Kenapa Golongan Muda Perlu Perlindungan Takaful/Insurans

     

Sebut sahaja perkataan ‘takaful atau insurans’ ia cukup untuk membuat kebanyakan orang muda berasa jengkel. Orang muda, terutamanya graduan baru, lebih menumpukan perhatian mereka kepada perkara lain seperti mendapatkan telefon pintar terkini, membeli kereta. Orang muda biasanya mempunyai kesihatan yang baik dan jarang jatuh sakit. Ini menyebabkan mereka tidak begitu memberi keutamaan kepada perlindungan insurans seperti insurans nyawa dan kesihatan. Kebanyakan masanya, mereka juga mempunyai ibu bapa yang sentiasa membantu mereka di samping menyediakan wang sewaktu kecemasan. Oleh itu, mereka tidak terfikir untuk mendapatkan insurans kesihatan atau perlindungan sakit kritikal buat diri sendiri.

 

Sesetengah daripada mereka mungkin menganggap insurans sebagai perbelanjaan tidak diperlukan yang akan memakan sebahagian daripada wang simpanan mereka. Yang lain pula mungkin berpendapat mereka tidak perlukan insurans sehingga tempoh lebih lewat dalam hidup mereka. Tambahan pula, tidak wajib bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan insurans kesihatan berbanding negara seperti Amerika Syarikat di mana semua warganegara dan penduduk sah wajib memiliki sekurang-kurangnya satu pelan insurans kesihatan asas.

 

Walau bagaimanapun, kejadian di mana anda dikejarkan ke hospital dalam ambulans boleh berlaku, dan dalam keadaan ini, perkara terakhir yang anda ingin risaukan adalah bagaimana anda mampu mambayar bil hospital yang mungkin mencecah puluhan atau ratusan ribu. Kemalangan dan tragedi boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya apabila anda tidak menjangkanya. Sebab itulah penting untuk mendapat insurans seawal yang mungkin. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami inflasi peningkatan dua digit dalam penjagaan kesihatan. Ini bermakna bil perubatan mungkin lebih mahal daripada apa yang anda mampu bayar.
Sebelum ditimpa musibah,

 


Antara beberapa sebab lain penting untuk mendapatkan insurans perubatan seawal mungkin, sebaik-baiknya sebelum umur 35 tahun:

 

1- Ia lebih murah untuk bermula awal
2- Jangan biarkan tempoh menunggu bagi insurans  menjejaskan bila anda boleh melakukan tuntutan bil
3- Anda layak mendapat perlindungan yang lebih komprehensif
4- Dapatkan perlindungan awal daripada penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup

5- Dapatkan ganjaran dengan bonus tanpa tuntutan



TIPS Pengurusan kewangan

Ketua keluarga mempunyai tanggungjawab yang berat khususnya dalam tanggungjawab kewangan. Sesetengah ketua keluarga akan pening kepala setiap kali mendapat gaji, sepatutnya bila mendapat gaji mestilah gembira. hal ini terjadi apabila ketua keluarga tidak mengatur perbelanjaan kewangan mereka dengan baik. Ada juga yang berbelanja melebihi pendapatan mereka. Selalunya perbelanjaan ini akan terganggu akibat sewa beli kenderaan yang tidak sepadan dengan pendapatan. 

Kaedah Pengurusan kewangan yang Sesuai

Secara asasnya, kaedah simpanan turut memainkan peranan penting dalam memastikan anda kekal disiplin dan konsisten menyimpan setiap bulan sekali gus membantu anda mencapai matlamat simpanan yang anda tetapkan. Oleh sebab itu, anda perlu pilih cara simpanan yang sesuai mengikut kemampuan anda.

Teknik 70-10-10-10

Anda boleh bahagikan jumlah pendapatan bulanan kepada empat bahagian atau gunakan teknik pengurusan wang 70-10-10-10. Ini bermaksud, 10 peratus boleh diperuntukkan untuk pelaburan & persaraan, 10 peratus untuk kecemasan & simpanan, 10 peratus untuk takaful dan 70 peratus lagi untuk perbelanjaan dan komitmen bulanan.

Namun begitu, pecahan ini tidak semestinya tetap untuk setiap individu. Ia hanyalah bertujuan untuk memberikan gambaran asas kepada anda untuk membina tabiat kewangan yang sihat bagi membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat. Sekiranya berlaku krisis dan anda mengalami kekangan perbelanjaan, anda boleh kurangkan simpanan anda buat sementara waktu.



