Pengurusan Harta Dalam Islam - HIBAH

Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang. Secara prinsipnya, pemilik harta boleh memberikan hartanya sebagai Hibah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Hibah boleh diberikan kepada ahli waris atau bukan ahli waris. Kuat kuasa pindah milik adalah serta merta semasa pemberian atau semasa hidup.       

Jenis harta yang boleh dihibahkan ialah semua jenis harta yang menjadi milik sah penghibah seperti hartanah (rumah, tanah, kondominium, apartment dsb), saham syarikat (sdn bhd atau berhad), saham unit amanah, sijil Takaful dan lain-lain harta bernilai yang boleh dimiliki dan dipindah milik. Tujuan dan kesan hibah ialah semata-mata ingin memenuhi kehendak penghibah berkenaan kepada siapa yang dia ingin berikan hartanya. Sebagai contohnya, seorang ibu yang ingin memberikan rumahnya kepada anak angkatnya setelah kematiannya nanti. Beliau boleh mengisytiharkannya melalui dokumen hibah, secara automatik rumah yang dihibahkan akan terkeluar daripada senarai harta pusaka dan tidak akan difaraidkan kepada ahli waris. Sesiapa saja boleh melakukan hibah ke atas hartanya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya.

Amalan Hibah adalah berkesan terutamanya kepada orang Islam yang berhasrat untuk memberikan harta tertentu mengikut fomulanya sendiri. Namun, setiap kontrak dalam muamalah Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syaratnya yang perlu dipenuhi, termasuk juga instrumen Hibah dalam aspek pengurusan. harta pusaka. Akad Hibah menjadi sah setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya menepati syara’.
Rukun-rukun Hibah ialah pemberi Hibah (al-wahib ), penerima Hibah (al-mauhublahu ),benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan penawaran serta penerimaan atau ijab dan qabul (sighah ). Setiap rukun perlu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi mengesahkan keseluruhan akad Hibah. 
Syarat sah bagi penghibah ialah merupakan pemilik yang sah ke atas harta (al- mauhub ) dan tidak wujud halangan ke atas pemilikan dan pengurusannya. Al-wahib juga sempurna akal, baligh dan rushd (bijak menguruskan harta). Hibah dilakukan dengan rela hati tanpa paksaan atau pengaruh, jika berlaku atau didapati wujud paksaan maka Hibah akan terbatal.
Syarat sah penerima pula, sesiapa saja sama ada muslim atau bukan muslim asalkan maksudnya tidak melanggar syara’ dan penerima adalah mukallaf serta berkeupayaan memiliki dan menguruskan harta Hibah. Sekiranya penerima tidak/belum mukallaf seperti belum baligh atau kurang upaya, Hibah boleh diberikan kepada wali/pemegang amanahnya. 

Perlukan Harta untuk di hibahkan melalui instrumen Takaful ? 
Dapatkan Konsultasi percuma Hubungi:
Mohd Nasri 019 3702629 
Wakil AIA Public Takaful

Pertimbangan Memilih Kad Perubatan

Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadap produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.
1. Stand Alone vs Rider
Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.
Apabila membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas supaya dapat membuat penilaian yang adil.
Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.
Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.
Berikut beberapa point penting perbandingan kad perubatan rider dengan stand alone.
Kad Perubatan Stand Alone;
Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.
Kelebihan:
  • Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)
  • Tidak perlu mengambil produk asas
Kekurangan:
  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.
Kad Perubatan Rider
Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.
Kelebihan
  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai
Kekurangan
  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
  • Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat.
Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.
NOTA: Kedua-dua caruman sumbangan medical card rider dan stand alone akan meningkat berdasarkan rekod tuntutan syarikat dan keadaan inflasi perubatan semasa.
2. Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.
Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.

Perlukan Konsultasi Percuma mengenai medical card dari AIA Public Takaful ?
Hubungi 
Mohd Nasri 0193702629
Wakil AIA Public Takaful





Syarat memiliki Plan TAKAFUL

Untuk mendapatkan plan Takaful ada syaratnya.

Syarat utama  :

- SIHAT
Orang yang dah ada sakit dah tak layak membeli   Plan Takaful. Ramai memang terlalu ramai yang dah sakit nak ambil plan Takaful terutama plan Medical Card.

