Apakah HIBAH Takaful ?

Apakah Fungsi Hibah Takaful?

Fungsi dan tujuan seseorang itu mengambil hibah takaful berbeza mengikut keperluan masing-masing. Antaranya ialah:
  • Penggantian Pendapatan (Replacement of Income)
Cuba kita ambil senario di mana sepasang suami isteri yang berkerja. Katakanlah gaji suami RM5,000 sebulan dan gaji isteri pun RM5,000 sebulan. Andai kata pada suatu hari, suami pergi kerja terus tak balik-balik. Bagaimana dengan isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan? Perbelanjaan rumah masih kekal RM10,000 namun pendapatan keluarga hanya bergantung kepada isteri.
Lebih sedih lagi sekiranya isteri tidak berkerja. Macam mana untuk mereka meneruskan kehidupan? Tak mahal pun hibah takaful jika hendak dibandingkan dengan masa depan isteri dan anak-anak. Betul ke betul?
  • "Back-up" kepada Hutang
Semua orang tahu hutang wajib dibayar. Banyak benda yang kita hutang contohnya kereta, rumah, credit card dan lain-lain. Sebagai umat Islam kita WAJIB melunaskan semua hutang-hutang tersebut. Siapa pernah pergi majlis solat jenazah? Perasan tak nanti ada orang akan cakap, "kalau ada hutang sila tuntut dengan saya atau waris-waris yang lain". Sanggup ke anda nak suruh waris anda bayar semua hutang-hutang anda?. Jadi Hibah Takaful akan memainkan fungsinya iaitu membayarkan hutang anda oleh waris.
  • Harta Untuk Diwarisi
Kalau boleh kita mesti nak tinggalkan harta untuk anak-anak kita kan? Katakan anda mempunyai 4 orang anak dan anda berhajat untuk mewariskan RM200,000 kepada setiap seorang. Maksudnya, anda perlu ada RM800,000. Jadi Dengan Plan Takaful dan Pampasan yang boleh di Hibahkan, anda sudah membina satu aset tetap yang boleh diwarisi oleh generasi anda seterusnya. Kita tidak tahu berapa lama kita akan membayar plan takaful ini, mungkin esok lusa kita sudah tiada maka plan Takaful adalah instrument yang tidak memerlukan anda membayarnya sehingga habis berbeza dengan pinjaman.
Rancang Masa depan keluarga sekarang Hubungi:
Mohd Nasri Ramli
019-3702629






Soalan Untuk Para Suami.

Sekadar soalan yg berbaloi utk suami yang bertanggung jawab.

1. Berapakah nilai yang sesuai dalam ringgit untuk suami tinggalkan pada isteri dan anaknya? 

Jumlah yang dicadangkan dan sesuai adalah 5 tahun pendapatan isi rumah. 

2. Adakah si suami mempunyai jumlah tunai seperti di atas sekarang? 

Ada. Bolehkah transfer semua sekali terus pada isteri dan anak-anak sekarang supaya bila suami tak balik rumah anak isteri boleh hidup seperti biasa? Tapi kalau sekiranya keadaan terbalik? Suami kena tunggu process Faraid utk mendapatkan semula tunai yg diberi pada isteri 

Takde. Suami perlu asingkan 3.5% dpd jumlah diatas di Takaful Hibah dan Syarikat Takaful akan sediakan 96.5% baki. Sekiranya suami tak balik rumah, meninggal pra matang, isteri dan anak2 tak perlu menunggu proses Faraid yg bertahun utk meneruskan hidup. Isteri serta merta ada gaji suami yg berjumlah 5 tahun untuk menampung hidup anak2 sekeluarga sehingga process Faraid selesai. 

Fakta

1. Hibah bukan tak perlu sebab takde duit yg cukup, lagi besar simpanan lagi perlu hibah. Sebab process Faraid lagi lama. Ada duit yg byk dah siap2 kasi anak isteri? Memang ok kalau apa2 jadi pada suami, isteri terus boleh guna, TAPI kalau situasi terbalik? Isteri atau anak yg meninggal dulu? Si suami pula kena susah payah tunggu bertahun utk selesai urusan Faraid.

2. Kalau takde harta utk sendiri sekarang, Hibah lagi perlu. Sebab kalau simpan sendiri 3.5% pun, 30 tahun belum tentu jadi 100%, kalau umur panjang, kalau tak? Anak isteri hanya dpt apa yg sempat simpan, itu pun selepas bertahun faraid selesai. Contohnya Hibah RM500,000. 3.5% adalah RM17,500 setahun di simpan dlm Takaful Hibah selama 10 tahun. 10 tahun dlm Takaful pun belum sampai RM500,000. Tapi dgn caruman pertama dlm Takaful, asset hibah terus RM500,000 serta merta.



Perlukan nasihat & rundingan percuma
Hubungi:
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
AIA Public Takaful

Kenapa Anda Memerlukan Seorang Perunding Takaful Perubatan dan Kewangan.

 ðŸ¤”🤔🤔🤔....kenapa yek..

1)Takaful/insurans bukanlah satu perkara yang mudah untuk difahami. Tanpa penerangan yang jelas, ramai yang salah anggap dengan kepentingan sebenar takaful/insurans ni. Oleh sebab itu, perunding takaful akan menerangkan dengan terperinci selok belok takaful/insurans ni. 🤗
.
2)Anda semua semestinya sibuk dengan kerja-kerja harian sampai tiada masa untuk memikirkan tentang takaful/insurans yang sedia ada. Oleh itu perunding takaful/insurans akan sentiasa remind anda tentang bayaran bulanan, pelan2 terbaru jika ada, bila masa anda perlu upgrade kepada pelan yang lebih bagus, dan sebagainya. 🤗
.
3)Jika anda jatuh sakit atau ditimpa kemalangan suatu hari nanti, perunding takaful lah yang akan menyelesaikan segala proses kemasukan anda di hospital, melawat anda di hospital, bertanya khabar, mengendalikan segala proses2 claim dan memaklumkan kepada saudara mara terdekat. Siapa lagi anda nak harapkan pada waktu itu? Sedangkan kawan2 pun sibuk bekerja. 🤗
.
4)Yang paling penting, perunding takaful lah yang akan membawa sejumlah wang pampasan yang sangat tinggi nilainya kepada diri anda dan keluarga anda sekiranya berlaku perkara2 yang tak diingini seperti kemalangan, penyakit dan kematian, tatkala orang disekeliling anda hanya memberikan kata2 sedih, takziah, dan memberi sumbangan yang sedikit sahaja. 🤗

5) Walaupun caruman anda RM80.00 sebulan sekalipun agent Takaful ada simpan nombor telefon anda berbanding jika anda simpan RM80,000 sebulan di bank, Bank Manager tak simpan nombor telefon anda, malah anda pun dia tak kenal.

Maka jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selagi anda masih sihat carilah perunding takaful yang berdaftar. Jika anda mahu jadikan saya sebagai perunding Takaful anda silalah contact saya.


Mahukan Khidmat Takaful
Sila Hubungi
Mohd Nasri 019-3702629


Apakah INCOME protection.

INCOME PROTECTION ITU APA? 

Nak senang faham, jom baca dua situasi di bawah. 

Situasi 1: 

Aisyah bergaji RM5K sebulan. Total liabiliti sebulan RM3500. Saving sedia ada RM20K. 
Semasa berusia 30 tahun, dia hilang upaya bekerja akibat penyakit kritikal. Hilang pendapatan kerana hilang upaya bekerja.  Aisyah buntu tak tahu macam mana nak bayar semua komitmen dan sara hidup akibat kehilangan gaji. Dan akhirnya terpaksa bergantung dengan orang lain, memohon macam-macam bantuan. 

Situasi 2: 

Aminah bergaji RM4K. Total liabiliti sebulan RM3K. Saving sedia ada RM15K. 

