Pelan Medical card 1 Keluarga Terbaik



Semestinya Kad perubatan dari AIA Public Takaful


Anda masih tercari-cari plan medical Card yang sesuai untuk anda dan keluarga ? atau Syarikat takaful ada yang sedia ada menaikkan caruman anda ?. Jangan bimbang kami ada penyelesaiannya.


Kelebihan utama adalah, plan ini ada plan famili iaitu medical card 1 family (suami+isteri & 4 orang anak), 1 harga caruman, kad untuk tiap-tiap ahli keluarga dan yang bestnya setiap ahli keluarga dengan had limit tahunan masing-masing tidak berkongsi.
Selain itu ada plan individu, suami & isteri, suami atau isteri bersama 4 orang anak.

Nak tahu apa benefit untuk medical card ni. Sila rujuk jadual di bawah.


Kenapa perlu ada Medical card ni ?
Kerana kos rawatan, kos ubat yang tinggi dan semakin meningkat saban tahun. 



Hospital kerajaan kan ada, kenapa perlu ada medical card ?
Yes betul tak dinafikan Hospital kerajaan mempunyai kepakaran dan servis yang baik TETAPI tak semua rawatan di Hospital kerajaan PERCUMA dan tak semua rawatan hanya perlu bayar kos minima sahaja.

Apa kelebihan kalau ada medical card ni ?.
Banyak kelebihannya. Katakan anda sakit, berapa kilometer kah Hospital yang terdekat dari rumah anda ? adakah hospital kerajaan atau swasta. Jika anda mempunyai medical card anda ada pilihan samada mahu ke kerajaan atau swasta. 
Hospital Kerajaan mempunyai servis yang baik oleh itu jumlah pesakit adalah ramai, jadi waktu menunggu agak lama dan jumlah katil wad mungkin tidak mencukupi. 

Adakah medical card cover rawatan pesakit luar seperti demam biasa, sakit perut ringan dan penyakit-penyakit yang hanya rawatan di klinik ?
TIDAK, medical card hanya cover inpatient treatment, boleh digunakan apabila pemegang kad memerlukan rawatan untuk kemasukan wad sahaja. walau pun begitu masih ada rawatan pesakit luar yang boleh claim semula jika ada medical kad ini.

Apakah rawatan pesakit luar yang boleh claim jika ada medical card ini. ?
Bil rawatan 60 hari sebelum masuk wad, Bil rawatan 150 hari selepas keluar wad, bil rawatan kemalangan,bil rawatan kanser,bil rawatan dialisis buah pinggang. Bil-bil rawatan ini adalah berdasarkan "pay & claim".

Jika tak boleh guna untuk rawatan pesakit luar di klinik baik tak payah, apa gunanya ada medical card ni ?.
Harus diingat, Medical card adalah digunakan waktu kecemasan yang mana jika kita memerlukan rawatan yang memerlukan kos yang tinggi contoh appendik, sakit jantung, demam denggi, demam panas, kanser, kemalangan. Jika masuk wad semestinya kos rawatannya tinggi.
Jika dalam setahun anda hanya demam 2-3 kali, yang mana rawatan di klinik hanya RM70-RM80 sekali rawatan atau hanya telan panadol yang berharga RM1.00 sebijik, perlukah anda mempersoalkan kenapa medical card tak boleh guna di klinik untuk rawatan pesakit luar. 

Selain di atas apa lagi pentingnya perlu ada medical card ni ? 
Jika ada kemampuan dan mahukan keselesaan, ganjaran untuk diri anda dan keluarga, mahukan rawatan terbaik untuk diri dan keluarga, tak mahu duit simpanan habis kerana membayar kos rawatan di hospital, ambillah medical card, sebab ianya penting sangat. Dan yang penting sekali bantulah mengurangkan bebanan di hospital kerajaan yang sesak, kurangkan waktu menunggu pakcik makcik yang tak mampu ambil medical card. Anda yang mampu ambillah medical card buat rawatan di hospital swasta.

Rugilah saya jika ada medical card tapi tak pernah pakai. Ada apa-apa cash back tak kalau tak claim ?.
Tiada apa-apa cash back. Yes, tersangatlah rugi tak claim sebab tak sakit kan macam mana nak claim. Yang mengeluh rugi ni dia rugi sangat sebab tak bersyukur yang dia dikurniakan Allah kesihatan yang baik tapi masih mengeluh rugi. Sepatutnya orang yang tak pakai atau claim berasa beruntung sebab dikurniakan kesihatan. kesihatan itu adalah sebahagian dari rezeki. Nak pakai juga senang saja boleh cederakan diri, terjun pokok, langgar kereta, potong tangan, patahkan kaki buat benda-benda ni bolehlah pakai medical card ni. Tapi untuk dapatkan kesihatan yang baik kita susah nak control walaupun kita amalkan gaya hidup sihat kita tak tau bila-bila boleh datang penyakit atau kemalangan, semua itu atas ketentuanNya, kita hanya merancang yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Berapa yang harus saya bayar untuk dapatkan medical card ni. mahal ke ?
Murah atau mahal sangat subjektif tapi cuba bandingkan berapa yang anda perlu bayar vs berapa perlindungan yang akan disediakan untuk anda. Bayaran bulanan anda itu perlukan berapa bulan untuk mendapat jumlah RM150,000 ? 

Sila rujuk jadual caruman tahunan yang perlu di bayar.

*untuk caruman bulanan, suku tahunan dan separuh tahunan, pengiraan caruman adalah berbeza tidak boleh berpandukan caruman ini.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Mohd Nasri Ramli
Life Planner
AIA Public Takaful
019-3702629





18 comments:

  1. boleh tolong kirakan kalau saya janda anak satu umur 6 tahun saja. berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KELEBIHAN KAD MEDIKAL KELUARGA INI BERBANDING KAD MEDIKAL LAIN

      Tiada Ko Takaful/Insuran dikenakan pada pelanggan. Syarikat membayar semua bil anda mengikut kelayakan plan anda sepenuhnya.
      Hampir semua medical card dipasaran akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi pada client yang MEROKOK. Namun, plan plan yang ditawarkan untuk medical card ini tidak mengenakan bayaran yang lebih tinggi pada PEROKOK. Jika anda seorang PEROKOK, anda tetap bayar harga yang mengikut kadar BUKAN PEROKOK.
      Hanya medical card keluarga yang ditawarkan disini yang mampu memberikan perlindungan menyeluruh terutama pada lelaki berpoligami atau mereka yang mempunyai anak anak dari perkahwinan lain. Plan ini melindungi kesemua zuriat anda dan zuriat pasangan anda yang berusia dibawah 23 tahun.
      Tiada perbezaan antara jantina. Dibawah package medical card keluarga, harga yang dibayar tiada bezanya antara lelaki dan wanita.
      Kad medikal keluarga ini amat berpatutan harganya. Ini kerana anda membayar satu harga kelompok dan bukan secara individu. Contoh kiraan seperti dibawah dimana saya bandingkan kad medikal keluarga ini dengan kad medikal individu sebagai contoh syarikat insuran P:
      Katakan Satu Keluarga 6 orang ahli iaitu ibu + bapa + 4 anak anak. Katakan ibubapa berusia 29 tahun.
      Dibawah syarikat P: Minima RM100 seorang x 6 orang = RM600 sebulan atau RM7200 setahun (Bagi Perlindungan medikal RM150,000 sepanjang hayat)
      Dibawah skim KAD MEDIKAL KELUARGA TAKAFUL = RM321 SEBULAN SEKELUARGA. (Bagi Perlindungan medikal RM100,000 ssetahun untuk setiap ahli keluarga)
      Dibawah skim KAD MEDIKAL KELUARGA INSURAN = RM289.45 SEBULAN SEKELUARGA. (Bagi Perlindungan medikal RM100,000 ssetahun untuk setiap ahli keluarga)

      Delete
  2. Kalau saya dah ada buat operation kanser stage 1, boleh ke saya ambil kad perubatan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA-FAKTA PAKEJ FAMILY TAKAFUL AIA!
      (Selain daripada ini, semuanya AUTA)
      ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
      1) LIMIT TAHUNAN ADALAH KE ATAS INDIVIDU.
      Limit tahunan Family Takaful adalah mengikut individu dan tidak pernah ada istilah share limit. Kalau satu medical kad mempunyai limit tahunan RM1.5juta, maka setiap individu keluarga tersebut akan mempunyai limit tahunan RM1.5juta ( limit tahunan tak berkongsi)

      2) SATU KELUARGA BOLEH MASUK SEKALIGUS.
      Tiada masalah Untuk Satu Keluarga Masuk Sekaligus, Fakta selain daripada ini adalah AUTA.

      3) JIKA PEMILIK POLISI MENINGGAL, ANAK-ANAK MACAM MANA?
      Peranan agent anda untuk gantikan policy lama dengan policy baru. Jika anak-anak masih bawah umur, penjaga boleh jadi pemegang policy. Tempoh menunggu dan penyakit sedia ada akan di"waive"kan. AIA kan ada system. Boleh refer ape?