- ADA KUASA MEMBELI
Dalam bahasa mudahnya berkemampuan. Boleh membayar caruman takaful. Boleh menguruskan perbelanjaan keluarga. pendapatan dibelanjakan dengan bijak dan mengikut kemampuan.

Syarat-syarat lain:

- BERTANGGUNGJAWAB
Sayang pada keluarga mahu membina tabung kecemasan untuk keluarga (anak/isteri/ibu/bapa). Dan juga akan memastikan Plan Takaful tak lapse. 

- BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN
1- Tak perlu tanya isteri untuk anda membeli Plan Takaful. Jika membeli handphone atau sport rim baru, anda boleh terus membuat keputusan sendiri begitu juga jika anda mahu/berminat mendapatkan plan Takaful.
2- Boleh menjawab soalan dari agent Takaful samaada YA atau TIDAK daripada diam membiarkan tiada jawapan untuk soalan "Macam mana dengan Plan Takaful tu En. xxx jadi ke nak ambil"?, malahan whatsapp & panggilan telefon juga tidak dijawab kerana tidak boleh menjawab Ya atau Tidak.

Faktor-faktor lain
Terdapat juga syarat-syarat lain seperti, jenis pekerjaan, keadaan fizikal semasa (tinggi,berat), penyakit sejak lahir. 

Anda ada kriteria-kriteria di atas ? ya anda layak untuk memohon plan Takaful. Hubungi :

Mohd Nasri
019 3702629
Wakil dari AIA Public Takaful


KALAU BOLEH KU UNDUR MASA ... Sorry lah.. belum ready lagi nak ambik Takaful yang kau proposed tu.



KALAU BOLEH KU UNDUR MASA

2013

Sorry la bro. Aku belum ready lagi nak ambik Takaful yang kau proposed tu. Tunggulah nanti bila gaji aku naik sikit

2014

Alamak.... Gaji memang dah naik bro, tapi aku baru je angkat kete baru. Takaful kau tu, tunggu cashflow aku ada extra sikit la. Sekarang ni tengah ketat 

2016
Bro, kau masih buat Takaful lagi ke? Urgent ni. Doktor cakap tekanan darah aku naik sebab jantung dah sumbat lah bro. Quotation kau bagi dulu, valid lagi tak? Tolong aku bro. Dia cakap kalau buat bypass, mahu kena 120,000. Tak campur follow up lagi. Adusss mana aku nak cekau duit ni?
Bro... Bro... Jawablah. Apasal tak jawab?

PENGAJARAN
Kami konsultan Takaful memang boleh sabar dan tunggu anda ready. kami sabar lagi apabila panggilan dah tak dilayan,wasap tak dibalas walaupun bertanda biru, kami cuma mahukan jawapan setuju atau tidak. kalau tak setuju kami faham, kami cuma mahukan jawapan bukan paksaan untuk ambil plan takaful ni. Tapi Bolehkah penyakit atau kemalangan itu anda suruh tunggu? Timing tak sesuai lagi. Mintak tangguh dulu boleh. Ingat! Musibah kerap melanda dalam keadaan kita tak sangka. Sudahkah kita buat PERSEDIAAN secukupnya?

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card dari AIA Public Takaful Sekarang
Plan Hibah untuk perancangan masa depan keluarga anda
Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

MEDICAL CARD YANG BEST


********************************************************************************
# MEDICAL CARD AIA PUBLIC TAKAFUL #
*******************************************************************************

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
1) LIMIT TAHUNAN ADALAH KE ATAS INDIVIDU.
Limit tahunan Family Takaful adalah mengikut individu dan tidak pernah ada istilah share limit. Kalau satu medical kad mempunyai limit tahunan RM150,000, maka setiap individu keluarga tersebut akan mempunyai limit tahunan RM150,000 ( limit tahunan tak berkongsi)

2) SATU KELUARGA BOLEH MASUK SEKALIGUS.
Tiada masalah Untuk Satu Keluarga Masuk Sekaligus, 

3) JIKA PEMILIK POLISI MENINGGAL, ANAK-ANAK MACAM MANA?
Jika anak-anak masih bawah umur, penjaga yang sah boleh jadi pemegang policy.
4) PLATINUM HOSPITAL.
Jika anda memilih untuk admit di Hospital Platinum Berdekatan Anda, Anda Tak Perlu Risau Tentang Deposit Kemasukan & Proses Kemasukan Wad Akan lebih Pantas,


6) COVER MAXIMUM 6 ORANG (Suami+Isteri+4Anak)
Jika Anak Anda Baru 2 Orang, Bila ada kelahiran anak, untuk Anak Ke 3 & 4 anda tak perlu tambah bayaran, cuma serah kan details anak utk dimasukkan dalam Plan Family, Mudahkan....

