Monday, February 20, 2017

SUMBANGAN SYARIKAT INSURAN DAN TAKAFUL KEPADA KITA SEMUA

Syarikat Insurans dan Takaful sepertimana yang kita sedia maklum adalah sebuah institusi yang menyediakan pelindungan untuk para pelanggannya. Tetapi adakah faedah caruman yang di sumbangkan oleh setiap pelanggan mereka memberi manfaat kepada pelanggan mereka sahaja ?. Jawapannya adalah TIDAK. Syarikat Insuran dan Takaful memberi manfaat kepada kita semua secara tidak langsung. Apakah manfaat untuk mereka yang tidak mencarum dalam Insuran dan Takaful ?. Bagaimana manfaat ini disalurkan ?.
Syarikat Insuran dan Takaful adalah sebuah  Institusi kewangan bukan perbankan yang menerima deposit dari para pelanggan mereka. Apabila deposit diterima, mereka akan melaburkan sebahagian deposit tersebut untuk membiayai projek-projek kerajaan mahupun syarikat swasta melalui pembelian bon atau sukuk yang diterbitkan untuk memperolehi modal oleh syarikt terbabit. Apabila modal diperolehi maka projek-projek baru dapat dibangunkan dan memberi modal perniagaan kepada syarikat. Jadi ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara.  Maka apabila peluang pekerjaan diwujudkan, ia akan merancakkan lagi pertumbuhan negara dan aliran pusingan Makroekonomi akan menjadi bertambah rancak.  

Antara sumbangan Syarikat Insuran dan Takaful:

1- Menggalakkan pelaburan
    Membiayai projek pelaburan dan pembangunan

2- Menggalakkan Tabungan
    Membuat pinjaman dan mengeluarkan simpanan

3- Meningkatkan Guna Tenaga
    Mengurangkan kadar pengangguran

5- Mengurangkan Pinjaman Luar negara
    Menyediakan sumber pinjaman dalaman



Life Planner AIA Public Takaful
Mohd Nasri Ramli
019-3702629

No comments:

Post a Comment