      4) PLATINUM HOSPITAL.
      Jika anda memilih untuk admit di Hospital Platinum Berdekatan Anda, Anda Tak Perlu Risau Tentang Deposit Kemasukan & Proses Kemasukan Wad Akan lebih Pantas,

      5) KEMUDAHAN "JUST SWIPE" MEDICAL CARD.
      Kemudahan SWIPE medical card AIA ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses deposit dan kemasukan wad. Kes cover claim standard tak standard bergantung kepada GL itu sendiri, iaitu penyakit anda. (kalau ada masalah GL, refer agent. Setakat ni kebanyakan AIA agent tak sedar pun client dia masuk hospital sebab mudah tak perlu refer kepada agent)

      6) COVER MAXIMUM 6 ORANG (Suami+Isteri+4Anak)
      Jika Anak Anda Baru 2 Orang, Untuk Anak Ke 3 & 4 anda tak perlu tambah bayaran, cuma serah kan details anak utk dimasukkan dalam Plan Family, Mudahkan....

      ✔"ZERO" Co-Payment / Hospital deposit
      ✔"ZERO" Co-Takaful
      ✔Kemudahan "SWIPE" Untuk Kemasukan Hospital
      ✔Pakej Individu Atau Keluarga atau suami & isteri atau suami/isteri & anak-anak
      ✔Coverage Setahun sehingga RM1.5 Juta
      ✔TIada Had Seumur hidup
      ✔Kemudahan GL 24 jam
      ✔Pembebasan Cukai Pendapatan (max.RM3000)

      Delete
  3. Adakah saya layak ambil kad perubatan jika berat saya 80kg tinggi 165cm. Agak berisi, saya juga ada kencing manis dan darah tinggi. Saya baru cadang nak ambil kad perubatan sebab takut plak ada risiko operation. tolong ye. - 019 765 4567 Kak Mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA-FAKTA PAKEJ FAMILY TAKAFUL AIA!

      ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
      1) LIMIT TAHUNAN ADALAH KE ATAS INDIVIDU.
      Limit tahunan Family Takaful adalah mengikut individu dan tidak pernah ada istilah share limit. Kalau satu medical kad mempunyai limit tahunan RM1.5juta, maka setiap individu keluarga tersebut akan mempunyai limit tahunan RM1.5juta ( limit tahunan tak berkongsi)

      2) SATU KELUARGA BOLEH MASUK SEKALIGUS.
      Tiada masalah Untuk Satu Keluarga Masuk Sekaligus, Fakta selain daripada ini adalah AUTA.

      3) JIKA PEMILIK POLISI MENINGGAL, ANAK-ANAK MACAM MANA?
      Peranan agent anda untuk gantikan policy lama dengan policy baru. Jika anak-anak masih bawah umur, penjaga boleh jadi pemegang policy. Tempoh menunggu dan penyakit sedia ada akan di"waive"kan. AIA kan ada system. Boleh refer ape?

      4) PLATINUM HOSPITAL.
      Jika anda memilih untuk admit di Hospital Platinum Berdekatan Anda, Anda Tak Perlu Risau Tentang Deposit Kemasukan & Proses Kemasukan Wad Akan lebih Pantas,

      5) KEMUDAHAN "JUST SWIPE" MEDICAL CARD.
      Kemudahan SWIPE medical card AIA ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses deposit dan kemasukan wad. Kes cover claim standard tak standard bergantung kepada GL itu sendiri, iaitu penyakit anda. (kalau ada masalah GL, refer agent. Setakat ni kebanyakan AIA agent tak sedar pun client dia masuk hospital sebab mudah tak perlu refer kepada agent)

      6) COVER MAXIMUM 6 ORANG (Suami+Isteri+4Anak)
      Jika Anak Anda Baru 2 Orang, Untuk Anak Ke 3 & 4 anda tak perlu tambah bayaran, cuma serah kan details anak utk dimasukkan dalam Plan Family, Mudahkan....

      ✔"ZERO" Co-Payment / Hospital deposit
      ✔"ZERO" Co-Takaful
      ✔Kemudahan "SWIPE" Untuk Kemasukan Hospital
      ✔Pakej Individu Atau Keluarga atau suami & isteri atau suami/isteri & anak-anak
      ✔Coverage Setahun sehingga RM1.5 Juta
      ✔TIada Had Seumur hidup
      ✔Kemudahan GL 24 jam
      ✔Pembebasan Cukai Pendapatan (max.RM3000)

      Delete
  4. Kerja saya polis, selalu kerja luar terdedah pada bahaya, nak ambil insuran nyawa, anak ada 2 orang. Boleh tolong kira kan. terima kasih

    ReplyDelete
  5. Syarat utama :

    - SIHAT
    Orang yang dah ada sakit dah tak layak membeli Plan Takaful. Ramai memang terlalu ramai yang dah sakit nak ambil plan Takaful terutama plan Medical Card.

