CARA NAK PILIH INSURAN TAKAFUL YANG SESUAI




Kenalpasti Risiko Kita Sendiri

Untuk pilih medical card ni, saya bukan ikut bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi saya pilih berdasarkan risiko sebenar kami sekeluarga. Ejen propose ikut ‘standard’ pelan syarikat, tapi kita kena match keperluan kita sendiri. Ejen nak close sales jer sebab itu pendapatan mereka. Samada pelan tu ‘fit’ dengan keperluan kita, itu bukan masalah ejen. Masalah ejen mana-mana bisnes sekalipun ialah dapat close sales atau tak. Itu jer.

Jadi kita sendiri mesti bijak pilih produk. Bila ejen nak jumpa saya, saya cakap siap-siap, apa jenis cover yang saya nak, dan berapa jumlah setiap cover. Kalau ejen syorkan produk itu, produk ini yang tak kena dengan risiko saya, minta maaf, saya akan tolak ketepi. Kalau ejen syorkan SAVING, minta maaf, bagi saya satu kesilapan kalau saya simpan duit dalam takaful sebab saya akan rugi banyak untuk bayar “wakalah fee” berbanding nilai saving sebenar.

PILIH ATAS DASAR

#1 – Harga Wad Sesuai Dengan Tempat

#2 – Harga Wad Tahan Inflasi

#3 – Had Tahunan Yang Cukup

Masa saya kerja dulu, executive biasa company cover RM75,000 untuk hospital. Mungkin bagi company, jumlah tu cukup untuk keperluan perubatan sekarang. Itu sekarang… Agak-agak kalau ambil cover RM100,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.

Untuk kami suami isteri, saya ambil cover tahunan sekitar RM165,000. Mudah-mudahan, 10 – 20 tahun akan datang kad ni masih relevan untuk cover at least sebahagian besar kos perubatan masa tu, insyaAllah.


Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

No comments:

Post a Comment