Semasa berusia 30 tahun, dia hilang upaya bekerja akibat kemalangan. Maka hilang lah pendapatan bulanan kerana kehilangan pekerjaan. Tapi, semasa Aminah sihat, dia ada mengambil pelan simpanan income protection. Oleh sebab itu, Aminah menerima wang RM500K daripada AIA Public Takaful. Dengan dana sebanyak itu, dia dapat mulakan hidup baru, ekonomi tidak terjejas dan tidak perlu menyusahkan sesiapa. 

Anda tanya diri anda, 

Anda nak kesudahan seperti aisyah atau aminah? 

Sebab yang ada kuasa memilih itu bukan saya, bukan orang lain. Tapi anda sendiri. 

Hakikatnya, 

Sesiapa boleh kena kanser. Sesiapa boleh kemalangan. Risiko itu sentiasa ada. Tetapi, adakah anda dah bersedia dengan dari sekarang lindung gaji anda? 

Jangan risau, anda lindungi gaji anda dengan akaun di AIA Public Takaful, kalau anda sihat sampai bila-bila pun duit anda tak hangus. Malah boleh dapat untung dari modal asal. 

Jom, buat income protection bersama AIA Public Takaful. Serius berbaloi. Jangan tunggu lagi. Benda ni urgent. Gaji anda aset anda. Bukan benda kecil. 

Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. 

Maklumat lanjut
Hubungi Mohd Nasri
019-3702629
Wakil sah AIA Public Takaful


Kisah Benar Harap Jadikan Teladan

Saya cuma copy sahaja pengalaman agent insurance lain...

Saya nak kongsi cerita ex klien rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.


Hari ni wife pada ex klien saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (ex klien) dia. Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.

Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.

Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat ta tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.

Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah. Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.

Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya bluetick aja. Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap

"kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar."

Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia

1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank

Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best...

"Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la..."

Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.

Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.

Saya nak pesan kat korang:

1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.

2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.

3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.

4. Ambillah Plan Takaful, kalau perkara buruk terjadi keluarga dapat pampasan Hibah

5. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.

6. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.

7. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, lau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.

8. Para isteri perlu sedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.

9. Jika Suami nak ambil Plan Takaful sokong minta dia terus signup, sebab takaful yang suami ambil tu untuk isteri sebenarnya.

Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?

Untuk plan Hibah Takaful
Hubungi Mohd Nasri
019-3702629
Life planner AIA Public Takaful



DILEMA KANSER

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pesakit kanser di seluruh dunia semakin bertambah dan dijangka akan terus meningkat. Pada tahun 2015, kira-kira 8.8 juta manusia di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia akibat kanser.

Secara purata kira-kira 8.2 juta orang meninggal dunia akibat penyakit itu setiap tahun. Di Malaysia, terdapat lebih 100,000 orang dilaporkan menderita kerana kanser dengan sebahagian besarnya adalah golongan wanita.

Kanser paru-paru, prostat, kolorektal, perut dan hati merupakan penyakit kanser yang kebiasaannya dialami golongan lelaki manakala kanser payudara, kolorektal, paru-paru, serviks dan kanser perut antara yang paling biasa dihadapi golongan wanita.
Bagaimanapun, antara 30 sehingga 50 peratus daripada kematian akibat kanser sebenarnya boleh dicegah antaranya dengan cara mengelakkan produk tembakau, mengurangkan penggunaan alkohol, mengekalkan berat badan yang sihat dan bersenam secara kerap.

Dianggarkan satu dalam empat orang rakyat negara ini akan mendapat kanser dan antara puncanya adalah berkaitan dengan gaya hidup mereka.


RAWATAN KANSER MASIH MAHAL? 

Jika dahulu kanser diibaratkan sebagai hukuman mati keatas sesiapa yang mengidapnya. Kini dengan kemajuan teknologi dalam bidang perubatan semakin ramai pesakit kanser dapat dipulihkan. Kanser tidak lagi dianggap sebagai penyakit yang menakutkan tetapi masih ada yang membimbangkan pesakit iaitu berhubung kos untuk merawat penyakit itu.

Seorang ahli akademik dari Universiti Malaya, Dr Nimala Bhoopathy sebelum ini pernah menyatakan kos rawatan kanser payu dara sahaja sekitar RM65,000 setahun. Kos rawatan itu bukan saja membabitkan aspek perubatan tetapi juga perbelanjaan yang perlu ditanggung pesakit.

Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan ramai pesakit kanser tidak mampu menanggung perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan. Ia termasuk dalam aspek kewangan atau terdapat pesakit yang tidak berkeupayaan secara fizikal untuk mendapatkan rawatan dengan kerap.

"Akibatnya, pesakit cenderung untuk berhenti atau meninggalkan rawatan mereka sebelum selesai sehingga membahayakan peluang pemulihan mereka," katanya.

PERSEDIAAN
Adalah disarankan orang ramai melanggan produk insuran atau takaful yang boleh memberikan mereka pampasan wang tunai jika disahkan mengidap Kanser, sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan kewangan harian dan menguatkan semangat pesakit kanser.
Antara plan kanser yang terdapat di pasaran adalah dari AIA public Takaful yang menawarkan pampasan berterusan dari tahap kanser awal lagi. Plan mampu milik serendah RM30.00 sebulan untuk kanak-kanak dan RM70 untuk dewasa mengikut umur.

Ingin mengetahui lebih lanjut plan kanser
Hubungi Mohd Nasri
019-3702629
AIA Public Takaful


Jika anda mengeluarkan RM70-80 sebulan sekarang untuk persediaan apabila sakit menjelma ia tidak akan membuatkan anda miskin, tapi jika anda tiada apa-apa plan Takaful semasa anda sakit, anda akan jatuh miskin pada ketika itu, percayalah banyak kisah-kisah benar yang telah ditulis dan dipertontonkan. Rancang kehidupan anda bermula sekarang. Untuk anda melanggan produk Takaful atau insuran memerlukan kesedaran, Jika produk Takaful itu RM1.00 sebulan pun jika anda tiada kesedaran dan faham fungsi Takaful anda tidak akan melanggannya walaupun dengan RM1.00 sebulan. Sayangi keluarga anda, lindungi mereka, sediakan tabung kecemasan bemula sekarang.






P Ramlee Tinggalkan Polisi Insuran Kepada Isterinya

LIHAT bagaimana seniman Allahyarham P.Ramlee berfikir ketika hayatnya masih ada dan apa yang ditinggalkan kepada balunya. Tidak salah jika kita tinggalkan pampasan untuk anak isteri/suami kita kelak, buang jauh2 pemikiran pasangan kita akan kahwin lain ketika kita sudah tiada kerana lumrah Allah dah jadikan manusia itu berpasangan. Sudah kita ketahui P Ramlee adalah seorang yang berfikiran jauh. 

Untuk mengetahui lebih lanjut Hubungi:
Mohd Nasri
019-3702629
Wakil AIA Public Takaful

PERBEZAAN TAKAFUL PERUBATAN DAN PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL



Semua orang memerlukan PLAN TAKAFUL perubatan, tetapi bukan semua orang memerlukan PLAN TAKAFUL penyakit kritikal. Adakah pernyataan ini betul atau salah?

Untuk menjawab soalan itu, kita perlu mengetahui tujuan kedua-dua sijil. Sijil Takaful perubatan melindungi anda dalam kecemasan sekiranya anda memerlukan hospitalisasi. Pelan perubatan tersebut membayar kos perubatan anda. Manakala sijil Takaful penyakit kritikal memberi bantuan kewangan dalam satu jumlah yang dibayar sekaligus, sekiranya anda didiagnos dengan penyakit kritikal. Masih keliru? Tidak mengapa, kita lihat contoh bagaimana kedua-dua polisi ini memainkan peranan dalam hidup seseorang.

Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, dia akan berjumpa doktor di klinik. Doktor itu mengesyaki dia mengalami apendiks dan menasihatkannya ke hospital untuk rawatan lanjut. Semasa di hospital, ternyata pesakit itu didapati mengalami apendiks yang amat teruk dan perlu segera menjalani pembedahan. Pembedahan itu berlangsung dengan baik dan pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari berehat. Kos hospitalisasi, rawatan dan ubat-ubatan berjumlah RM18,000 dan kos ini dibayar melalui polisi perubatannya iaitu A-Life Med Regular. Jika dia tidak memiliki pelan perubatan tersebut, dia terpaksa membayar jumlah itu dari simpanannya sendiri!