    - ADA KUASA MEMBELI
    Dalam bahasa mudahnya berkemampuan. Boleh membayar caruman takaful. Boleh menguruskan perbelanjaan keluarga. pendapatan dibelanjakan dengan bijak dan mengikut kemampuan.

    Syarat-syarat lain:

    - BERTANGGUNGJAWAB
    Sayang pada keluarga mahu membina tabung kecemasan untuk keluarga (anak/isteri/ibu/bapa). Dan juga akan memastikan Plan Takaful tak lapse.

    - BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN
    1- Tak perlu tanya isteri untuk anda membeli Plan Takaful. Jika membeli handphone atau sport rim baru, anda boleh terus membuat keputusan sendiri begitu juga jika anda mahu/berminat mendapatkan plan Takaful.
    2- Boleh menjawab soalan dari agent Takaful samaada YA atau TIDAK daripada diam membiarkan tiada jawapan untuk soalan "Macam mana dengan Plan Takaful tu En. xxx jadi ke nak ambil"?, malahan whatsapp & panggilan telefon juga tidak dijawab kerana tidak boleh menjawab Ya atau Tidak.

    Faktor-faktor lain
    Terdapat juga syarat-syarat lain seperti, jenis pekerjaan, keadaan fizikal semasa (tinggi,berat), penyakit sejak lahir.

    Anda ada kriteria-kriteria di atas ? ya anda layak untuk memohon plan Takaful. Hubungi :

    ReplyDelete
  6. Assalaualaikum tuan sy ada kawan yg ambk medikal kad family pelan. Tapi dia kata kalau pakai dua2 serentak x boleh ke tuan? Mcm situasi kawan sy dia sakit n anak dia pon sakit. So x boleh serentak skali ke dkt hospital yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sila hubungi saya 019 3702629

      Delete
  7. Salam saya nak ambil pelan takaful utk family cover anak 5 tahun dan 9 tahun. Sejarah keluarga saya memang ada penyakit kanser, ramai yang mati muda. So boleh ke, sekarang ni semuanya sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlindungan perubatan sememangnya sangat penting pada hari kerana penjagaan perubatan adalah kos yang tinggi dan tidak dirancang. Ini menjadikan pelan perlindungan perubatan sangat penting Sementara itu, plan Takaful penyakit kritikal memberikan kita perlindungan daripada 36 penyakit kritikal yang lazim dan membantu keadaan kewangan yang yang mungkin dihadapi dengan membayar sejumlah wang secara sekaligus kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai ganti gaji bulanan anda semasa waktu pemulihan.
      Perlindungan yang anda pilih untuk diri sendiri dan keluarga yang tersayang bergantung kepada apa yang anda mahukan dari perlindungan anda. Sentiasa didik diri sendiri dengan pengetahuan dan ketahui lebih lanjut tentang insurans Penyakit Kritikal dan Perubatan yang ada di AIA Public Takaful.


      Untuk mengetahui lebih lanjut Hubungi:
      Mohd Nasri
      019-3702629

      Delete
  8. Saya dah lama tak pergi buat medikal check up, rasa tak sedap hati macam ada ketulan ... boleh tak saya nak ambil insuran dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
      - Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat Takaful. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

      Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
      - Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

      Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
      - Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

      Periksa tarikh Plan Takaful anda berkuat kuasa
      - Tarikh Takaful anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat Takaful anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen Takaful anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

      Isi borang permohonan anda dengan teliti
      - Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

      Pastikan premium dibayar kepada syarikat Takaful
      - Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans.



      Baca sijil anda apabila anda menerimanya
      - Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

      Buatlah pilihan yang bijak dan rancang plan kewangan anda, bina satu tabung kecemasan melalui takaful demi masa depan anda dan keluarga.



      Perlukan rundingan plan Takaful/medical card
      Hubungi/whatsapp:
      Mohd Nasri Ramli
      019-3702629
      AIA Public Takaful

      Delete
  9. boleh kah anak saya yang ada penyakit autism ambil takaful?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada empat sebab anda perlu mempertimbangkan perlindungan perubatan untuk anak anda, tidak kira usia mereka.