Jika di lihat dari illustrasi di atas, pendapatan/gaji merupakan komponen teratas manakala takaful di bawah sekali. Ini menunjukkan apabila pendapatan/gaji hilang akibat meninggal dunia, hilang upaya kekal atau sakit kritikal, Peranan pendapatan/gaji akan di ambil alih oleh takaful. Walaupun peratusan untuk takaful hanya 10% sebulan tetapi takaful mampu menggantikan peratusan 100% untuk pendapatan/gaji.







Beza pelan perlindungan penyakit kritikal dengan pelan medical card

Anda mesti faham bahawa pelan perlindungan sakit kritikal adalah berbeza dengan pelan perlindungan perubatan (juga dikenali sebagai medical card). Untuk memudahkan anda memahami perbezaan antara keduanya berikut adalah perbezaan takrifan dalam bahasa yang mudah:

Perlindungan penyakit kritikal membayar anda secara terus jumlah perlindungan penyakit kritikal anda.

                                    MANAKALA 

Perlindungan perubatan membayar perbelanjaan perubatan (bil rawatan di hospital) semasa anda dimasukkan ke hospital, dibayar terus ke hospital, bukan anda. (dalam beberapa kes, ia mungkin merupakan pembayaran balik di mana anda membayar terlebih dahulu, dan tuntutan kemudian)

Persoalannya berapakah perlindungan yang anda perlukan?

Jumlah perlindungan takaful penyakit kritikal anda menentukan cara hidup anda ketika menghadapinya. Jika anda terlebih perlindungan, anda tidak perlu risau perbelanjaan anda.

Jikalau anda mendapat perlindungan yang mencukupi, anda cuma perlu mengekalkan gaya hidup anda.

Tetapi jika anda mempunyai perlindungan yang tidak mencukupi, anda akan mengheret ahli keluarga anda sekali dalam masalah anda. Adakah anda mahu untuk mengheret mereka sekali dalam masalah anda? Tidakkah anda menyayangi mereka dan tidak mahu mereka terbeban dengan masalah anda?

Jika anda tidak mendapat perlindungan yang mencukupi adakah anda bersedia untuk menghadapi saat-saat sukar dalam hidup anda? Hubungi saya untuk mendapatkan penerangan lanjut.







5 Soalan Yang Perlu Ditanya Sebelum Menyertai Pelan Perubatan (Medical Card)


Buat pilihan yang bijak dengan nilai wang anda. Anda yang membuat pilihan. Perlukan bantuan konsultasi kad perubatan ? boleh hubungi saya.




Tujuan Utama Medical Card untuk Anak Anda


Dalam masyarakat kita kesedaran tentang Takaful masih di tahap sederhana, masih kurang yang menyertai pelan-pelan Takaful yang ada di pasaran. Sebagai ibu bapa semestinya mereka sayang kepada anak-anak mereka, semestinya mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Salah satu perkara yang harus dititik beratkan untuk anak anda, adalah rawatan kesihatan untuk anak. Sudah tentu anda mahukan anak anda dirawat dengn baik dan segera jika mereka sakit kerana anda sayangkan mereka. 
Perlindungan Takaful yang penting untuk anak anda adalah Medical card atau Kad Perubatan. Kenapa  anda perlu menyediakan medical card untuk mereka ?. antara sebab-sebabnya adalah :
  • Memberi rawatan segera tanpa menunggu lama di Hospital.
  • Memberi keselesaan pada si ibu untuk bermalam di samping si kecil.(Aurat isteri pun terjaga) dgn kemudahan bilik perseorangan atau berdua.
  • Jika pembayar di timpa musibah meninggal dunia atau sakit kritikal medikal kad anak akan jadi percuma tak perlu bayar.
  • Selamatkan duit ibu/bapa dari membayar kos rawatan anak yang tinggi jika terkena sakit kritikal.
  • Memudahkan urusan melawat anak, boleh menunggu atau keluar masuk hospital tanpa sekatan waktu-waktu tertentu.
  • Parking kereta yang mencukupi, tak perlu memikirkan saman kerana meletakkan kereta di tempat yang tak sepatutnya. 
  • Ibu/bapa dapat pengurangan potongan cukai tambahan sebanyak RM3000.00 bagi insuran perubatan dan pendidikan anak.
Jadi bagi mereka yang berkemampuan mulakanlah dari sekarang. Sertailah pelan takaful perubatan untuk anak anda. Jika anda sakit boleh telan panadol saja, tapi jika si kecil anda sakit bolehkah dia berbuat demikian.




