perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan. Ia termasuk dalam aspek kewangan atau terdapat pesakit yang tidak berkeupayaan secara fizikal untuk mendapatkan rawatan dengan kerap.
"Akibatnya, pesakit cenderung untuk berhenti atau meninggalkan rawatan mereka sebelum selesai sehingga membahayakan peluang pemulihan mereka," katanya.
PERSEDIAAN
Adalah disarankan orang ramai melanggan produk insuran atau takaful yang boleh memberikan mereka pampasan wang tunai jika disahkan mengidap Kanser, sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan kewangan harian dan menguatkan semangat pesakit kanser.
Antara plan kanser yang terdapat di pasaran adalah dari AIA public Takaful yang menawarkan pampasan berterusan dari tahap kanser awal lagi. Plan mampu milik serendah RM30.00 sebulan untuk kanak-kanak dan RM70 untuk dewasa mengikut umur.
Ingin mengetahui lebih lanjut plan kanser
Hubungi Mohd Nasri
019-3702629
AIA Public Takaful
Jika anda mengeluarkan RM70-80 sebulan sekarang untuk persediaan apabila sakit menjelma ia tidak akan membuatkan anda miskin, tapi jika anda tiada apa-apa plan Takaful semasa anda sakit, anda akan jatuh miskin pada ketika itu, percayalah banyak kisah-kisah benar yang telah ditulis dan dipertontonkan. Rancang kehidupan anda bermula sekarang. Untuk anda melanggan produk Takaful atau insuran memerlukan kesedaran, Jika produk Takaful itu RM1.00 sebulan pun jika anda tiada kesedaran dan faham fungsi Takaful anda tidak akan melanggannya walaupun dengan RM1.00 sebulan. Sayangi keluarga anda, lindungi mereka, sediakan tabung kecemasan bemula sekarang.