Terdapat beberapa penyakit kritikal seperti kanser atau sakit buah pinggang yang memerlukan lebih perhatian seperti rawatan pesakit luar, perubatan alternatif dan sebagainya. Kos-kos sebegini lazimnya tidak ditanggung oleh pelan perubatan. Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami angin ahmar secara tiba-tiba, dia akan dimasukkan ke hospital dengan segera. Keadaan lumpuh yang dialami akibat angin ahmar menjadikannya tidak mampu untuk bekerja selepas kejadian itu. Pelan A-Plus CriticalCare membantu supaya beliau dapat terus menjalani kehidupan dengan memberikannya sejumlah wang yang dibayar sekaligus. Wang ini boleh digunakan untuk apa sahaja yang diperlukan dan tidak terhad untuk rawatan perubatan sahaja (yang mana sijil Takaful perubatan sememangnya akan menanggung kos tersebut).


kita kembali ke soalan asal - semua orang memerlukan perlindungan perubatan untuk kecemasan yang tidak diduga dan bantuan perubatan. Perlindungan perubatan sememangnya sangat penting pada hari kerana penjagaan perubatan adalah kos yang tinggi dan tidak dirancang. Ini menjadikan pelan perlindungan perubatan sangat penting Sementara itu, plan Takaful penyakit kritikal memberikan kita perlindungan daripada 36 penyakit kritikal yang lazim dan membantu keadaan kewangan yang yang mungkin dihadapi dengan membayar sejumlah wang secara sekaligus kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai ganti gaji bulanan anda semasa waktu pemulihan.
Perlindungan yang anda pilih untuk diri sendiri dan keluarga yang tersayang bergantung kepada apa yang anda mahukan dari perlindungan anda. Sentiasa didik diri sendiri dengan pengetahuan dan ketahui lebih lanjut tentang insurans Penyakit Kritikal dan Perubatan yang ada di AIA Public Takaful.


Untuk mengetahui lebih lanjut Hubungi:
Mohd Nasri
019-3702629
Wakil AIA Public Takaful

4 SEBAB ANDA PERLU PERTIMBANGKAN TAKAFUL UNTUK ANAK ANDA


Ibu mana tak sayang anak? Ibu bapa kita sanggup korbankan semua benda dan apa-apa saja demi anak-anak. Bayangkanlah betapa pedihnya perasaan seorang ibu tu bila tak dapat nak selamatkan anak sendiri, hanya sebab tak cukup duit.


Itulah yang jadi kat seorang ibu dan anak di Shanghai, China ni. Menurut Nextshark, kes ni tular kat laman sosial bila gambar seorang ibu duk menangis dengan penuh perasaan kerana tak mampu nak bayar bil hospital anaknya. Memang sebak bila tengok gambar-gambar ni dan boleh mengalir air mata!
seorang ibu tunggal umur 45 tahun dan anak lelakinya, Zhenghan yang baru umur tiga tahun, dilihat kat luar Hospital Kanak-kanak Shanghai.Zhenghan ada congenital hydrocephalus, sejenis penyakit cecair berlebihan dalam otak dan kena masuk hospital sebab infection. Yinzhen yang dulu kerja kilang telah hilang kerja lepas lahirkan Zhenghan dan sekarang bergantung hidup dengan keluarga Yinzhen.

Jarang kita mendengar ibu bapa memikirkan soal Takaful perubatan untuk anak kecil selepas kelahiran mereka kerana terdapat banyak perkara yang lebih penting seperti makanan, susu formula, atau katil bayi yang menjadi keutamaan. Apatah lagi keperluan perubatan seorang anak itu dikira masih boleh diuruskan kerana anak itu kecil. Namun begitu, keperluan perubatan anak kecil boleh menjadi mahal, jadi anda mungkin mahu mempertimbangkan Pelan Takaful untuk anak anda.
Ada empat sebab anda perlu mempertimbangkan perlindungan perubatan untuk anak anda, tidak kira usia mereka. 