Perkara Asas Mengenai Perlindungan Insurans Takaful.

Perlindungan insurans takaful adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam pengurusan kewangan peribadi.
Perlindungan insurans takaful akan bertindak sebagai sumber dana kecemasan utama apabila ditimpa musibah-musibah yang tidak diduga, seperti kematian, kelumpuhan, kemalangan dan penyakit kritikal.
Instrumen kewangan ini juga berperanan sebagai pelindung kepada aset dan kedudukan kewangan sedia ada supaya tidak terkesan dengan teruk jika musibah berlaku.
Perlindungan ini seterusnya akan memastikan matlamat kewangan yang diingini dapat dicapai sepertimana dirancang.
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka tidak "menginsuranskan gaji mereka". langkah untuk menyertai Plan Takaful/Insurans adalah umpama menginsuranskan gaji yang sedia ada. Kita ambil contoh pekerja berpendapatan RM24000 setahun, jumlah insuran yang ideal untuk gaji mereka adalah sebanyak RM240,000 (mengikut pengiraan 10x pendapatan tahunan). Dengan perancangan yang bijak iaitu dengan mengasingkan RM50-150 sebulan (mengikut umur),  kita dapat menginsurankan pendapatan kita. Dengan menginsurankan pendapatan, jika pendapatan terputus akibat kematian atau sakit kritikal maka pendapatan masih boleh diterima sekali gus dengan menyertai mana-mana plan takaful.
Ramai yang mengatakan adalah rugi untuk mempunyai perlindungan insurans takaful kerana jika tiada tuntutan dibuat, duit yang dibayar setiap bulan untuk polisi tersebut akan hangus begitu sahaja.
Ini adalah salah faham yang serius.
Harus diingat, perlindungan insurans takaful adalah salah satu produk atau instrumen kewangan.
Apabila meyertai plan Takaful, anggaplah seperti menderma ke tabung yang diwujudkan untuk membantu orang lain (tabung tabarru adalah derma/sumbangan)
Dengan membuat anggapan sebegini, maka tidaklah timbul perasaan rugi menyertai Takaful walaupun tiada tuntutan dibuat malah kita mendapat pahala sedekah kerana menyumbang kepada orang lain yang membuat tuntutan.
Lagipun, jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan, ini bermaksud tiada musibah yang menimpa ke atas diri.
Bukankah ini sesuatu yang baik?.
Jadi, mengapa perlu berasa rugi mengeluarkan sedikit wang untuk memiliki perlindungan insurans takaful.
Bagi rakyat negara lain apabila diperkenalkan dengan insurans takaful, mereka akan lebih mengutamakan jumlah pampasan/perlindungan yang akan diperoleh apabila ditimpa musibah.
Sebaliknya, rakyat Malaysia lebih gemar bertanya berapa jumlah yang akan dipulangkan semula jika tiada musibah berlaku.
Kurang kesedaran dan lari dari agent insuran/takaful menyebabkan perkara ini tanpa berkesudahan. tugas utama agent insuran/takaful adalah menyampaikan tentang kepentingan takaful/insuran bukannya jika agent datang kena ambil/sertai plan yang ada tanpa pilihan. 
Oleh itu, pada peringkat permulaan semasa pendapatan masih kecil, pilih sahaja pelan takaful yang murah dan sesuai dengan keperluan semasa.
Dari semasa ke semasa, seiring dengan pertambahan pendapatan, boleh tambah jumlah perlindungan agar memenuhi jumlah yang disarankan, iaitu 10 kali ganda keperluan perbelanjaan tahunan. Bukannya tutup plan yang lama dan ambil plan yang baru, sentiasa tambah jumlah perlindungan seiring dengan pendapatan dan gaya hidup semasa.
Di samping itu, keseimbangan antara jenis manfaat, jumlah perlindungan dan jumlah bayaran perlu juga diambil kira dalam memilih sesuatu pelan takaful.
Yang paling penting, pastikan bayaran untuk pelan perlindungan tersebut mampu dibayar.
Pelan insurans takaful sepatutnya membantu pengurusan kewangan anda, bukannya menjerat hingga menjejaskan peruntukan untuk perbelanjaan keperluan yang lain.
Memiliki perlindungan takaful adalah asas penting dalam pengurusan kewangan peribadi.
Namun, haruslah dipastikan bahawa pelan insurans takaful yang dipilih mampu memenuhi keperluan peribadi dan menyediakan dana yang secukupnya apabila ditimpa musibah.
Oleh itu, perlulah memahami dan memenuhi semua peraturan asas berkaitan insurans takaful agar perlindungan yang diambil dapat berfungsi dengan baik tika saat memerlukan.