 ✔Pakej Individu Atau Keluarga atau suami & isteri atau suami/isteri & anak-anak
✔Coverage tahunan yang tinggi
✔TIada Had Seumur hidup
✔Kemudahan GL 24 jam
✔Pelepasan Cukai Pendapatan (max.RM3000)


Nasihat Konsultasi Percuma
Dapatkan Medical card dari AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

5 SEBAB PENTING MENGAPA ANDA PERLU ADA TAKAFUL

KEMATIAN PRA MATANG Kita ada dengar jiran, kawan, saudara mara kemalangan ataupun ada masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, sekiranya berlaku kepada kita macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada lansung sekiranya hanya suami bekerja.
BAGAIMANA ISTERI DAN ANAK2 NAK MENERUSKAN HIDUP, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG. Kalau kita LUMPUH dan MASIH HIDUP, maka kita juga terpaksa sama-sama menanggung bebanan ini. Sanggupkah kita menjadi peminta sedekah?

7 SEBAB MENGAPA PERLU ADA HIBAH TAKAFUL


Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-
  1. Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
  2. Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
  3. Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
  4. Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
  5. Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
  1. Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
  2. Hal pembahagian harta pusaka
  3. Hal penyelesaian hutang-piutang
Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu! Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!
Kehidupan dan masa depan keluarga juga terjamin dengan adanya wang manfaat yang telah dihibah terus kepada isteri sebagai contohnya. Tidak perlu proses akuan pindahmilik.
Berapa banyak yang perlu dihibahkan? Hibahkanlah seberapa banyak yang mencukupi untuk keperluan keluarga mengikut kemampuan kita. Seeloknya untuk 10 tahun. Paling tidak pun 3 tahun. Atau selemah-lemahnya kita, hibahkanlah untuk keperluan 1 tahun keluarga kita bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240.
baqarah-240
Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Rumah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

Statistik Kadar Kemalangan Di Malaysia

Menjelang setiap musim perayaan atau cuti panjang, pelbagai berita tentang kemalangan yang mengorbankan banyak nyawa kita dengarkan.
Terkini, dalam tahun 2016 sahaja, angka kematian akibat kemalangan telah meningkat dengan begitu mendadak kepada lebih 7000 kematian.
• Jumlah kemalangan jalan raya pada tahun 2016 telah meningkat kepada 521,466 berbanding 489,606 pada tahun 2015;
• Jumlah kemalangan maut pula mencatatkan 6,570 kemalangan bagi tahun 2016 berbanding 6,193 pada tahun 2015;
• Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan bagi tahun 2016 dengan 7,152 kematian berbanding 6,706 pada tahun 2015;
• Di mana 62.7% daripada kematian tersebut merupakan pengguna motosikal.
Angka-angka yang dinyatakan ini seharusnya membuka mata banyak pihak untuk mengamalkan sikap sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Punca-punca berlakunya kemalangan di jalan raya seperti ini banyaknya berpunca daripada sikap dan amalan para pengguna itu sendiri dan ini disokong oleh statistik dan analisis oleh pihak berkuasa. Kecuaian manusia atau human error merupakan punca utama 80.6% kemalangan di jalan raya.  Hanya kerana ingin cepat tiba ke destinasi nyawa kita dan orang lain terancam dan tergadai. Biarlah lambat asal selamat.
Apakah kesan (risiko) jika seseorang ditimpa kemalangan ?
             Kos perubatan yang tinggi terpaksa ditanggung
            Tidak dapat bekerja untuk beberapa hari/minggu/bulan
            Diberhentikan oleh majikan di sebabkan kecederaan serius akibat kemalangan
            Keluarga hilang tempat bergantung hidup (kemalangan maut)
Bagaimana untuk mengurangkan risiko-risiko di atas jika seseorang mengalami kemalangan ???..Pelan Takaful lah pilihan yang ada bagi pengurusan untuk risiko kemalangan ini.




Untuk maklumat lanjut berkenaan Plan Kemalangan
Hubungi Mohd Nasri 019-3702629






KENAPA HIBAH

Pernah tak kita terfikir apabila keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga tetapi tanpa kita duga kita "terpaksa meninggalkan" anak-anak tanpa sebarang bekalan untuk anak-anak meneruskan kehidupan seharian.  Bahkan jika kita terlupa untuk memberi duit belanja sekolah sehari kepada anak-anak kita sekali pun kita akan berasa tak senang duduk di tempat kerja.  Inikan pula kita tak dapt menyediakan perbelanjaan untuk mereka seumur hidup. Apakah nasib anak-anak kita. Apakah pilihan yang kita ada semasa kita hidup untuk mengurangkan risiko seperti ini. Bagaimana cara untuk kita menyediakan satu dana kecemasan untuk mereka, yang mana dana tersebut bukanlah pinjaman dari bank. Semua jawapan untuk soalan di atas  hanya satu iaitu MENCARUM DALAM TAKAFUL MELALUI PLAN  HIBAH.  Mencarumlah Takaful sementara kita sihat dan berkemampuan untuk masa depan keluarga tercinta. Apabila seseorang meninggal dunia, dengan mencarum untuk plan HIBAH ia boleh mengatasi: 

- Pembahagian Faraid.
- Masalah perebutan harta pusaka.
- Masalah kewangan kerana Akaun bank dibekukan.
- Melangsaikan hutang si mati.
- Dana pendidikan anak-anak tersedia.
- Menyediakan Dana persaraan untuk ibu bapa yang membesarkan kita.

Jadi, apa pilihan anda ?


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Plan Hibah
Hubungi Mohd Nasri 019-3702629
wakil AIA Public Takaful





Bagaimana Membina Tabung Pendidikan Melalui Takaful Untuk Anak-anak


Pendidikan adalah benda yang amat penting yang harus diberikan kepada anak-anak untuk masa depan mereka. Pelaburan yang paling berjaya adalah melalui pendidikan. Melalui takaful tabung untuk pendidikan anak-anak boleh di langgan. Bagaimana Caranya ?.
kebanyakan ibu bapa masih kurang faham cara terbaik untuk membina tabung pendidikan melalui takaful. Kebanyakan dari mereka memohon takaful atas nama anak mereka walhal ibu bapa adalah pencari nafkah maka sepatutnya ibu bapa yang memohon takaful bukan anak mereka. bayangkan jika ibu bapa meninggal dunia, apa akan terjadi kepada policy anak tersebut.

Takaful Eduation Fund terbaik adalah dengan meletak ibu atau bapa sebagai PERSON COVERED, bukan anak. Tujuan Takaful Education Fund adalah untuk satu jumlah dana pendidikan membiayai pengajian anak ketika ibu atau bapa meinggal, hilang upaya kekal menyeluruh mahupun mengalami sakit kritikal maka ada dana tersedia untuk anak.

Sekiranya anak sebagai person covered , ia tidak "Served the real purpose". Ibu atau bapa meninggal tiada sebarang dana untuk anak dan keluarga (melainkan ibu atau bapa sudah ada plan Takaful/Insuran sendiri maka bolehlah ada plan Takaful untuk anak sebagai person covered) 

Antara Plan Pelaburan untuk dana pendidikan & persaraan dari AIA Public Takaful adalah:
(click plan untuk broucher product)

A-Life Signature-i
A-Enrich Gold-i


Ingin mengetahui lebih lanjut
Hubungi Mohd Nasri Ramli 019-3702629
Wakil AIA Public Takaful



 

Ciri-ciri Medical card Terbaik

Semua Medical Card mempunyai tujuan yang sama iaitu membayar bil perubatan di hospital, tetapi apakah manfaat yang harus di ketahui untuk medical card tersebut. Disenaraikan 5 faktor penting untuk memilih medical card. 

1. Jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?

Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time limit) atau perlindungan tahunan (annual limit).
Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.
Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang suka sebut angka yang besar-besar.
“Bro, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”
Biasanya, itu had seumur hidup. 
2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?
Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.
Co-Payment pula ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.
3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?
Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.
Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.
Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.

4. Harga Hospital / Wad

Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.
Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?

 5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap

Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.
Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. 

Untuk mendapatkan Medical card yang mempunyai ciri-ciri di atas
Hubungi Mohd Nasri 019-3702629
Perancang Hayat dari AIA Public Takaful