#1: Menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti untuk anak
Sesetengah ibu bapa memilih untuk menunggu sehingga si anak lebih besar sebelum mendapatkan perlindungan perubatan untuk mereka. Ada juga ibu bapa yang bertuah mendapat faedah pekerja di syarikat yang memperuntukkan insurans penjagaan kesihatan untuk anak-anak pekerja. Jika tiada faedah pekerja sedemikian, keperluan perubatan anak itu haruslah ditanggung oleh ibu bapa dengan bantuan kesihatan awam. Ibu bapa perlu ingat bahawa fasiliti perubatan awam lazimnya penuh dan kadangkala perlu berada dalam senarai menunggu yang panjang untuk sesetengah rawatan atau rundingan bersama doktor pakar. 

#2: Melindungi daripada penyakit biasa dan pelbagai kondisi perubatan 
Tidak mustahil untuk anda mendengar tentang bayi baru lahir atau anak kecil yang memerlukan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit respitori atau penyakit berjangkit. Meskipun semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, satu pelan perubatan yang kukuh boleh memberi akses kepada bantuan perubatan yang berkualiti termasuk konsultasi bersama doktor selepas hospitalisasi. Pelan perubatan juga boleh membantu doktor mengenali gejala-gejala penyakit dari peringkat awal dan mengurangkan kebarangkalian gejala-gejala ini menjadi lebih serius. 

#3: Ketenangan tanpa perlu memikirkan soal wang 
Dalam isu mendapatkan pelan Takaful untuk anak, ramai yang berpendapat ia bukan satu keperluan kerana rawatan perubatan kanak-kanak dianggap terhad dan tidak semahal kos perubatan seorang dewasa. Pendapat itu tidak tepat kerana kos perubatan kanak-kanak tiada bezanya dengan kos perubatan orang dewasa. Kos perubatan untuk kedua-dua anak kecil dan orang dewasa boleh meningkat saban tahun. Memiliki pelan perubatan untuk anak anda bukan sahaja memberikan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti di saat mereka memerlukannya, ia juga mampu menolong anda supaya anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar semasa waktu kecemasan. 

#4: Menjamin perlindungan pada harga yang kompetitif 
Disebabkan umur kanak-kanak yang muda, mereka mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk menggunakan kesemua tuntutan Takaful mereka dan ini menyebabkan bayaran premium bulanan untuk si kecil lebih rendah. Pelan perubatan mereka boleh ditukar kepada pelan yang menawarkan lebih perlindungan apabila mereka berusia 18 tahun, tanpa mereka perlu melalui pemeriksaan kesihatan. Pelan Takaful juga melayakkan anda untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun dengan hanya memastikan polisi perubatan itu berada di bawah nama anda dan anak anda.
Plan terbaik dari AIA Pubic Takaful untuk anak anda adalah A LifeJoy-i di mana plan ini ada menyediakan pelan kad perubatan yang ditambah melalui pelan A LifeJoy-i ini. 
  • Pelan perubatan  A-Plus Med-i menawarkan perlindungan perubatan di samping perlindungan hayat. Anda boleh memilih rider (ciri tambahan) yang lebih komprehensif dan jaminan pembayaran polisi untuk anak jika sesuatu terjadi kepada anda.

Masih tercari Pelan Perubatan untuk anak anda ?
Hubungi 
Mohd Nasri
019-3702629
Wakil AIA Pubic Takaful


PELAN PENDIDIKAN ANAK


Pelan pendidikan anak ialah produk Takaful atau Insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej atau Universiti (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.


Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya.


Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak kerana lagi lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda berlipat ganda. Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka.

Di dalam memilih pelan Pendidikan anak sentiasalah:

- Tentukan jumlah wang yang anda mahu ketepikan untuk simpanan pendidikan anak
- pastikan anda mampu membayar caruman
- pilih pelan yang fleksibel
- pastikan ada rider manfaat pembayar.


Masih tercari pelan pendidikan untuk anak
sila hubungi saya 
MOHD NASRI
019-3702629



PANDUAN MEMBELI TAKAFUL ATAU INSURAN.


Disini ada beberapa info panduan untuk membeli plan takaful atau Insuran


Pastikan anda membeli daripada syarikat takaful & insurans berlesen melalui ejen  yang sah.

-    Membeli plan Takaful merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat Insurans & Takaful berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) atau Persatuan Takaful Malaysia (MTA)


Buat perbandingan kadar premium
-    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat Takaful  daripada beberapa syarikat Takaful. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi Takaful mempunyai manfaat yang sama.

Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
-    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat Takaful. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
-    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
-    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

Periksa tarikh Plan Takaful anda berkuat kuasa
-    Tarikh Takaful anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat Takaful anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen Takaful anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

Isi borang permohonan anda dengan teliti
-    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

Pastikan premium dibayar kepada syarikat Takaful
-    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans.




Baca sijil anda apabila anda menerimanya
-    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

Buatlah pilihan yang bijak dan rancang plan kewangan anda, bina satu tabung kecemasan melalui takaful demi masa depan anda  dan keluarga.



Perlukan rundingan plan Takaful/medical card
Hubungi/whatsapp:
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
Life Planner AIA Public Takaful

TAKAFUL VS UNIT AMANAH

Takaful dan Unit Amanah adalah 2 benda yang berbeza.

Maksud Takaful:

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Maksud Unit Amanah:

Unit amanah adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengumpulkan duit individu untuk syarikat membuat pelaburan duit tersebut bagi individu, menerusi ikatan amanah.

Takaful mempunyai peranan nya sendiri, begitu juga dengan unit amanah. Adakah anda tahu? Di dalam takaful itu sendiri terdapat unit amanah. Dan ada juga unit amanah yang mempunyai elemen takaful 😉.

Namun, apa yang paling utama adalah menyampaikan maklumat yg tepat telus dan berkualiti kepada masyarakat.

Nyatakan peranan sang takaful, nyatakan juga peranan si unit amanah dengan telus.

Pelan pelaburan yg sihat dan juga pelan persaraan yang jitu memerlukan kedua dua elemen ini. Barulah bergabung meletop😅.


Perlukan plan Takaful
Hubungi whasapp
Mohd Nasri Ramli
019-3702620
AIA Public Takaful

HIBAH PAMPASAN KEMATIAN

Kebanyakan orang menjadikan Takaful pilihan terakhir ketika hidup, nak ambil pun kena fikir berpuluh-puluh kali dan mengambil masa bertahun-tahun.

Tetapi ketahuilah apabila sakit atau berlaku kematian, soalan terawal yang akan ditanya "ada insuran/takaful tak".

Jadikanlah takaful perkara pertama ketika anda hidup untuk diberikan kepada waris anda jika anda tiada lagi.

Hibah Takaful boleh diberikan kepada yang tersayang atau sesiapa sahaja supaya mereka dapat meneruskan hidup, bayar loan rumah, kereta, hutang, bil api/air, dsb., sambil proses pembahagian harta ikut hukum Faraid yang wajib dan cukup sempurna itu selesai.


Perlukan Plan Takaful & Hibah
Hubungi Whatsapp
Mohd Nasri Ramli
019-3702629
AIA Public Takaful