TIPS MEMBELI PERLINDUNGAN TAKAFUL YANG MESRA BAJET

Perlindungan Takaful membolehkan anda mendapat bantuan ketika menghadapi musibah seperti sakit, kemalangan, lumpuh mahupun kematian. Perlindungan Takaful juga membantu menguruskan masa depan ahli keluarga sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri.
Sekiranya kita tidak dilindungi oleh perlindungan Takaful, besar kemungkinan segala perbelanjaan kos perubatan terpaksa ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri.
Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, mengira belanjawan dan bajet untuk seluruh isi rumah adalah satu perkara yang mencabar. Justeru, pembiayaan terhadap perlindungan Takaful haruslah dilihat sebagai antara aspek yang perlu dititik beratkan.
Malah, sekiranya anda mempunyai orang lain yang bergantung kepada anda, anda perlu mengutamakan perlindungan Takaful sebelum berfikir untuk menambahkan pendapatan anda.
Berikut adalah tips untuk membeli perlindungan Takaful dengan bajet yang terhad untuk memastikan semua ahli keluarga mendapat perlindungan yang maksima. 

- MENGUTAMAKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL MENGIKUT KEPERLUAN KEHIDUPAN ANDA.

- MEMAHAMI DASAR PERLINDUNGAN TAKAFUL YANG BERBEZA DAN MEMBELI POLISI YANG SESUAI UNTUK BAJET ANDA.

- MENGURANGKAN PERBELANJAAN KECIL.



- MENGEKALKAN KESIHATAN BAGI MENGURANGKAN KOS PERLINDUNGAN TAKAFUL.

- MENIMBANGKAN BAJET PERLINDUNGAN TAKAFUL UNTUK MASA DEPAN.

- PERLINDUNGAN UNTUK SEMUA.





Artikel penuh :https://bit.ly/2kwZ4Yr

Sila buat Pilihan

Hari ini, jika majikan anda beri anda dua pilihan, option mana yg anda pilih:

Option 1:

Gaji kekal seperti sekarang, tetapi jika umur x panjang, kemalangan atau sakit sehingga x mampu bekerja, maka gaji akan berhenti setakat itu sahaja. Anak isteri perlu cari sumber lain utk teruskan kehidupan.

Option 2:

Gaji dikurangkan (dipotong) RM200 sebulan, tetapi jika anda dah tak mampu bekerja atau ditimpa kecelakaan, majikan tetap membayar gaji yang sama kepada ahli keluarga anda untuk beberapa tahun.

Anda suka dengan Option 2?

Esok minta dengan bos. Kalau bos tak bagi, carilah ejen takaful berdekatan untuk buat persiapan.

Anda suka Option 1?

Buatlah simpanan peribadi secukupnya untuk masa depan keluarga bermula dari esok, berhenti merokok,potong perbelanjaan mana yang patut, jangan membazir, simpan 50%-60% gaji anda ke dalam bank.



Orang yang bijak akan membuat pilihan yang bijak.
Anda kan orang yang bijak.






Indahnya Sistem Takaful

Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari ini masyarakat mempunyai pilihan atau inisiatif lain yang ditawarkan institusi kewangan Islam.
Namun, kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan sistem kewangan Islam berada pada tahap mendukacitakan. Seharusnya kita sedar kepentingan utama masyarakat khususnya umat Islam menyertai takaful adalah demi kebaikan diri serta mengelakkan unsur riba, gharar (ketidak pastian) dan maisir (perjudian).
Sebagai seorang Muslim yang beriman, sudah pasti kita sentiasa ingin memastikan apa juga dilakukan seharian selari dengan kehendak dan prinsip Islam. Sebaiknya kita menjauhi muamalah yang mendedahkan kita dengan dosa riba.
Perangi riba
Amalan riba telah dinyatakan secara terang menjadi satu dosa pada pengamalnya malah Allah SWT dan rasul-Nya juga mengisytiharkan perang terhadap orang terbabit dengan riba sama ada pemberi, penerima, penulis perjanjian berkaitan riba dan sebagainya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan rasul-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 278)
Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal harta. Adalah tidak wajar mencabuli harta yang dimiliki kerana ia dikira mencabul kehormatan harta itu. Riba adalah satu bentuk pencerobohan terhadap harta secara batil.
Sistem tolong menolong
Sistem takaful adalah satu sistem berteraskan prinsip syariah yang menjamin 'ketelusan dan keadilan' demi memastikan semua pihak tidak merasa tertindas. Prinsip utama takaful ialah semua pihak dapat berasa manfaat dan tidak terasa sebarang keraguan atau tertipu.
Kontrak takaful berasaskan tabarru' (derma) dan taawun (tolong-menolong), di mana semua peserta yang memilih atau menyertai pelan takaful bersetuju untuk saling menolong, jamin menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah.
Maksudnya, semua peserta menyumbang dengan ikhlas untuk saling membantu jika ditimpa musibah. Dengan konsep tabarru' dan ta'awun itu, maka akan terhapus sikap keakuan, serta menyemarakkan rasa kasih sayang.
Aktiviti sistem takaful dikawal selia oleh jawatankuasa syariah bagi memastikan semua produk, pelaburan dan pengurusan selaras prinsip syariah. Demi memastikan segala maklumat produk dan pelan diketahui umum, pengendali takaful turut melantik ejen sebagai dai atau wakil.
Mereka dilantik untuk mempromosikan produk dan pelan perlindungan takaful kepada masyarakat. Justeru, ejen takaful bertanggungjawab memberikan maklumat jelas dan tepat berkenaan pelan takaful diambil.
Empat kriteria penting yang perlu ada pada ejen takaful yang ingin melaksanakan jihad ekonomi ialah sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatonah (bijaksana).
Semua masyarakat khususnya umat Islam hendaklah mempunyai kesedaran tinggi untuk mengambil perlindungan takaful supaya diri dan keluarga sentiasa dilindungi jika ditimpa musibah atau kesusahan. Ini untuk memastikan generasi keluarga mereka berkembang tanpa meminta-minta di masa hadapan.





Penama Harta Simati

ADAKAH tepat tindakan bagi kebanyakan suami atau isteri menamakan pasangan masing-masing sebagai penama pada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau insurans sedangkan jelas penama hanya berperanan sebagai pemegang amanah? Melainkan plan Takaful yang mana pampasannya boleh dihibahkan, jadi penerima adalah pemilik mutlak wang pampasan tersebut mengikut bahagian yang ditetapkan oleh si pemberi. 
Selain itu, ramai juga isteri atau wanita lebih berminat menamakan anak-anaknya sebagai penama kerana membayangkan sekiranya dia meninggal dunia, wang simpanan itu akan digunakan oleh suami untuk berkahwin lain dan sebagainya.
Bagaimanapun, wang itu tidak boleh dikeluarkan sehingga anak mencapai usia 18 tahun.
Perkembangan mutakhir ini, urusan pentadbiran serta pengurusan harta individu khususnya orang Islam di negara ini semakin baik.
Ini kerana terdapat pelbagai institusi menawarkan produk pengurusan harta ketika hayat pemiliknya.
Malah, kesedaran demi kesedaran juga dipupuk di  semua peringkat masyarakat agar jelas dan memahami secara keseluruhannya mengapa pengurusan harta perlu dibuat ketika masih hidup.
Begitu juga dengan konsep penamaan harta. Ia adalah satu kaedah pengurusan harta.
Amalan penamaan atau melantik penama ke atas sesuatu harta yang disimpan dan dilaburkan di institusi kewangan diterima pakai dan sah diamalkan di Malaysia berdasarkan undang-undang meliputi penamaan ke atas harta sama ada bagi orang Islam dan bukan Islam.
Penama yang dilantik itu akan menerima faedah daripada harta atau memiliki harta itu selepas berlakunya kematian pihak penyimpan.
Penamaan atau melantik penama biasanya berlaku di KWSP, Tabung Haji, Koperasi dan lain-lain termasuk wang insurans nyawa.
Tujuan sebenar penamaan ialah bagi memudahkan penama mengeluarkan duit atau harta itu untuk dimanfaatkan oleh waris si mati dengan segera tanpa perlu mendapat perintah daripada pihak yang menguruskan harta pusaka berkenaan.
Namun ramai dalam kalangan masyarakat Islam masa kini salah faham mengenai hal berkenaan.
Ada beranggapan meletakkan penama pada sesuatu harta mereka adalah wasiat. Apabila seseorang penyimpan meninggal dunia, maka wang itu akan dibayar kepada penama yang  menerima pusaka dan akan menjadi hak mutlak penama berkenaan.
Kedudukan itu jelas menyalahi hukum faraid dan wasiat dalam Islam.
Menurut Kamus Dewan edisi ke-3, ia mentakrifkan penamaan sebagai perihal menamakan dan pencalonan.
Misalnya, surat penamaan waris itu hendaklah dianggap sebagai satu wasiat kepada seorang waris manakala penama pula ditakrifkan sebagai orang yang dinamakan (dikemukakan) sebagai waris dan lain-lain.
Penama Islam hanya berperanan sebagai wasi sahaja dan bukannya benefisiari.
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan, penama adalah wasi dan pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang yang dinamakan kepadanya kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.
Individu yang dinamakan adalah wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab menguruskan pengagihan simpanan pencarum kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid apabila pencarum meninggal dunia.
Sebagai penama, mereka berhak mengeluarkan wang berkenaan.
Namun dalam kebanyakan kes, menjadi amalan juga di dalam masyarakat kita menamakan pasangan masing-masing sebagai penama.
Malah, ada juga yang menamakan anak-anak mereka sebagai penama walaupun umur anak masih kecil dan tidak mencapai usia 18 tahun.
Keadaan itu secara asasnya tidak bersalahan dan bertentangan dengan hukum syarak.
Ini kerana penama sudah terikat sebagai orang yang berhak mengurus 
dan mentadbir harta pusaka seseorang selepas kematiannya dan bukannya sebagai pemilik mutlak harta pusaka itu.

Jika tidak dinamakan pasangan, siapa lagi yang layak dan berhak dinamakan? Di dalam hukum pembahagian secara faraid sekalipun pasangan adalah orang yang menjadi ahli waris yang layak menerima pusaka.
Penamaan pasangan sekurang-kurangnya memudahkan serta mempercepatkan penyelesaian pembahagian pusaka si mati kerana penama boleh terus mendapat atau membuat pengeluaran tanpa melalui prosedur lain dengan pelbagai pihak.
Seandainya yang meninggal itu suami dan penamanya isteri yang tidak pernah bekerja, mempuyai anak yang ramai dan masih kecil, sudah pasti akan merumitkan keadaan jika si isteri tiada tempat bergantung dan memerlukan wang dengan kadar segera.
Atau mungkin waris si mati ditimpa musibah yang amat memerlukan kewangan dengan kadar segera. Maka, masalah seperti itu dapat diatasi tanpa membebankan pihak lain.
Namun, bagi penamaan kepada anak yang di bawah umur atau ibu bapa semakin tua, ia dilihat kurang bersesuaian.
Anak yang masih kecil perlu menunggu masa yang terlalu lama untuk membolehkan harta atau wang dikeluarkan dan dibahagikan kepada waris yang berhak.
Begitu juga jika yang dinamakan itu adalah ibu bapa si mati. Jika ibu bapa sudah uzur, sukar untuk membuat urusan bagi membolehkan wang itu diagihkan kepada waris.
Justeru, untuk penamaan seseorang individu itu sebagai penama, setiap orang perlu membuat penilaian bijak dari semua aspek.
Penulis ialah peguam syarie.
sumber hmetro.com.my




4 Kaedah Kreatif untuk Memupuk Tabiat Menyimpan

Mempunyai wang simpanan adalah perkara yang penting untuk kestabilan kewangan sendiri. Simpanan itu mampu untuk membantu anda menghadapi perkara yang tidak dijangka, dan memberi anda jaring keselematan untuk masa hadapan.
Akan tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia tiada simpanan langsung! Mengikut laporan 2017 dari Institut Khazanah, Malaysia mempunyai kadar simpanan terendah di dunia.
Tabiat untuk menabung itu tidaklah susah dan boleh dilakukan secara kreatif. Berikut adalah empat cara kreatif untuk menambah wang simpanan anda. 

1. KAEDAH PAKSA RELA

Paksa rela ini merujuk kepada proses simpanan di mana anda menggunakan akaun alternatif sebagai tabung simpanan. Caranya ialah anda cuma memasukkan sejumlah wang secara tetap ke dalam akaun tersebut.
Jika anda sudah ada lebih dari satu akaun bank, anda boleh memilih dari salah satu akaun yang kurang aktif sebagai akaun untuk simpanan paksa rela. Bagi yang hanya mempunyai satu akaun, anda boleh membuka satu akaun baharu untuk akaun simpanan paksa rela. Mudah, kan?
Cara alternatif adalah untuk membuka tiga akaun di bank yang berlainan. Kita hanya perlu pilih satu antara tiga bank ini untuk dijadikan sebagai akaun simpanan tetap.
Namun, kad ATM bagi bank itu perlu disimpan di tempat yang selamat supaya nafsu kita tidak menjumpainya. Jika anda tiada akaun simpanan, anda boleh mengunjungi cawangan bank dan membuka satu akaun khusus untuk simpanan tetap. Anda dicadangkan untuk mengkaji produk yang ditawarkan oleh pelbagai bank atau institusi kewangan.

2. KAEDAH SATU PER TIGA

Apabila gaji atau bayaran masuk ke dalam akaun kita, kita mesti sukar untuk mengatur aliran keluar masuk duit. Satu kaedah yang mudah ialah kaedah satu per tiga. Kaedah ini tidak membebankan anda kerana pecahan simpanan boleh dikatakan maksimum.
Andai kata anda memperoleh bayaran balik cukai, bonus, kerja lebih masa atau gaji daripada kerja sampingan. Jumlah yang diperoleh itu boleh diagihkan kepada tiga jumlah yang sama. Contohnya jika anda memperolehi RM900, alihkan RM300 ke akaun simpanan paksa rela, RM300 ke akaun simpanan kedua dan selebihnya untuk kegunaan diri sendiri.
Ini merupakan kaedah bijak dan tersusun kerana anda dapat melihat aliran masuk duit yang dengan lebih mudah, membina simpanan dan berbelanja dengan bijak.

3. SIMPAN MENGIKUT WARNA

Anda pasti pernah dengar tentang cara kreatif untuk menabung ini. Asingkan mata duit mengikut warnanya, dan pilih satu “warna” untuk simpan. Apabila anda dapat nota wang dengan warna tersebut, terus simpan dan jangan digunakan. Sebagai contoh, jika anda pilih biru, simpan semua RM1 yang anda ada dan jangan digunakan. Jika hijau, simpan nota wang RM5, merah, RM10, jingga, RM20. Teruskan tabiat ini untuk beberapa minggu atau bulan, dan lihat berapa banyak simpanan yang telah dicapai! Tips ini juga senang diikuti oleh si kecil untuk membina tabiat menabung.

4. PELAN PELABURAN

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menjadikan pelaburan sebagai gaya hidup dan gagal untuk merancang kewangan dengan bijak. Ini menyebabkan ramai yang terperangkap dalam beban kewangan, lebih-lebih lagi apabila kos sara hidup terus meningkat. Simpanan sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dan gaya hidup, anda disarankan untuk membuat pelaburan untuk mengembangkan nilai kewangan anda.
Kaedah simpanan ini melibatkan pelaburan duit ke pelaburan pasif. Mengapa pelaburan pasif? Pelaburan jenis ini mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami kerugian. Salah satu kriteria penting dalam memilih pelan pelaburan ialah memilih jenis pelaburan yang akan memberikan pulangan yang sekurang-kurangnya sama dengan kadar inflasi semasa.
Pelan AIA A-EnrichGold-i adalah salah satu daripada pelan simpanan yang sedia ada oleh AIA. Pelan ini fleksible mengikut keperluan dan kemampuan anda, malah juga memberi perlindungan Takaful jika berlaku kematian atau kecacatan kekal.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara kreatif atau mudah untuk membuat simpanan. Anda boleh mengamalkan kesemua kaedah atau pilih satu kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Kita tidak perlu bersusah payah untuk membuat simpanan, kerana ia adalah pelaburan untuk masa depan dan bersifat jangka masa panjang.
Walaupun terdapat modal minimum untuk kebanyakkan jenis pelaburan, tiada jumlah minimum untuk mula menyimpan. Apa yang penting, adalah untuk menabung secara konsisten untuk jangka masa panjang dan melaburkan semula pulangan yang diterima. Selepas 10 tahun, anda lihat sendiri bagaimana kuasa faedah kompaun mampu mengembangkan nilai simpanan anda.
Jadilah penyimpan atau pelabur yang bijak dan rancang kewangan anda dengan teliti.