Perbezaan antara Faraid, Hibah dan Wasiat





FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan

HIBAH

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang  dihibahkan  (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul . qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainya dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya.

Harta atau barang yang dihibahkan mestilah:

1. Sesuatu yang bernilai pada pandangan syarak pada waktu hibah dibuat, 
2. Milik sah orang yang memberi hibah dan 
3. Hendaklah jenis yang boleh diserahkan pada waktu itu.

Contohnya, ayah menghibahkan sebidang tanah kepada anaknya. Tanah adalah jenis harta yang bernilai daripada sudut pandangan syarak. Namun begitu, tanah itu hendaklah bebas daripada sebarang gadaian dengan pihak bank.

Jika mempunyai sekatan gadaian, tanah itu tidak mencukupi syarat sebagai harta yang boleh dihibahkan. Ia belum menjadi milik sah orang yang memberi hibah dan juga tidak boleh diserahkan pada waktu itu kerana sekatan gadaian menghalang serahan atau pindah milik dibuat.



Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam.

Pemberi hibah mestilah bebas menguruskan harta tersebut tanpa sebarang sekatan. Pindah milik rumah melalui perjanjian hibah tidak boleh dilakukan sekiranya rumah terbabit dijadikan cagaran dan dikaveatkan melainkan cagaran itu ditamatkan dan kaveat ke atas rumah itu ditarik balik.

WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. 

Wasiat Kepada Waris dan Bukan Waris

Pada asasnya wasiat hanya diberikan kepada bukan waris kerana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pahala. Ia juga diharap dapat memenuhi segala kekurangan yang ada ketika hayat.

Apa yang dimaksudkan dengan waris dalam konteks wasiat ialah orang-orang yang berhak mendapat pusaka selepas pemilik harta meninggal kelak seperti anak atau isteri. Oleh kerana itu wasiat pada asasnya diberikan kepada bukan waris kerana mereka ini tidak termasuk dalam kalangan orang yang berhak untuk mendapat pusaka.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya berbunyi;
“Allah telah berikan bahagian kepada setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris.”
Bagaimanapun, wasiat kepada ahli waris masih boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dari ahli waris yang lain. Perlu diingat, ahli waris yang dimaksudkan mestilah ahli waris semasa kematian pewasiat dan bukan ahli waris semasa hayat pewasiat. Jika kesemua ahli waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat maka perlaksanaan wasiat tersebut boleh dilaksanakan.

Perlukan harta untuk dihibahkan ?
Hubungi Nasri 019-3702629
Wakil AIA Public Takaful

NAK MASUK WAD KECEMASAN PANTAS? SEDIAKAN MEDIKAL KAD





********************************************************************************
# BIAR BETUL NAK MASUK WAD KECEMASAN PANTAS? MESTI ADA MEDIKAL KAD
*******************************************************************************



✔"ZERO" Co-Payment 
✔ "ZERO" Hospital Admission Deposit (panel platinum AIA)
✔"ZERO" Co-Takaful 
✔Coverage Setahun sehingga RM1.5 Juta
✔TIada Had Seumur hidup
✔Kemudahan GL 24 jam
✔Pembebasan Cukai Pendapatan (max.RM3000)

Nasihat Konsultasi Percuma
Dapatkan Medical card dari AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

GOUT DI MUSIM RAYA

GOUT DI MUSIM RAYA


Ramai yang datang ke hospital kerana gout beberapa hari ini. 
Ada yang sudah sekian lama tidak terkena serangan gout, tiba tiba terkena semula. Semalam seorang lelaki muda datang kerana gout walaupun sudah 2 tahun bebas serangan. 

Jamuan raya yang bertali arus menyumbang kepada meningkatnya insiden gout. Makanan tinggi uric acid (atau bahan asalnya purine) seperti daging lembu, kambing, ayam dan kacang kacang adalah resipi utama gout. 

Anda dinasihatkan mengawal pengambilan makanan di atas termasuk organ dalaman seperti hati, paru dan perut, makanan laut seperti ikan bilis, udang dan sotong, segala jenis kekacang termasuk kacang soya, tempe dan taufu dan beberapa jenis ikan seperti ikan salmon. 

Sekiranya anda terbangun dari tidur tiba tiba terasa sakit khususnya di kawasan berhampiran sendi di jari kaki atau lutut dan tangan, sehingga tidak dapat berjalan dan bergerak, kemungkinan anda terkena gout. Gout juga boleh datang dengan keadaan sendi bengkak, panas dan merah. 

Apabila terkena gout, anda boleh mengesahkan dengan membuat ujian darah uric acid. Ada perbezaan tahap uric acid antara lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, saya jarang jarang berjumpa wanita menghidap gout. Kebiasaannya adalah lelaki dan mempunyai sejarah keluarga gout seperti pakcik, ayah dan datuk yang juga menghidap gout. 

Jika anda memeriksa uric acid di dalam darah, ambil peluang untuk memeriksa sekali kadar creatinine buah pinggang di dalam darah. Ini untuk memastikan fungsi buah pinggang anda berada di dalam keadaan baik. Uric acid boleh membentuk kristal legap yang akan mendap ke kawasan sendi menyebabkan kesakitan dan radang. Ia juga boleh termendap di dalam buah pinggang yang menyebabkan batu karang dan berupaya merosakkan buah pinggang. 

Apabila berjumpa doktor, anda akan diberi ubat gout. Ubat adalah berupa ubat untuk mengurangkan kesakitan, mengurangkan radang gout dan mengurangkan kadar uric acid. Minum air kosong dengan banyak. 

Akhir kata, kurangkan pergerakan buat sementara waktu dan berehat. Habiskan puasa enam dan kurangkan pergi open house 🤣.

=====
Kalau dah tahu ada keturunan bermacam penyakit, dan tak boleh nak kawal pemakanan dengan gaya hidup yang sihat. Tak suka makan sayuran dan buahan. Suka pada makanan yang sedap-sedap. Jadi buatlah persediaan awal sebelum penyakit datang secara tiba-tiba. Bila dah masuk hospital dah ada rekod penyakit susah untuk dapat insuran medikal kad. 
Jadi bertindak lah awal. Tahu diri anda siapa dan apa kemungkinan yang bakal anda hadapi pada msa depan




Perlukan Konsultasi Percuma mengenai medical card dari AIA Public Takaful ?
Hubungi 
Mohd Nasri 0193702629

Wakil AIA Public Takaful

Pengurusan Harta Dalam Islam - HIBAH

Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang. Secara prinsipnya, pemilik harta boleh memberikan hartanya sebagai Hibah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Hibah boleh diberikan kepada ahli waris atau bukan ahli waris. Kuat kuasa pindah milik adalah serta merta semasa pemberian atau semasa hidup.       

Jenis harta yang boleh dihibahkan ialah semua jenis harta yang menjadi milik sah penghibah seperti hartanah (rumah, tanah, kondominium, apartment dsb), saham syarikat (sdn bhd atau berhad), saham unit amanah, sijil Takaful dan lain-lain harta bernilai yang boleh dimiliki dan dipindah milik. Tujuan dan kesan hibah ialah semata-mata ingin memenuhi kehendak penghibah berkenaan kepada siapa yang dia ingin berikan hartanya. Sebagai contohnya, seorang ibu yang ingin memberikan rumahnya kepada anak angkatnya setelah kematiannya nanti. Beliau boleh mengisytiharkannya melalui dokumen hibah, secara automatik rumah yang dihibahkan akan terkeluar daripada senarai harta pusaka dan tidak akan difaraidkan kepada ahli waris. Sesiapa saja boleh melakukan hibah ke atas hartanya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya.