      #1: Menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti untuk anak
      Sesetengah ibu bapa memilih untuk menunggu sehingga si anak lebih besar sebelum mendapatkan perlindungan perubatan untuk mereka. Ada juga ibu bapa yang bertuah mendapat faedah pekerja di syarikat yang memperuntukkan insurans penjagaan kesihatan untuk anak-anak pekerja. Jika tiada faedah pekerja sedemikian, keperluan perubatan anak itu haruslah ditanggung oleh ibu bapa dengan bantuan kesihatan awam. Ibu bapa perlu ingat bahawa fasiliti perubatan awam lazimnya penuh dan kadangkala perlu berada dalam senarai menunggu yang panjang untuk sesetengah rawatan atau rundingan bersama doktor pakar.

      #2: Melindungi daripada penyakit biasa dan pelbagai kondisi perubatan
      Tidak mustahil untuk anda mendengar tentang bayi baru lahir atau anak kecil yang memerlukan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit respitori atau penyakit berjangkit. Meskipun semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, satu pelan perubatan yang kukuh boleh memberi akses kepada bantuan perubatan yang berkualiti termasuk konsultasi bersama doktor selepas hospitalisasi. Pelan perubatan juga boleh membantu doktor mengenali gejala-gejala penyakit dari peringkat awal dan mengurangkan kebarangkalian gejala-gejala ini menjadi lebih serius.

      #3: Ketenangan tanpa perlu memikirkan soal wang
      Dalam isu mendapatkan pelan Takaful untuk anak, ramai yang berpendapat ia bukan satu keperluan kerana rawatan perubatan kanak-kanak dianggap terhad dan tidak semahal kos perubatan seorang dewasa. Pendapat itu tidak tepat kerana kos perubatan kanak-kanak tiada bezanya dengan kos perubatan orang dewasa. Kos perubatan untuk kedua-dua anak kecil dan orang dewasa boleh meningkat saban tahun. Memiliki pelan perubatan untuk anak anda bukan sahaja memberikan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti di saat mereka memerlukannya, ia juga mampu menolong anda supaya anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar semasa waktu kecemasan.

      #4: Menjamin perlindungan pada harga yang kompetitif
      Disebabkan umur kanak-kanak yang muda, mereka mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk menggunakan kesemua tuntutan Takaful mereka dan ini menyebabkan bayaran premium bulanan untuk si kecil lebih rendah. Pelan perubatan mereka boleh ditukar kepada pelan yang menawarkan lebih perlindungan apabila mereka berusia 18 tahun, tanpa mereka perlu melalui pemeriksaan kesihatan. Pelan Takaful juga melayakkan anda untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun dengan hanya memastikan polisi perubatan itu berada di bawah nama anda dan anak anda.
      Plan terbaik dari AIA Pubic Takaful untuk anak anda adalah A LifeJoy-i di mana plan ini ada menyediakan pelan kad perubatan yang ditambah melalui pelan A LifeJoy-i ini.
      Pelan perubatan A-Plus Med-i menawarkan perlindungan perubatan di samping perlindungan hayat. Anda boleh memilih rider (ciri tambahan) yang lebih komprehensif dan jaminan pembayaran polisi untuk anak jika sesuatu terjadi kepada anda.

      Masih tercari Pelan Perubatan untuk anak anda ?
      Hubungi
      Mohd Nasri
      019-3702629
      Wakil AIA Pubic Takaful

      Delete
  10. saya berminat dengan plan ini, berapa umur anak yang dilindungi plan ini dan bagaimana perlindungan ini berlaku bagi anak yang menuntut di luar negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang memerlukan perlindungan perubatan untuk kecemasan yang tidak diduga dan bantuan perubatan. Perlindungan perubatan sememangnya sangat penting pada hari kerana penjagaan perubatan adalah kos yang tinggi dan tidak dirancang. Ini menjadikan pelan perlindungan perubatan sangat penting Sementara itu, plan Takaful penyakit kritikal memberikan kita perlindungan daripada 36 penyakit kritikal yang lazim dan membantu keadaan kewangan yang yang mungkin dihadapi dengan membayar sejumlah wang secara sekaligus kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai ganti gaji bulanan anda semasa waktu pemulihan.
      Perlindungan yang anda pilih untuk diri sendiri dan keluarga yang tersayang bergantung kepada apa yang anda mahukan dari perlindungan anda. Sentiasa didik diri sendiri dengan pengetahuan dan ketahui lebih lanjut tentang insurans Penyakit Kritikal dan Perubatan yang ada di AIA Public Takaful.


      Untuk mengetahui lebih lanjut Hubungi:
      Mohd Nasri
      019-3702629
      Wakil AIA Public Takaful

      Delete