HAMPIR 50% PESAKIT KANSER DI MALAYSIA MENGALAMI BENCANA KEWANGAN

  Penyakit yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia adalah penyakit Kanser. Kebimbangan ini adalah berasas kerana pada tahun 2012, terdapat lebih daripada 37,400 kes baharu kanser dan 21,700 kematian akibat kanser di Malaysia. Yang mana, satu dari empat rakyat Malaysia dijangka akan disahkan menghidap kanser sebelum usia 75 tahun.Kajian ASEAN Costs in Oncology (ACTION) oleh George Institute for Global Health menegaskan impak kewangan akibat kanser, dengan menyatakan bahawa 45% daripada pesakit kanser mengalami bencana kewangan setahun selepas diagnosis, manakala 11% mengalaminya lebih awal daripada itu.Kajian ACTION itu, merupakan kajian pertama jenis ini yang dijalankan di Asia Tenggara, mengenal pasti kesengsaraan ekonomi yang dihadapi oleh pesakit kanser di Malaysia – iaitu belanja tunai langsung. Malah, hanya setahun selepas menerima diagnosis dan rawatan:
  • 46 peratus pesakit kanser telah menghabiskan wang simpanan peribadi mereka
  • 39 peratus tidak dapat membayar kos ubat-ubatan
  • 35 peratus tidak dapat membayar yuran konsultasi atau ujian perubatan
  • 22 peratus tidak dapat membayar sewa atau pinjaman gadai janji
  • 19 peratus terpaksa menghentikan rawatan
    Dr. Myralini S. Thesan, Penasihat Perubatan Perkhidmatan Kesihatan AIA menjelaskan bahawa, “Kanser adalah punca utama yang ketiga bagi kematian pramatang di Malaysia. Kebanyakan kematian tersebut dapat dielakkan jika terdapat lebih banyak usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal dan juga perlindungan kewangan yang kukuh. Ketika ini hanya 22 peratus rakyat Malaysia mempunyai insurans perubatan atau insurans penyakit kritikal. Oleh itu, sebahagian besar segmen penduduk berkemungkinan menghadapi bencana kewangan jika disahkan menghidapi kanser.”Produk yang menepati keperluan khusus juga bermakna bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu membeli pelan perlindungan perubatan. 
  Pelan AIA terkini, A-Life Cancer360, contohnya, menggunakan parameter pengunderaitan berdasarkan kanser yang hanya mengambil kira risiko seseorang itu berkaitan dengan kanser dan bukan keseluruhan sejarah perubatan mereka.

Dapatkan Plan Kanser
Hubungi :
Mohd Nasri Ramli
+60193702629
Wakil AIA Public Takaful


ANTARA SEBAB KURANG ORANG MELAYU MENGAMBIL TAKAFUL

“Membazirlah segala insurans dengan Takaful ni. Bukan boleh ‘claim’ pun. Gaji aku dahlah ciput je. Baik aku simpan gaji tu, boleh pakai untuk benda lain ke.”
Ini mungkin antara skrip yang paling biasa kita dengar daripada orang yang belum terbuka hati untuk mengambil sebarang bentuk pelan Takaful.
Jadi, tak hairanlah laporan menunjukkan bahawa masih ramai orang Malaysia, terutamanya Melayu Muslim yang belum sedar untuk mengambil mana-mana pelan Takaful. Pelan Takaful ini majoritinya dikuasai bukan Islam yang lebih percaya kepada sistem kewangan ini. 
Antara sebab-sebab orang Melayu tak percaya pada Takaful adalah:
1. Tawakal Cukuplah
“Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.”
Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan. Sedangkan, produk Takaful yang patuh syariah sebenarnya direka berdasarkan konsep Ta’awun – iaitu membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.
Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk memiliki sebarang pelan perlindungan.
Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah ambil Takaful – dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak beli Takaful. Habis tu, buat apa membazir beli Takaful?

2. Belum Mampu Lagi

Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.
Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.
Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?

3. Nanti Agent Yang ‘Kaya’

“Kalau kita beli Takaful, agent itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita…”
Memang betul agent insurans akan dapat komisyen, tetapi sebenarnya agent adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan Takaful yang bersesuaian. Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa agent dan ‘direct’ melalui bank. Tapi dengan adanya agent ini, banyak kelebihannya juga. Cuma kita perlu bijak cari agent yang bagus benar-benar jujur dalam menjual produk mereka, bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata.
Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi. Menjadi agent Takaful adalah suatu kerjaya, jadi tiap-tiap pekerjaan mestilah dibayar upah. Agent Takaful juga manusia ada tanggungan untuk keluarga.

4. Lama Dah Ada Takaful

Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.
Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.
Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumbnilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.

Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang

Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.
Kredit Majalah Labur
Perlukan khidmat nasihat Takaful
Sila hubungi whatsapp
Mohd Nasri Ramli
019-3702629