Amalan Hibah adalah berkesan terutamanya kepada orang Islam yang berhasrat untuk memberikan harta tertentu mengikut fomulanya sendiri. Namun, setiap kontrak dalam muamalah Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syaratnya yang perlu dipenuhi, termasuk juga instrumen Hibah dalam aspek pengurusan. harta pusaka. Akad Hibah menjadi sah setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya menepati syara’.
Rukun-rukun Hibah ialah pemberi Hibah (al-wahib ), penerima Hibah (al-mauhublahu ),benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan penawaran serta penerimaan atau ijab dan qabul (sighah ). Setiap rukun perlu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi mengesahkan keseluruhan akad Hibah. 
Syarat sah bagi penghibah ialah merupakan pemilik yang sah ke atas harta (al- mauhub ) dan tidak wujud halangan ke atas pemilikan dan pengurusannya. Al-wahib juga sempurna akal, baligh dan rushd (bijak menguruskan harta). Hibah dilakukan dengan rela hati tanpa paksaan atau pengaruh, jika berlaku atau didapati wujud paksaan maka Hibah akan terbatal.
Syarat sah penerima pula, sesiapa saja sama ada muslim atau bukan muslim asalkan maksudnya tidak melanggar syara’ dan penerima adalah mukallaf serta berkeupayaan memiliki dan menguruskan harta Hibah. Sekiranya penerima tidak/belum mukallaf seperti belum baligh atau kurang upaya, Hibah boleh diberikan kepada wali/pemegang amanahnya. 

Perlukan Harta untuk di hibahkan melalui instrumen Takaful ? 
Dapatkan Konsultasi percuma Hubungi:
Mohd Nasri 019 3702629 
Wakil AIA Public Takaful

Pertimbangan Memilih Kad Perubatan

Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadap produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.
1. Stand Alone vs Rider
Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.
Apabila membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas supaya dapat membuat penilaian yang adil.
Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.
Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.
Berikut beberapa point penting perbandingan kad perubatan rider dengan stand alone.
Kad Perubatan Stand Alone;
Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.
Kelebihan:
  • Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)
  • Tidak perlu mengambil produk asas
Kekurangan:
  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.
Kad Perubatan Rider
Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.
Kelebihan
  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai
Kekurangan
  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
  • Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat.
Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.
NOTA: Kedua-dua caruman sumbangan medical card rider dan stand alone akan meningkat berdasarkan rekod tuntutan syarikat dan keadaan inflasi perubatan semasa.
2. Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.
Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.

Perlukan Konsultasi Percuma mengenai medical card dari AIA Public Takaful ?
Hubungi 
Mohd Nasri 0193702629
Wakil AIA Public Takaful





Syarat memiliki Plan TAKAFUL

Untuk mendapatkan plan Takaful ada syaratnya.

Syarat utama  :

- SIHAT
Orang yang dah ada sakit dah tak layak membeli   Plan Takaful. Ramai memang terlalu ramai yang dah sakit nak ambil plan Takaful terutama plan Medical Card.

- ADA KUASA MEMBELI
Dalam bahasa mudahnya berkemampuan. Boleh membayar caruman takaful. Boleh menguruskan perbelanjaan keluarga. pendapatan dibelanjakan dengan bijak dan mengikut kemampuan.

Syarat-syarat lain:

- BERTANGGUNGJAWAB
Sayang pada keluarga mahu membina tabung kecemasan untuk keluarga (anak/isteri/ibu/bapa). Dan juga akan memastikan Plan Takaful tak lapse. 

- BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN
1- Tak perlu tanya isteri untuk anda membeli Plan Takaful. Jika membeli handphone atau sport rim baru, anda boleh terus membuat keputusan sendiri begitu juga jika anda mahu/berminat mendapatkan plan Takaful.
2- Boleh menjawab soalan dari agent Takaful samaada YA atau TIDAK daripada diam membiarkan tiada jawapan untuk soalan "Macam mana dengan Plan Takaful tu En. xxx jadi ke nak ambil"?, malahan whatsapp & panggilan telefon juga tidak dijawab kerana tidak boleh menjawab Ya atau Tidak.

Faktor-faktor lain
Terdapat juga syarat-syarat lain seperti, jenis pekerjaan, keadaan fizikal semasa (tinggi,berat), penyakit sejak lahir. 

Anda ada kriteria-kriteria di atas ? ya anda layak untuk memohon plan Takaful. Hubungi :

Mohd Nasri
019 3702629
Wakil dari AIA Public Takaful


KALAU BOLEH KU UNDUR MASA ... Sorry lah.. belum ready lagi nak ambik Takaful yang kau proposed tu.



KALAU BOLEH KU UNDUR MASA

2013

Sorry la bro. Aku belum ready lagi nak ambik Takaful yang kau proposed tu. Tunggulah nanti bila gaji aku naik sikit

2014

Alamak.... Gaji memang dah naik bro, tapi aku baru je angkat kete baru. Takaful kau tu, tunggu cashflow aku ada extra sikit la. Sekarang ni tengah ketat 

2016
Bro, kau masih buat Takaful lagi ke? Urgent ni. Doktor cakap tekanan darah aku naik sebab jantung dah sumbat lah bro. Quotation kau bagi dulu, valid lagi tak? Tolong aku bro. Dia cakap kalau buat bypass, mahu kena 120,000. Tak campur follow up lagi. Adusss mana aku nak cekau duit ni?
Bro... Bro... Jawablah. Apasal tak jawab?

PENGAJARAN
Kami konsultan Takaful memang boleh sabar dan tunggu anda ready. kami sabar lagi apabila panggilan dah tak dilayan,wasap tak dibalas walaupun bertanda biru, kami cuma mahukan jawapan setuju atau tidak. kalau tak setuju kami faham, kami cuma mahukan jawapan bukan paksaan untuk ambil plan takaful ni. Tapi Bolehkah penyakit atau kemalangan itu anda suruh tunggu? Timing tak sesuai lagi. Mintak tangguh dulu boleh. Ingat! Musibah kerap melanda dalam keadaan kita tak sangka. Sudahkah kita buat PERSEDIAAN secukupnya?

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card dari AIA Public Takaful Sekarang
Plan Hibah untuk perancangan masa depan keluarga anda
Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

MEDICAL CARD YANG BEST


********************************************************************************
# MEDICAL CARD AIA PUBLIC TAKAFUL #
*******************************************************************************

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
1) LIMIT TAHUNAN ADALAH KE ATAS INDIVIDU.
Limit tahunan Family Takaful adalah mengikut individu dan tidak pernah ada istilah share limit. Kalau satu medical kad mempunyai limit tahunan RM150,000, maka setiap individu keluarga tersebut akan mempunyai limit tahunan RM150,000 ( limit tahunan tak berkongsi)

2) SATU KELUARGA BOLEH MASUK SEKALIGUS.
Tiada masalah Untuk Satu Keluarga Masuk Sekaligus, 

3) JIKA PEMILIK POLISI MENINGGAL, ANAK-ANAK MACAM MANA?
Jika anak-anak masih bawah umur, penjaga yang sah boleh jadi pemegang policy.
4) PLATINUM HOSPITAL.
Jika anda memilih untuk admit di Hospital Platinum Berdekatan Anda, Anda Tak Perlu Risau Tentang Deposit Kemasukan & Proses Kemasukan Wad Akan lebih Pantas,


6) COVER MAXIMUM 6 ORANG (Suami+Isteri+4Anak)
Jika Anak Anda Baru 2 Orang, Bila ada kelahiran anak, untuk Anak Ke 3 & 4 anda tak perlu tambah bayaran, cuma serah kan details anak utk dimasukkan dalam Plan Family, Mudahkan....

 ✔Pakej Individu Atau Keluarga atau suami & isteri atau suami/isteri & anak-anak
✔Coverage tahunan yang tinggi
✔TIada Had Seumur hidup
✔Kemudahan GL 24 jam
✔Pelepasan Cukai Pendapatan (max.RM3000)


Nasihat Konsultasi Percuma
Dapatkan Medical card dari AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri