Kenapa Golongan Muda Perlu Perlindungan Takaful/Insurans

     

Sebut sahaja perkataan ‘takaful atau insurans’ ia cukup untuk membuat kebanyakan orang muda berasa jengkel. Orang muda, terutamanya graduan baru, lebih menumpukan perhatian mereka kepada perkara lain seperti mendapatkan telefon pintar terkini, membeli kereta. Orang muda biasanya mempunyai kesihatan yang baik dan jarang jatuh sakit. Ini menyebabkan mereka tidak begitu memberi keutamaan kepada perlindungan insurans seperti insurans nyawa dan kesihatan. Kebanyakan masanya, mereka juga mempunyai ibu bapa yang sentiasa membantu mereka di samping menyediakan wang sewaktu kecemasan. Oleh itu, mereka tidak terfikir untuk mendapatkan insurans kesihatan atau perlindungan sakit kritikal buat diri sendiri.

 

Sesetengah daripada mereka mungkin menganggap insurans sebagai perbelanjaan tidak diperlukan yang akan memakan sebahagian daripada wang simpanan mereka. Yang lain pula mungkin berpendapat mereka tidak perlukan insurans sehingga tempoh lebih lewat dalam hidup mereka. Tambahan pula, tidak wajib bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan insurans kesihatan berbanding negara seperti Amerika Syarikat di mana semua warganegara dan penduduk sah wajib memiliki sekurang-kurangnya satu pelan insurans kesihatan asas.

 

Walau bagaimanapun, kejadian di mana anda dikejarkan ke hospital dalam ambulans boleh berlaku, dan dalam keadaan ini, perkara terakhir yang anda ingin risaukan adalah bagaimana anda mampu mambayar bil hospital yang mungkin mencecah puluhan atau ratusan ribu. Kemalangan dan tragedi boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya apabila anda tidak menjangkanya. Sebab itulah penting untuk mendapat insurans seawal yang mungkin. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami inflasi peningkatan dua digit dalam penjagaan kesihatan. Ini bermakna bil perubatan mungkin lebih mahal daripada apa yang anda mampu bayar.
Sebelum ditimpa musibah,

 


Antara beberapa sebab lain penting untuk mendapatkan insurans perubatan seawal mungkin, sebaik-baiknya sebelum umur 35 tahun:

 

1- Ia lebih murah untuk bermula awal
2- Jangan biarkan tempoh menunggu bagi insurans  menjejaskan bila anda boleh melakukan tuntutan bil
3- Anda layak mendapat perlindungan yang lebih komprehensif
4- Dapatkan perlindungan awal daripada penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup

5- Dapatkan ganjaran dengan bonus tanpa tuntutan



1 comment: